SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Monday, June 07, 2010

Saya tak ada akaun FB

salam.. saja nak maklumkan disini yang akaun facebook saya dah x lagi aktif .. so tak payah la add or post somthing kat pages nama saya yang bergambar matahari tu.. pasword pun dah x ingat.. nak buat barupun dah malas... calo mere beteyyy.. Maas salamah wa ilal liqo'!!!

Hari Guru SK Putrajaya Presint 16(2) 2010

Assalamualaikum Wbt.. dah lama ku x menulis di blog kesayangan ni.. :) Saat ni ingin kuceritakan tentang Sambutan Perayaan Hari guru sekolahku SK Putrajaya Presint 16(2) untuk tahun 2010.


Secara keseluruhannya majlis kali ini bolehlah dianggap sederhana sahaja namun penuh beerti  buat semua warga sekolah terutamanya guru-gurulah...

Tanggal 4 Jun 2010 (Jumaat) sambutan diadakan di dewan sekolah. Jam 8.00 pagi guru-guru berarak ke dewan diiringi  pengawas sekolah dan pasukan kompang.. Rasa macam majlis kawen pulak.. hehe.. terus naik atas pentas. Lepas ucapan aluan ada bacaan doa.. kali ni tugas saya dah di sub kan kepada anak murid yang berdedikasi Adam Haikal kelas 5A. Punya panjang doa.. (saya yang edit kasi panjang-panjang sikit hehe)

Selepas doa terus ucapan Guru Besar Puan Karimah Hasbullah dan diikuti dengan nyanyian-nyanyian oleh guru yang x pernah belatih.. leh kata miming ajela kat atas pentas tu.. lagu Guru Malaysia dan Guru pembina Negara Bangsa.. Ada potong sumbangan CW.. sape tu? agak2 sape? Chef Wan (Che Wan)kita la.. tokey kantin baru yang rajin bersedekah :).. Moga murah rezeki sokmo Che Wan.

Pastu upacara kasi-kasi hadiah.. macam-macam  hadiahla.. dari kelab guru.. pertukaran hadiah pun ada.. hadiah Birthday untuk guru-guru pun ada untuk Bulan 1 sampai bulan 5.. pastu murid-murid naik pentas cari cikgu-cikgunye kasi hadiah.. saya adala dapat sikit-sikit.. seplastik je.. my wife dapat dekat 3 plastik.. lagi glamour lah.. hehe.. Tak kurang juga hebatnya guru-guru yang dapat hadiah dari pihak sekolah atas jasa-jasa yang ditaburkan.. Alhamdulillah.. Bukan senang nak berjasa kat sekolah.. Apapun jadikan kerja itu sebagai ibadah.. tidak mengharapkan balasan dunia kerana ia hanya sementara berbanding anugerah Allah yang lebih nikmat dan kekal harum sepanjang hayat.. Yang dah dapat hadiah or anugerah tu janganla pulak malas lepas ni ye.. hehe..

Tak lupa jugak tahniah buat 3 orang guru yang dapat Anugerah perkhidmatan cemerlang 2010(APC).. Majlis berlangsung kat SM Alam Shah petang Isnin 31 Mei 2010 yang dingin dengan hujan lebat.. tahniah buat Puan Nur Aida, Puan Azlina dan Puan Rosidah serta pentadbir sekolah sebab SK Putrajaya Presint 16(2) adalah sekolah terbaik Putrajaya untuk UPSR tahun lepas.. Untuk keseluruhan Malaysia pun ada tempat la jugak.. entah nombor berapa.. saya dan beberapa guru lelaki jadi AJK teknikal kat majlis ni..

eh melalut pulak.. kembali majlis kat sekolah, lepas tukar-tukar hadiah semua warga sekolah rehat kejap dari 9.30 sampai kol 10 pagi. kalini persembahan-persembahan pulak.. mantap-mantap belaka pesembahan murid. Tahun 1 ada, Tahun 5 ada.. tahun 6 pun nak lepas gian.. siap main gitar lagi.. Tahniah cikgu Alif sebab buat pembaharuan. Mantap pesembahan murid. lepas habis pesembahan murid, pesembahan guru la pulak. Mula rumah Merah buat pesembahan Nyanyian.. then rumah hijau buat cerita hantu seram.. meremang bulu roma i.. pastu rumah biru.. saya turut berlakon untuk rumah biru.. almaklumla.. free agen.. xde rumah sukan.. dorang letak nama saya kat rumah merah.. tapi macam x diperlukan je.. semua dah mantap.. kisah NAK JADI APA? kelakar pun ade.. last sekali rumah kuning buat pesembahan penutup dengan nyanyian dan drama air mata.. tersentuh hatiku..

Masa betul-betul jadi penghalang sebab majlis ni hari Jumaat.. semua kempunan nak dengan En Jabar PK KOKO yang nak nyanyi lagu Suci Dalam Debu pada asalnya.. frust.. umum pemenang rumah biru yang menang pesembahan.. best ke saya berlakon?.. nak berlakon SAMARINDA pulak lah lepasni :p... Berakhirlah sambutan Hari Guru dan Cuti Sekolah pun bermula.. Guru-guru ada jamuan free kat kantin Che Wan sponsor.. makan sedap dan akibatnya ada yang tak merasa sebab lambat sangat gi kantin.. tak dapat makan pun xpe kot sebab dah dapat hadiah besar kan cikgu.. hehe..

Ada drama airmata jugekla sebab 2 guru dah nak pindah pas cuti ni.. Puan Wan Sabariah dan Puan Norazwani... minta maafla kalau ada salah silap terkata, terkasar bahasa.. saya ni gangster sikit kadang2 tercakap ikut suka.. hehe.. lepas cuti dapat la 2 cikgu baru kot sebagai pengganti.. ops.. hari Selasa lagi dah dapat sorang ustazah baru dari Sabah namun orang Kedah.. Selamat bertugas buat Ustazah Mahira..

Cuti sekolah dah bermula.. Tahun enam ada kelas dan cikgunya include my wife kena la berkorban..saya nak berjalan sakan pasni.. huhu.. x sabar nak berjalan..need to wait till thursday baru elh bejalan.. huhu.. jumpa lagi.. jangan lupa buku murid-muridku...Wassalam..