SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Wednesday, June 29, 2011

buat baik pun salah?

Aku rasa marah betul time aku nulis blog ni..buat benda baik pun salah ka? aku nak bantu cikgu-cikgu jqaf yang terkapai-kapai, tapi yang budget mantap pulak yang menyibuk.. Lantak korang la.. ada mata baca la.. ada otak fikir..

Dekat sekolah akupun aku tak kasi sofcopy..yang dapat pulak pertikai macam-macam.. memang tak reti bahasa. Kad tu memang aku cakap aku merujuk Perak punya.. tapi aku taip sendiri dan bukan kad tu datang sendiri atas meja aku atau masuk terus dalam laptop aku dengan semudah itu..

Lepas aku taip balik elok2.. bila aku dah print dan puas hati.. nazir datang pun puji, aku teringat kat cikgu2 jqaf lain kot2 bepeluh lagi atau x berdiri di dunia yang nyata lagi supaya dapat dikongsikan bahan ni.. Bukannya pentingkan diri sendiri macam sesetengah puak tu.. Bila dah dapat guna kat sekolah hangpa, bubuh lambang sekolah hangpa.. nak print nama siap2 ka kat kad tu.. Tapi tupun tak paham-paham.. cikgu jQaf semua keluar dari Universiti tapi banyaknya tahap pemikiran masih rendah..

Lantak koranglah.. Aku malas nak port dah..korang ingat aku buat semua ni sebab duit sangat ka? setakat ni gaji aku ngan isteri dah cukup sangat2 untuk hidup di Putrajaya ni..tak payahla nak pekecilkan diri aku... Yang lebih malang adalah orang yang kedekut, pastu mempertikaikan kerja dan niat orang..

Wednesday, June 15, 2011

jQAF-kad rekod bacaan QURAN


Assalamulaikum WBT..

Pos kalini khas buat rakan jQAF ataupun mana-mana sekolah atau ibubapa atau guru yang ingin mudah merekodkan bacaan Quran murid-murid, ahli-ahli jagaan anda atau anda sendiri dalam bentuk yang lebih kemas dan mudah. Idea ini saya ambil daripada Perak tapi ditaip semula dan dimasukkan lambang sekolah..

Apa yang penting isinya yang agak sukar untuk dibuat iaitu lengkap untuk rekod membaca 1 al-QURAN sebagai motivasi kepada murid-murid atau anak-anak supaya lebih cepat menghabiskan bacaan al-Quran secara tidak langsung dapat khatam dengan lebih cepat.

Kelebihan:- (saya akan emelkan sofcopy sahaja)

1. Anda boleh print di atas kertas atau kad yang cantik mengikut kehendak anda..
2. boleh menambah baik seperti mencetak terus nama murid atau nama anak anda atau menambah logo sekolah pada kad seperti yang saya emelkan.
3. Tidak perlu lagi merekod pada buku yang tebal atau merekod secara mencemar al-quran iaitu menulis di atas mukasurat alquran..
4. Kad boleh dibawa kemana-mana dan boleh direkodkan oleh sesiapa sahaja yang berkemahiran dalam al-Quran (tidak terhad dengan bacaan dirumah atau disekolah sahaja) Balik kampung pun bawa balik kad sahaja..boleh pinjam alQuran atuk dan nenek dan rekodkan..
5. kepada rakan-rakan jqaf boleh menjadikan sistem rekod menggunakan kad sebagai satu sistem yang lebih sistematik..lebih cantik jika kad dibahagikan berlainan warna mengikut tahun
contoh:- tahun 1 warna biru, tahun dua warna hijau, tahun 3 warna kuning dll supaya nampak lebih seragam...

dan banyak lagi kelebihannya..

Untuk mendapatkannya boleh mendapatkan hak milik ciptaan saya ini menerusi emel ahmadfirdausashraf@yahoo.com. Saya cuma meminta sedikit sumbangan untuk penat lelah menaip isi kandungan kad itu dengan harga RM1o sahaja yang boleh di bank in melalui

1- maybank-1580 5137 5019
2- bank lain atas permintaan anda (cimb, bank islam atau bank rakyat)

saya akan emelkan dulu bahan ini dan barulah anda bank ini duit..bagi saya orang yang jujur dikasihi Allah :)..

sebarang pertanyaan boleh merujuk emel.. tQ..

Sunday, June 05, 2011

Hukum mewarna rambut

Asslamualaikum wbt.. sebenarnya saya dah banyak kali dengar ceramah pasal mewarna rambut ni.. teringin nak kongsikan hukumnya kepada sahabat-sahabat dan kaum muslimindan muslimat sekalian.. maybe anda juga pernah ditanya ataupun tertanya-tanya apa sebenarnya hukum warna rambut ni...

Warna rambut ni bukan sekadar yang pergi saloon tu..walau pakai inai dekat rumah pun dah dikira mewarna rambut..kira maksudnya 'kita tukar warna rambut kita la...'.

dekat sini saya ada buat rujukan di web JAIS.. semoga kita sama-sama dapat luangkan sikit masa dan membaca jawapan yang maybe kita tak tahu (ilmu baru) ataupun kita [ernah tahu tapi lupa..:-

(sumber dari laman web JAIS)

Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan".

Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.

Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.

Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.

Semoga kita bersama-sama dapat memanfaatkan ilmu ini..wassalam.. :)

Wednesday, June 01, 2011

Selamat Bercuti penggal pertama 2011 :)

Salam..

sekarang dah bermula cuti penggal pertama.. orang yang xde apa2 hari sabtu aritu dah mula cuti (28 mei).. tapi saya ada kursus Isnin aritu.my wife pun ada ajar kelas tambahan tahun 6...so semalam baru start cuti la(selasa).. semalam jugakla saya n wife balik kampung ni lepas lunch rumah parent saya di Presint 16.

Hari Isnin aritu saya kursus di Auditorium Pusat Kejiranan Presint 16.. Nak tau apa tajuknye? SEMINAR PATRIOTISME DAN 1 MALAYSIA..wowww.. hebatnya rasa.. :) banyak betul input yang dapat dan penceramah pun best2 belaka.. antaranya saya dapat tahu asal usul A-Famosa yang korang suka sangat begambar tu..bayangkan dapat disiapkan dalam masa 6 bulan.. dalam zaman2 tu leh siapkan bangunan kukuh dalam 6 bulan...1 persoalan daripada penceramah.. Melaka terkenal dengan perkembangan Islam dan kemasyurannya.. tapi mengapa masjid tertua ialah Masjid Hulu Melaka tahun 17__ somthing.. x ingat pulak.. dimana bangunan2 indah sebelum Melaka diserang? istana-istana? rumah2 orang kaya dan yang paling misteri kubur2 penduduk sebelum tahun 17-an tu..boleh la fikirkan kemana perginya sebab bila di scan oleh arkeologi memang x dapat rangka2 lama ni..yang baru2 je ada..

Apapun tujuan post kalini adalah nak mengucapkan selamat bercuti kepada semua yang terbabit..minggu depan saya akan kembali buzy nak menyetelkan kerja2 terbengkalai. Soalan belum siap, fail belum siap, tanda buku budak belum settle, yang paling penting e-pelaporan jQAF masih belum siap dan belum bengkelkan kepada rakan-rakan j-QAF disekolah. Minggu depan juga nak membantu my parent nak pindah dari Putrajaya ke Gombak.. besar rasanya rumah ni..banyak benar barangnya..

Apapun enjoy dulu cuti ni.. nak gi berkelah di Janda Baik jap..bye bye