SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Friday, January 21, 2005

SYUKUR DAH TAMBAH LAGI SETAHUN!!

Bismillahi al-Rahmani al-Rahim

Hmm..semalam sengaja saye update blog ini dengan dua tugasan atau kajian saye mengenai golongan Syiah dan juga teori Weber..arini baru nak tulis skit yang ada kena mengena dengan diri ni dan apa jualah yang boleh dicelotehkan...

Firstly...ucapan jutaan tq buat teman2..rakan2...yang masih ingat tarikh kelahiran saye...sebenarnya kat email pun ade yos1801@yahoo.com ...melalui email pun dah tau kan?hehe..masuk je kol 12 sms masuk tahap x ingat..ada yang call sekejap..hmm..dulu2 tak penahpun rase camni..siap ada yang send kad..dan ada jua yang send bende lain...tq lah..nanti kalo ade rezeki saye akan balaslah...dan semoga doa2 kalian tu akan dimakbulkan oleh Allah SWT...

Sekarang ni kat umah..Hari Raya Aidil Adha..tadi pi semayang raya takla ramai sangat yang balik..tapi geng2 muda aku leh katakan semua ada.Lepas salam ngan abah tadi dapatla gak duit raya..hehe..sebab blum ada cucu,duit raya wajib kasi lagi kat anak2..tak kira la dah besar mane sekalipun..hehe..pastu sepupu ku dari KL,on d way nak balik kampung.diorang lama gile tak balik Perak..hmm..Intan,Keron,A an dan Boboy dan jua mak Long.Sebelum terlewat aku ucapkan jua SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA lah ye...mohon ampun maaf salah silap sekiranya penah melakukan kekasaran mahupun keganasan terhadap anda semua.Apatah lagi kiranya pernah menyinggung perasaan anda...I'm very sorry okay!!

Menyingkap peristiwa korban yang berlaku tak sampaipun sebulan dari sekarang....Tsunami..saya dahpun sampai kat tempat kejadian..dapat tengok sendiri keadaan disana,kemusnahan,kehancuran,kematian dan itulah yang menggentarkan jiwa yang selalu angkuh ini.rumah terletak yang paling dekat ialah lebih kurang 500 meter dari pantai tapi air naik dan masuk ke rumah hingga ke paras paha..

Mengikut cerita mangsa2 juga...pada hari kejadian,langit cerah dan awan berarak indah seperti selalu...tetapi rumah mereka diserbu satu lembaga hitam besar...seperti raksasa..dalam sekelip mata segalanya musnah..lumpur atau selut setinggi lutut...haiwan ternakan jadi bangkai,itulah kuasa Yang Maha Esa....Menarik nikmatNya dengan sekelip mata..takperlu beberapa kelipan..hanya sekelip...semuanya jadi seperti padang jarak padang terkukur...Mujurlah kat Malaysia taklah seteruk Acheh..tapi itupun kelihatan amat sengsara...

Saya pergi dengan menyertai Persatuan Anak Kedah UKM yang menghantar 2 biji bas..kami bergerak dari UkM pada pukul 9 malam,dan berkumpul bersama dengan ahli rombongan seramai lebih dari 500 orang.Menaiki 14 biji bas.Sampai Kuala Muda pagi Ahad 9 Januari 2005.seronok sebab member yang dok Kedah semua join,Bob,Daniel,Amiq,Chot,Nuat,Pit Shah dan ramai lagi.Pi gotong royong kat sana tolong bantu kemas umah mangsa Tsunami..Saya sendiri terjun dalam lumpur kat umah salah satu mangsa..siap masuk nTV7 lagi tu ari Isnin kol 7 malam Amiq kata.hehe..bangga jugak..kihkih.Makan pun tak kurang hebatnya..Banyak gila disediakan..time petang kami pi la lepak kat tepi pantai..tengok banyak gila mayat ikan..semua dah jadi ikan kering.Ikan Sembilang dan ikan Pari sebesar Lengan dan jadi ikan kering kat tepi pantai tu..bau tepi pantai tupun hanyir semacam je..

Sepanjang dok kat sana sesi begambar banyak sungguh..Bob ngan Daniel la paling banyak hehe..pastu begambar ngan aweq2 Kedah.Lepak sekali ngan Mami Jarum,Shariza Mahmud,sharifah Shahora dan beberapa artis lagi kat sana..siap saya main kutuk-kutuk selamba je kat diorang..pastu kena kutuk balik..lawak giler..kecoh 1 bas sebab diorang tumpang balik KL naik bas UKM.Pastu sampai Ukm Kol 2pagi..Kat kolej aku budak2 UItM duduk utk MASUM.aku lepak kat kolej sambil mengembangkan bisnes baru bersama kakak2 angkat aku yang banyak berjasa.Siap pi Pudu lagi beli tiket untuk raya haji ni.PitMan ngan Yaman ada,so dok lepak ngan depa lah..Macam2 dapat dibuat sebab time tu cuti midsem..bisnes bekembang baik punya..nanti nak tulih pasal bisnes kat edisi lain pulak.

Ari Rabu aritu balik Umah dengan bertemankan Wardah n Eja sampai kat Pudu.Kebetulan bas diorang sama time ngan bas saye..so lelepak sesamalah..Wardah ada 'orang' lain yang naik bas sekali ngan dia..katanya member sekolah rendah..pastu kebetulan Azhar Amari datang nak jumpa aku kat Pudu sebab dah lama tak jumpa.Dok lepak lah.Kebetulan lagi..setelah sekian lama lost contact..member agak karib aku time form1 sampai form3 si anak D.O Asyrap Nordin call..lawak gila..dah lama x jumpa dia..hehe.sembang lama gak la kat tepon tu..hehe..pastu naik bas sampai umah kol 1 lebih lepas minum dulu ngan abang n adik aku.

Itulah skit sebanyak benda berlaku 2 3 menjak ni yang aku tak sempat nak update sebab agak buzy dengan benda2 yang agak penting..apa yang penting jugak ialah umur aku dah 22 sekarang.dah semakin dewasa..tapi suka sangat dengan gelaran o-tay..sebenarnya 2 3 menjak nipun ada pihak2 yang tengah cari penyakit ngan aku..tunggu masa ja penyakit tu nak datang...pastu barulah diorang tahu...SAPE yOs!! Wallahu'alam

Thursday, January 20, 2005

Teori Weber

Pendekatan birokrasi merupakan suatu pendekatan yang menekankan tentang perlunya sesebuah organisasi untuk itu beroperasi secara rasional dan bukan hanya bergantung kepada pemilik atau pengurus. Pendekatan ini diperkenalkan oleh seorang ahli sosiologi yang terkenal dari Jerman iaitu Max Weber. Weber telah membentuk satu teori struktur autoriti dan menerangkan kegiatan organisasi berdasarkan kepada perhubungan autoriti. Beliau menghuraikan birokrasi dalam berorganisasi dalam beberapa ciri utama iaitu :

1) Pengkhususan pekerjaan
2) Peraturan dan tatacara yang formal
3) Impersonaliti
4) Hirarki autoriti yang telah ditentukan

Mengikut kepada pengalaman saya yang menceburkan diri dalam sebuah organisasi X dibawah Unit Perhubungan dan Latihan Pelajar (UPLP, HEP) di UKM, apa yang saya dapat lihat ialah teori Weber masih digunapakai dalam organisasi tersebut untuk menjalankan program yang dijalankan. Di dalam organisasi tersebut, pengkhususan kerja diterapkan kepada ahli supaya jelas dan faham kehendak dan kemahuan yang diperlukan oleh organisasi tersebut. Di samping itu, hal ini secara tidak langsung membuatkan para ahli bersaing dalam kerja masing-masing. Sebagai contoh, dalam organisasi yang saya terlibat ini mempunyai beberapa jawatan yang dipegang oleh ahli-ahli. Mereka bertanggung jawab untuk memantapkan kemahiran mereka mengikut bidang tugas mereka.

Di samping itu, terdapat peraturan dan tatacara yang formal dalam organisasi tersebut. Peraturan dan tatacara yang bertulis menerangkan perlakuan yang diingini oleh pengerusi daripada ahli. Secara tidak langsung, dengan cara ini akan dapat menyatukan mereka dan memastikan keberkesanan di dalam sesuatu tugas atau tanggungjawab yang diberikan. Sekiranya peraturan dan tatacara ini tidak dipatuhi oleh ahli, mereka akan dikenakan denda atau sebarang bentuk teguran untuk memastikan ahli mematuhi kawalan tersebut. Sebagai contohnya, melalui pengalaman saya semasa membabitkan diri dalam organisasi X tersebut, jenis kawalan yang dilakukan ialah sekiranya seseorang ahli itu berkelakuan tidak senonoh (melakukan maksiat dan sebagainya yang boleh mencacatkan maruah organisasi itu) seseorang itu boleh disingkirkan daripada organisasi tersebut secara serta-merta.
Sesuatu peraturan, tatacara dan penguatkuasaan perlu diaplikasikan secara seragam tanpa mengira personaliti individu dan pertimbangan perseorangan. Ini boleh mengelakkan daripada sikap berat sebelah atau bias. Jikalau perkara impersonality ini tidak dipandang serius oleh pengerusi dan ahli-ahlinya, nescaya organisasi tersebut tidak akan bertahan lama kerana ia akan mengakibatkan masalah dalaman yang boleh menghancurkan organisasi tersebut.

Melalui pengalaman saya menjadi ahli dalam organisasi X tersebut, mendapati hirarki autoriti seseorang adalah berdasarkan kepada senioriti dalam organisasi terbabit. Semakin senior seseorang ahli maka, mereka dianggapkan mempunyai tahap dan prestasi yang sangat tinggi serta mereka menjadi tempat rujukan oleh semua ahli berdasarkan kedudukan mereka yang tinggi itu. Walaubagaimanapun sekiranya seseorang junior itu mempunyai tahap pencapaian dan mempunyai prestasi yang agak baik, mereka akan dipertimbangkan untuk diberikan jawatan yang tinggi dalam organisasi X tersebut. Kini apa yang saya dapat lihat bahawa teori weber ini telah menembusi terutamanya di kebanyakan institusi sosial seperti organisasi X untuk memaksimumkan produktiviti dan keberkesanan organisasi.