SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Saturday, September 30, 2006

Dah seminggu Berpuasa

Assalamualaikum WBT..

Sedar x sedar dah seminggu seluruh umat Islam yang tiada keuzuran di muka bumi ini menjalankan Rukun Islam ke 3 iaitu Berpuasa di Bulan Ramadhan.. Semoga Ramadhan kalini dapat memberi kesan yang baik di hati seluruh umat Islam kerana inilah masa yang paling sesuai untuk merawat hati.

Ramadhan sering disalah anggap sebagai bulan puasa sahaja..sebutja Ramadhan..orang akan cakap bulan puasa..Mentaliti ini sebenarnya harus diubah sebab bulan Ramadhan bukan sahaja bulan Puasa, tapi bulan yang ada Tarawikh.. kita berpuasa juga pada bulan lain tapi bulan lain mana ada Tarawikh..Bulan puasa juga kita perlu membanyakkan sedekah sebab ganjaran yang dijanjikan Allah adalah 3 kali ganda berbanding amalan bulan lain.

Dalam bulan Ramadhan juga perlu banyakkan amal ibadat. Buktinya pada 17 hb ramadhan al-Quran diturunkan, dan di dalam bulan Ramadhan sahaja ada satu malam yang paling mulia iaitu Malam Lailatul Qadr.. kalau x silap malam yang lebih baik dari seribu bulan..

Jadi berdasarkan fakta-fakta ini kita harus mengubah mentaliti bahawa bulan Ramadhan adalah hanya bulan Puasa, tapi sebenarnya adalah bulan yang amat mulia yang penuh dengan ganjaran-ganjaran yang perlu direbut. Ramadhan juga boleh membantu manusia mencapai tahap kesihatan yang baik. 11 bulan perut x dapat berehat daripada tugas menghadam makanan dan sebagainya. Alhamdulillah sebulan masa diberi untuk proses itu berehat setengah hari.

Sepatutnya manusia boleh belajar untuk berjimat sebab siang x perlu beli makanan. Sebenarnya peluang untuk berjimat, menambah amalan, bersedekah, menjaga kesihatan dan sebagainya telah dihidangkan kepada kita dalam bulan Ramadhan ini..Cuma terpulang kepada kita untuk merebutnya atau tidak..

Marilah kita semua merebut ganjaran dalam bulan Ramadhan..sebenarnya amalan waktu malam yang dibanyakkan sekurang-kurangnya dapat menghalang kita pergi ke tempat-tempat maksat pada waktu malam. Tiada benda yang senang dalam dunia ini jadi kita perlu tempuhi juga segala kesukaran yang melanda.

Dikatakan Syaitan diikat pada bulan Ramadhan tapi mengapa masih berleluasa maksiat di muka bumi? Syaitan-syaitan yang diikat tersenyum puas sebab walaupun dia dibelenggu manusia tetap melakukan apa yang sering disuruhnya.. So xkan nak ikat manusia plak lepasni baru boleh ok..

Saya mengajak semua rakan-rakan yang terbaca tulisan saya ini sama-sama berubah menjadi lebih baik dan menambahkan amalan.. Kalau kita tak boleh menjadi baik sekalipun janganlah kita menghalang kepada perkara baik. Salam Ramadhan dari YoS...

Saturday, September 16, 2006

Arsenal Vs MU versi 2006/2007

Salam..lama weh x update hee..

Topik utama ialah game Ahad ni kol 11.55 malam antara Arsenal menentang Manchester United di olD Traford..Game dijangka sengit tapi kelebihan nampak ada pada Manchester United..

Arsenal kehilangan Kolou Toure, Thiery Henry dan beberapa lagi tonggak utama yang cedera sedangkan MU mendapatkan semula penyerang mereka Wayne Rooney. Ronaldo yang tak beraksi di Liga Juara2 baru nipun akan bermain. Namun keadaan Henry dan Toure akan diketahui malam ini sama ada boleh bermain atau tidak

Arsenal terperosok di tangga ke17 liga pada masa ini sementara MU angkuh di tangga teratas. Arsenal belum pernah menang dalam satu game pun musim ini dalam kejuaraan liga sementara MU menang semua game.

Arsenal bermain game away time Liga Juara2 Eropah di Hamburg Jerman sedangkan MU yang bermain pada malam yang sama bermain di tempat sendiri dan Arsenal sekali lagi akan bermain away menentang MU.

Namun kita saksikan ajelah game yang dijangka hebat tersebut. Rekod tahun lepas MU menang 2-0 di old Traford dan seri 0-0 di Highbury. semangat Arsenal yang membara ketika di Jerman akan diteruskan atau mungkin akan turun hingga ke tangga terbawah liga kerana baru mengutip 2 mata dari 3 perlawanan sekiranya tewas.

Pada malam yang sama pukul 8 malam liverpool yang agak bermasalah akan menentang Chelsea. Liverpool x menang banyak kali dah ngan Chelsea di dalam game Liga tapi Chelsea x pernah menang game kalah mati dengan Liverpool sejak Final Carling Cup 2 tahun lepas yang Gerard score gol sendiri tu.

Ahad ini adalah malam bolasepak dan esok final Piala Malaysia perlis vS Negri 9.. x semangat den nak nengok..perak udoh tumpor di separuh akhir...Apepun go Arsenal go..Liverpool juga..hehe