SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Wednesday, April 09, 2014

Terpanggil ke Taklimat dan Bengkel Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF Tahun 2014

Bismillahi Rahmani Rahim...

Semalam cuti jaga anak.. bila isteri balik dia bawa satu surat yang saya perlu menghadiri satu Taklimat dan Bengkel Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF Tahun 2014 yang akan diadakan di Bilik Mesyuarat Wacana Minda PPD Petaling Utama, PJ esok dari 8 pagi sampai 5 petang..

Dalam surat tu nama saya masuk dalam list nombor 32 hehe.. So ini Bengkel yang melibatkan penyertaan Ketua-ketua Sektor Pendidikan Islam (macam abah pernah jadi dulu) dan JU-JU jQAF satu Malaysia. So tengah hari tadi bos call.. Ustaz Hashrul Aidil Maslan.. tanya dapat surat ke tak. Baik tau bos saya hehe.. siap ajak pergi sekali esok.. So rezeki jangan ditolak..jimat minyak dan tol :p .. Dari Putrajaya hanya 3 orang sahaja yag naik nama ..kami berdua dan seorang lagi otay jQAF dari SK Putrajaya Presint 11(1), Ustaz Nasromnizan Zulkifli.

So esok ada misi penting.. JU-JU yang datang dari setiap negeri pulak biasanya memang pakar IT.. petik jari ja bab-bab komputer ni..Ini juga peluang dapat mengenali dan bergaul dengan mereka-mereka ini semua..Syukur Ya Allah..  So jom tidur sebab esok 6.30 pagi dah nak keluar rumah gi JPN Putrajaya .. Nak tumpang bos le katakan hehe.. Maas Salamah..

Monday, April 07, 2014

Sedih seorang Ustaz

Sedih.. itu sajalah nukilanku kali ini.. Tak tertahan rasa hati bila jadi macam ni.. tidak ku salahkan takdir.. tapi bila mendapat 2 berita baru-baru ini yang agak berkaitan.. entah tak tahu nak cakap apa.. nak luahkan macam mana.. Tapi sedih dan sayu.. ditambah lagi pula dengan anakku Aiman yang sedang sakit dalam mulut.. sayu hati bila dengar dia menangis. Hari ni saya ambil cuti sebab isteri dah banyak kali MC dan ambil cuti emergency..

Cuma ku berharap anakku cepat sembuh.... walaupun sebenarnya agak down dengan sikap sesetengah manusia yang perasan bagus.. yang tak reti nak jaga hati orang.. mendahulukan yang palsu.. senang cakap macam celaka..bertopengkan agama la sangat.. depan orang watak lain belakang orang watak lain.. taikkk.. bukan aku dengkikan orang..tapi cara mereka ini sangat tidak adil dan tidak masuk akal.. Semoga Allah beri keampunan kepadaku dan ahli keluargaku serta kepada bangang2 tersebut... Wallahualam

Tuesday, April 01, 2014

Berakhir Cuti Pertengahan Tahun 2014

Bismillah al Rahman al Rahim..

Hari ni 1 April 2014.. hari kedua persekolahan selepas cuti pertengahan tahun 2014. Alhamdulillah cuti dimafaatkan dengan aktiviti ringan sahaja. Sewaktu cuti masih lagi sibuk pasal MH370 yang masih  tak dapat dikesan. Kononnya radar nampak macam-macam tapi semuanya bukan MH370. Bayangkan hilang 8 Mac.. sekarang dah 1 April.. hampir sebulan dah.

Lebih kurang 2 minggu sebelum cuti lagi mak dan ayah mertua datang rumah. Datang saja-saja ja menziarah dan jaga Aiman. Sampaila Sabtu start cuti sekolah baru la diorang balik. Petang tu mama dan abah pulak sampai dari Terengganu. Sebab nak jumpa anak-anak dan meraikan birthday Faisal. Faisal sepatutnya 28 Mac tapi sebab dia nak ke Korea so pejumpaan diawalkan.

Hari Ahad family Along datang dan yang diraikan Faisal. Agak lama tak jumpa dia. Kitorang gi makan di Kabab Biryani Presint 15. Kebetulan lak mata Aiman bengkak sebelah.. lepastu pergi ke klinik. Tak sempat letak ubat pun mata dah surut dulu. Hampeh hehe.. melayang duit mama dia.
Hari Isnin abah pergi ambil ubat dengan mama. Petang kitorang gi KL area Chow Kit. Pastu merayau jalan Masjid India. Jakel.

Esoknya abah mama balik naik bas pagi. Rabu gi Shah Alam ja cari kain baju raya. Lenguh habis badan. Khamis balik Bentong. Tupun sampai 12 Malam. Takde aktiviti apa sangat. Cuma Sabtu gi kenduri kat Lebu ramai-ramai. Hafiz pun ada balik. Ngah balik Ahad. DAto Hamdan ke London hari Sabtu. Chan n family ke Gambang satu malam bercuti. Masing-masing meraikan result SPM anak-anak hehe. Tahniah buat 3 anak buah yang banyak A nye dalam result SPM. Ummi, NAim dan Ijat...

Hari Ahad petang dah balik ke Dengkil.. Singgah mapley presint 9 jap ngeteh. Semalam kerja masing-masing muka lesu je. hehe. Harini isteriku MC sebab tak sihat. Ok saja ja coretan ni.. sampai berjumpa lagi.