SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Monday, March 26, 2007

MaC DaShat DaLam HiDupku

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Dua bulan sudah aku menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(2) ini dan macam-macam pengalaman telah kulalui..namun masih terlalu singkat pengalaman yang miliki kini berbanding guru-guru yang jauh lebei senior..

Alhamdulillah aku diterima baik oleh guru-guru disekolah ini. Bulan Mac bolehla dianggap bulan dukacita sebenarnya terhadap aku..Tapi taklah dukacita sepenuhnya. Bermula dengan aku kemalangan yang dashat pada hari terakhir sebelum cuti seminggu bulan Mac. Tanggal 9 Mac aku dalam perjalanan pulang dari sekolah telah hilang kawalan ketika memandu dan terbabas di tepi Ladang Dragon PutraJaya.. Jalan menghala ke PICC.. Hancur remuk kereta kesayangan family aku.. cermin mataku pecah dan aku tersadai keseorangan di tepi jalan..blur..tak mampu nak berkata apa-apa..mula2 aku malas nak tulis cerita ni..tapi memandangkan ia boleh dijadikan kenangan pada masa akan datang..mungkin untuk bacaan anak cucu..apa salahnye..hehe..

Mujur ada cikgu Azlan yang kebetulan lalu di tempat kejadian dan membantu aku.. Masa eksiden aku sempat kontek PitShah je..member baikku.. family aku semua berada kat Perak sebab tok aku sakit dan abah aku ada mesyuarat kat Menteri dan Pengarah-pengarah kat Setiawan. Atas jasa baik Cikgu Azlan kereta aku ditarik oleh kenalannya dan sekuarang-kurangnya aku tak kena 'kapak' kat KL ni ..Dah siap repair rm1600 semuanya kata tokey bengkel..pinjam duit parent dulula bayar.. Abah ternyata risau takut aku terhantuk teruk time eksiden..yang jelas cuma ada sikit kecederaan lutut kiri..pen2 dalam poket bajuku bengkok..ternyata hentakan kuat diselamatkan pen2 tersebut..Aku harap xde kesan sampingan yang buruk pada masa akan datang..

Hari Selasa..aku bergerak ke Maktab seawal pagi dengan bantuan Hafiz Ishah.Program Bina Insan Guru kat Pulau Pangkor..yang kecohnya sebab kumpulan kami melawan semasa tarikh BIG kami diumumkan kat maktab aritu..sebab group lain semua kena time sekolah..kami kena time cuti sekolah..yang jadi bisingnya sebab ini sajalah vcuti sekolah yang tinggal dalam setahun setengah ini untuk guru-guru j-QAF bercuti..cuti2 lain semuanya kena masuk maktab..Tapi aku x kesahpun..kalo xde BIG pun mungkin aku tidurje kat rumah..

Tapi sepanjang BIG semuanya berjalan dengan lancar..Pada mulanya memang nama kami agak buruk..tapi semuanya berubah sebab kami terlalu cemerlang berbanding kumpulan-kumpulan sebelum ni.. bab imam, doa dan tazkirah semua yang terbaik..aktiviti kayak..aku menjadi mangsa utama laut apabila kayak aku terbalik 2 kali dan diterbalikkan sekali..terkapai-kapai tangah laut yang dalam tu..hanya Allah yang tahu perasaan aku..sekurangnya pasni kalo jatuh tengah laut dah tahu nak wat ape :)..

Esoknya aku demam panas dan sakit perut..merasa jugakla gi Hospital Pangkor.. tempat BIG kami kat Raudhah Kem..jauh gak ngan Jeti Pangkor..bising 15hb elaun dah masuk..RM3400..huhu..demam2 pun terus jadi baik cepat..seronok BIG sebab Pengarah ngan Timbalan Pengarah Maktab aku turun dan join sekali acara2 lasak..rasa semangat dan ceria ja..Malam kebudayaan Pengarah kami Tuan Haji Ismail bin Shaari turut membuat persembahan dan ia ternyata menghiburkan..best la.. :)Pensyarah2 dan jurulatih turut buat persembahan dan katanya time BIG kami je dorang dapat wat persembahan..hehe..

Jumaat 16hb..kemas2 Khemah dan jadual pulan ke rumah masing2..semasa kaki nak melangkah masuk feri..dapat panggilan dari mak aku..Nenek ku yang tersayang sudah pergi buat selama-selamanya setelah bertahun-tahun menderita sakit.. lebih kurang pukul 1.10 time tu..perjalanan menaiki feri aku rasakan sayu lebih2 lagi melihat deruan ombak yang dibelah feri yang aku naiki..airmata nak mengalir tapi masih dapat dikawal.. sampai Lumut terus naik bas Blue Omnibus ke Taiping.. sampai2 time ujan lebat.. adikku sampai amik aku kat Changkat Jering.. Melawat jenazah nenekku.. Terus kusedekahkan bacaan Yassin..

pukul 6.45 jenezah disembahyangkan kat masjid jelutong dan disemadikan terus di Tanah Perkuburan Islam disitu.. aku yang ternyata keletihan kerana program2 BIG dan masih demam membuat jasa terakhir dengan mengusung jenazah serta membantu mengebumikan jenazah.. Kesedihan Mac aku mungkin berakhir disitu sahaja..Tapi ia cukup untuk membuatkan bulan Mac 2007 akan kukenang sampai bila2..aku kehilangan orang tersayang..aku eksiden teruk buat pertama kalinya.. aku terkapai-kapai ditengah lautan dalam kat Pangkor dan aku mendapat gaji pertama dengan kerjayaku sebagai seorang guru... Aku belanja member2 baik makan Piza HUT kat Kajang..Yusry, Pitshah ngan BOb.. Pastu belanja member2 main bola pagi sarapan kat Pasar Bangi..

Hidup ini penuh berliku..tanpa liku hidup ini senang sangat.. hidup senang sangat boleh menyebabkan kita banyak lupa..dan satu dilema aku yang paling merunsingkan ialah tentang seorang gadis yang aku suka..aku x dapat nak berkata apa-apa..memang ini saja yang aku lemah sebab aku tersepit, terkepit dengan situasi..Semoga Tuhan dapat membantu aku dalam masalah ini..kalau bukan dia untuk aku tunjukkanlah jawapannya..kalau dia untuk aku selesaikanlah masalah ku ini.. Jumpa lagi..