SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Tuesday, December 24, 2013

Akhirnya Kami Bertiga Berpindah ke Rumah Sendiri

Alhamdulillah.. tepat pada tanggal 14 Disember 2013 bersamaan hari Sabtu.. saya dan keluarga selamat berpindah ke rumah baru kami di Dengkil. Mak dan ayah mertua pun dah datang dari Hari Khamis untuk membantu

Persiapan agak kelam kabut sebab lori sampai jam 9 pagi tapi masih banyak barang yang tak packing.. Pasal lori pulak memang dahagak barang banyak.. so cari lori 10 tan. Tapi takde langsung mana mana syarikat yang bawa lori 10 tan untuk pindah dekat-dekat.. So tokey cakap kalau tak muat ulang alik la dengan lori 5 tan tu..

So lori pertama bergerak dah jam 11 lebih. Mungkin sebab amalkan konsep pindah tak kecoh-kecoh so tenaga kerja pun tak banyak. Tak pikir nak kecoh-kecoh bukan sebab apa.. sebab dah ambil lori dengan pekerja sekali.. Apapun bersyukur sebab adik bongsuku Ahmad Faisal Afdhah dapat meluangkan masa jugak untuk menolong.. tolong balut kerusi sofa tu.. hehe.. Nanti ada masa kita mengeteh.. Abang ipar yang dok Ulu Klang pun datang tolong kat rumah Dengkil dan tolong bawa TV yang ada 2 bijik besar2 gedabak ni.. Alhamdulillah..

Rupa rupanya bukan 10 tan barang kami.. tapi 15 tan.. hehe.. 3 kali lori tu berulang alik. Kiranya jam 9 lebih malam baru settle angkut barang dari Putrajaya ke Dengkil tu.. Semua orang dah letih.. Malam tu tidur rasanya takde sapa yang ngigau kot hehe.. Itulah pengalaman pindah ke rumah sendiri.. duit hasil titik peluh sendiri (walaupun pinjaman) hehe.. HAbis Rm 1200.00 untuk bayar lori ja.. Mujurlah boleh claim dengarnya. Tupun my wife yang bayar hehe..maka bermulalah kehidupan kami bertiga di Dengkil.

Hari Ahad lebih meriah sebab kehadiran sedara mara yang menjenguk, menolong dan memeriahkan suasana rumah baru. Family Abnag ipar datang dari Hulu Klang.. kemudian sampai pulak family abang ipar dari Bentong. Dekat Magrib (masa Malaysia score gol penyamaan last minit ngan Singapore peringkat Kumpulan Sukan Sea) abang Long saya pulak Ahmad Fairuz Akmal sampai dari kampung dia. So barang yang berlonggok- longgok turun dari lori semalam habis dipunggah dengan baik oleh sedara mara yang hadir. Family abang Ipar Bentong stay 2 malam. Siap malam tu ajak anak buah Hazim dan Naim pergi rumah Putrajaya tolong ambil barang2 yang masih tertinggal kat sana. Belanja ngeteh kat Mapley bekembar sambil tengok Liverpool amukkan Spurs malam tu.

Esoknya Abang ipar ngan pak mertua tolong pasangkan cermin-cermin yang dah beli kat IKEA tempoh hari. Abang ipar Kuantan pulak datang. Siap datang usha2 rumah area sini kot dia boleh beli jadikan rumah singgahan. Tak tahu la dia minat ke tak.. harga intermidiate dah jadi rm428K sekarang ni .. dah lari hampir seratus ribu daripada harga asal kami dapat dulu.. Giler ahh.. Apapun bersyukur dapat memiliki rumah sendiri dah.. walau harga mahal tapi nak buat camna.. harga akan terus naik.. lagi tangguh beli lagila malang..

Minggu ni dah start meeting.. 18 Disember dah kena hadir..Rabu.. Khamis dan Jumaat pun sama kena pergi gak... Harini dan esok pun kena pergi gak sebab dah dapat tugasan. Saya kena pegang kelas lagi. Kalini 4 Tulip. Kelas yang sama macam 4 Ixora tahun lepas.. Cemerlang sangat kot sampai terpilih lagi hehe.. APapun dalam panitia agama jadi ahli biasa ja.. mungkin tak serajin sahabat-sahabat yang lain.

Takat ni dulu nukilan.. Semoga pindah ke rumah baru dapat meningkatkan taraf kehidupan kepada lebih baik. Semoga Allah beri kesihatan yang baik.. rezeki yang baik dan kawan2 serta jiran-jiran yang baik..Wallahualam..

Monday, December 02, 2013

Ingin Menjual Jersey Arsenal away 2009 saiz XL Original



Assalamualaikum WBT.. khas buat peminat Arsenal..saya nak letgo baju ini sebab saya dah beli yang baru saiz besor sikit..

Detail :
saiz : XL
kualiti : Original
Harga : rm180 termasuk pos. Jika nak ambil sendiri by hand rm170 sahaja (sekitar Putrajaya)
kondisi : sangat baik dan sangat smart baju ini. 9/10

Jika berminat sila pm saya di facebook :
https://www.facebook.com/ahmadfirdaus.ashraf
Jika baju ini sudah terjual saya akan tulis diruangan komen. TQ