SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Tuesday, July 27, 2010

baju perang arsenal season 2010/2011

Tahun ni arsenal ada baju baru untuk home dan away... Dah ada saya tengok di Kedai Nike KLCC.. kat Al- Ikhsan tak tengok lagi.. rasanya dah ada.. Harga macam biasala RM259.00.. Jom kita dapatkannya beramai-ramai... hehe.. rasa design lama lagi best..Apapun layanja




Sunday, July 25, 2010

Ngeri 2010

Tahun 2010 ni maybe tahun yang mengecapi kehidupan berumah tangga, so x berapa nak jaga pemakanan, senaman dan sebagainya.. rasa semput pun ada. Semakin hari badan rasa makin kembang dan berat.

Time nulis ni saya berada di kampung isteri. Baru lepas makan gulai tempoyak.. wow best nya.. hehe.. Hmm.. Nak kata nak biarkan tahun 2010 jadi Tahun Gemuk?.. ish tak sanggup rasanya.. Hanya orang yang gemuk tahu perasaan orang gemuk... Dulu pun saya dah berat berlebihan, tapi waktu tu saya main sukan selalu, so badan besar tak berapa nak terasa effect sangat. Sekarang ni memang teruk. Kerja pun makin banyak. Bila dah kahwin, jadual semua automatik berubah. Yalah, bukan single macam dulu lagi nak buat apapun ikut suka ja.

Sekarang saya terpanggil nak menulis di blog ni tentang seksa yang ditanggung akibat berat badan yang terlebih ni. Semoga lepas ni Tuhan beri kekuatan kepada saya untuk kurangkan balik berat. Bila bangun dari tidur, masa mula-mula nak jejak kaki ke lantai rasa sakit sangat. Time tu badan tengah berat, kaki belum sedia.. so jalan tehenjut-henjut. bila dah berdiri dua tiga minit barulah dapat sesuaikan diri balik. Itulah beza yang paling nyata bila dah gemuk sangat ni. Baju pun banyak dah ketat. Bukan ketat kat lainpun. Kat bahagian perut ja.

So bila dah keadaan macam ni, asyik berpeluh aje. Orang lain suka bila berpeluh, tapi situasi saya ni benci pun ada. bayangkan bila turun lif dari tingkat 13 yang hampir setiap tingkat kena berhenti macam mana panasnya. habis basah baju. Ada aircond pun tak terasa. Tak tahulah kot saya sorang je yang tak rasa. Sebab orang lain tak berpeluhpun. Berjalan sikit peluh, lepas minum air terus keluar balik. Tapi tak kurus pun. Pelik betul...walaupun macam nie isteri saya tetap sayang kan saya hehehe. Best katanya kihkih...

Bila jalan-jalan kat mana-mana tempat, asyik nak cari tempat untuk duduk. Mana nak tahan berdiri lama-lama. Situasi macam ni secara automatik buat diri rasa tensyen dan tak puas hati. Memang isteri saya simpati dengan saya, tapi saya sebenarnya patut simpati pada diri terlebih dahulu. Dulu sportman, sekarang jalan sikitpun dah tak larat. Hampeh betul.

So dengan Ramadhan yang dah hampir tiba, saya ingin menguatkan semangat untuk menurunkan berat badan.. bukan nak kurus pun, janji sihat dan POWERRRRR... hehe.. kata orang biarlah berjoging baru berpeluh. Bukan minum air pun dah berpeluh. Nak makan ubat kurus? ish.. sia-sia ja.. ubat tu pun ditafsir sebagai makanan oleh perut saya.. hehehe. Semoga Allah permudahkan urusan. Kembalikan kesihatan saya... ada 6 muscle balik (macam la ah ada hehe). Leh ringankan badan, leh buat kerja kat mana-mana tempat macam dulu-dulu. Sekarang asyik mengeluh ja kalau dapat banyak kerja... Ini semua luahan dari hati... jadi.. inilah hakikat.. Untuk mengubah sesuatu yang hakikat, betul2 kena bulatkan tekad... InsyaAllah.. Harap semua sahabat-sahabat doakan saya.. Amin.. Moga hidup diberkatiNya.. AAAmin.. Wasalam.

Thursday, July 22, 2010

i love my family

Great moment!!!!!!!






With my family,my wife n mertua






My family from Putrajaya to Bentong





My wife's family from Bentong to Putrajaya

Jalan jalan Februari 10






Bulan Februari aritu saya ngan isteri gi le jenjalan di sebuah pulau yang leh memokaikan sesiapa yang pergi ke arahnya... Pulau ape tu? Pulau Langkawi la.. hehe.. Leh kata honeymoon gakla tapi dah basi kot :p






Isteri saya suka kemain la sebab dapat naik kapal terbang. Saya pun suka jugakla hehe.. Almaklumla dah lama sangat tak naik pengangkutan udara ni..rasanya last tahun 2006 masa gi sabah dulu.




Ambil flight malam. Kebetulan time tu cuti Mauidur Rasul hari Jumaat, so malam Khamis kami gi Langkawi. Pejalanan dalam 50 minit je. My parent hantar gi LCCT. Mujur dah tempah bilik awal2.. menginap kat Motel je. Tapi dekat ngan pekan Kuah. Jalan kaki je pun. My wife tetiap malam makan Cha Ko Teow.. Suka sangat.




Esoknya bejalan sakanla. Tempah kereta pak cik Syed 4 jam bayar rm100. Pusing2 pulau lengkawi ni... hmm... Ismail Group macam2 la kena borong. Tempat menarik yang dilawat tak banyak pun. Mula-mula gi Under Water World, Pastu gi Beras Terbakar. Jalan2 kat Jeti cari Coklat. Pastu gi begambar ngan burung Helang besar ni. Yang menyedihkan rupa-rupanya Idaman Suri tutup hari Jumaat. So tepaksala pegi esok. Coklat dah beli dekat satu beg. Minyak gamat lagi, batik lagi.. memang budget lain, bebelanjanya lain lah.. hehe.. Hari Sabtu pagi2 lagi pegi Idaman suri.. cantik-cantik barang dia.. Memang kenala akibatnya. Waktu balik timbang2 lebih dari berat dibenarkan. Kena bayar tambang tambahan seratus lebih. huhu.. takpelah.. Lagkawi punya pasal.
Walaupun perjalanan ambil masa yang singkat tapi digunakan dengan sepenuhnya :).. Ini maybe hadiah saya buat isteri yang teringin nak gi Langkawi.. Nak shopping.. hehe.. Hari Sabtu Petang kami dah bertolak balik KL. My parent dah tunggu kat Airport pastu gi makan kat Bandar Baru Salak Tinggi... Saje balik Sabtu sebab sempatla nak rest Hari Ahad kan kerja...
Kami plan nak berjalan lagi pasni.. Ada ruang leh la pos lagi kat sini.. hmm.. Semoga hidup lebih baik dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga Allah mendengar setiap permintaan kita dan segala urusan dipermudahkan... Aminnnn..


Wednesday, July 21, 2010

wallpaper




saje je buat ni buang2 masa.. sebab jqaf dapat laptop sekolah satu.. so aku memandai la wat wallpaper sendiri hehe.. ngantuk



Nak test disgn baru..

camne gamaknya rupa design baru blog saya ni.. saja ja pos ni.. hmm.. yos 21hb Julai 2010 12. 37 pm..