SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Sunday, June 26, 2005

Akhirnya YoS ambil keputusan untuk kembali.....

Akhirnya YoS tekad mengambil keputusan untuk kembali beraksi dalam skuad bolasepak 5 Star setelah terpegun melihat aksi kejayaan Perak dalam Liga Super dan Piala FA sejak akhir² ini. Skuad 5 Star yang digeruni diwakili oleh Amirul Faiz Osman, Daniel@ Naim Ahmad, Mohd Hafiz Ishah, Faiyzan Ahmad, Herwan Mat Zan(Yaman) dan firdaus Ashraf @ YoS.

Permulaan musim depan semua perlu bangkit kerana saingan hebat dari Team Gedebe yang dikepalai oleh Amir Ashraf Baharum, Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebarang kelekaan dan kealpaan pasti mengundang padah kerana dengar khabarnya Team Gedebe telah memulakan Latihan tenteranya hari ini.

YoS yang mengalami kecederaan serius dibahu dan pinggang kini tekad untuk pulih segera supaya kembali dapat bergandingan dengan Herwan Mat Zan =YY (Yaman-YoS) penyerang yang telah menghasilkan beratus-ratus gol setakat ini melalui gandingan tersebut..Jadi esok pagi YoS akan memulakan kembali latihan kecergasan yang bertempat di Lake Garden Taiping bersama Salman Shabudin dan kemungkinan juga bersama Saudari Saidatul Asyikin Hasan, Player Tenis terkemuka UKM.

Menjaga kesihatan adalah jauh lebih penting daripada kejayaan yang diulit pelbagai penyakit..Begitulah nasihat pakar perubatan Team 5 Star, Nasri Tesnoh dan Yat ..YoS masih ingat pesanan Nas daripada Yat yang begitu serius menasihati tentang kesihatan dan keselamatan YoS yang pernah kerap pening² suatu ketika lalu..Justeru kepada rakan² yang lain juga supaya mengambil iktibar dan aktiflah bersenam..esok latihan kecergasan pertama akan bermula dan akan berakhir sebelum 8 Julai iaitu tarikh pulang ke UKM. semuanya terpulang kepada diri sendiri sama ada mahu berjaya..ataupun tersandar kelak menanggung padah!!

Thursday, June 16, 2005

7 Perkara Ganjil Berlaku di kubur

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf ata perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.


" 1 " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

2 Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat Wajah mereka telahpun bertukar menjadi b*bi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yanglain,"

3 Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu. " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

4 " Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya.

" 5 " Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

6 " Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

7 " Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut. " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta sebesar zarah.Ate dah insaf ke kome?heheh

Tuesday, June 14, 2005

Jersey baru Arsenal season 2005/2006

Image hosted by Photobucket.com
Thierry Henry menggayakan Jersey baru Arsenal yang bertemakan Arsenal Klasik..Mantap!! (tengok dan amik dari www.arsenal.com )

Sunday, June 12, 2005

2 MiNggu Yang Macam-macam 2

Aisey aritu terputus plak citer..selepas kematian datuk aku..hari Jumaat adalah hari terakhir aku bertugas di Pejabat Agama Islam Daerah Taiping..sedih plak pikir2....kami buat jamuan hari last ni..Maton masak lauk,Amin masak nasik..aku jadi tukang angkut..pinjam kereta abang akulah..kami bagi cenderamata kulit kambing berayat kursi yang telah di frame..lawa plak bila nengok2 balik..hehe...

Harini macam bese..Jumaat penuhla ofis dengan pesalah2 seksyen 57..kami bertugas wat kali last dengan amik statement dak2 tu..yang sadisnya ada budak UKM antara yang kene cekup..dak pompuan lah..dak SMKASAS plak tuh..tensen betuii..abis orang pejabat agama cop dengan nama buruk2 buat SMKASAS dan UKM..dah la UKM..Fakulti macam aku jugak..amik Quran Sunnah plak tuh..memang takleh pakai..Nangis2 mintak maaf kat kami berempat..bikin malu saja...

Ari Sabtu..Abang Din sepupu aku dari Terengganu kawin ngan orang Gerik, Perak.Jumaat malam dorang tidur rumah akulah..meriah jugak..rombongan pengantin takkan la skit ye tak?..hehe..pas abis kenduri kat Grik, kami sefamily ikut plak rombongan Terengganu balik Terengganu..dalam lebih 10 kereta jugaklah..ramai..Lama jugak x balik kampung..dekat setahun rasenya..Ape yang menarik kalini kat kampung aku jumpa mamat nama Eder..member karib aku kat KISAS yang sekarang belajar kat API,UM.Mamat tu pun balik kampung..so dia mai kampung aku..kami pi minum air kelapa muda tepi pantai..fuh syahdunya..dia cerita masalah aweq nya yang 'segak' tuh..ramai je yang nak ngaco n nyebuk..memang kaki dengki ramai..tapi Eder pun baguslah..Rugi sapa x dapat dia..macam orang x dapat akulah..heheh..

Rabu kenduri kat umah Abang Din plak lah..dari pagi aku sibuk2 bergotong royong..kenduri kampung beselah..mana layan catering..semua masak sendiri..layan Nasik Dagang,fuh..best..nikmat..langsung tak sama ngan yang aku makan kat KL mahupun tempat2 lain yang nak buat nasik Dagang..Pas abis kenduri petang tu jugak kami sefamily balik Perak sebab ayah aku ada urusan di Pengkalan Hulu, Perak.Dalam kol 11 malam barulah kami sampai..Teringat aku 6 tahun lalu..Kat sinilah aku mencipta nama menjadi Juara Memanah Perak Peringkat Negeri Perak..lawan kat SMK Tun Saban..kat sini plak ada rumah Ct Hajar n Adiknya Ct Hafiza..rakan kariblah jugak :) ......

Jumaat..pegi Ofis amik sijil dari Tuan Azam.Pastu makan Piza Ustazah NurHidayah support..petama kali dalam idup makan Piza..wat maluja..heheh..layan Piza petang tu 5 orang.Aku, Maton, Amin, Yaman dan NurHidayah.Macam adik beradik plak semua..Macam Power Rangers pun ade :p ... N arini..Member aku merangkap senior SMKASAS Hafifi Zainuddin kahwin..sebelah rumah ja kami..akhirnya adagak member aku kahwin aku leh tengok depan mata..selalu tau ja dah kawin tapi x tengok..hehe..best ke kawin?..Petang ni aku nak kuar ngan geng2 aku sini..Salaman, Latip dan Pakli Apad..reunion kecil-kecilan..sahabat2 kat SMKASAS..hmm..sambung lagilah....

Saturday, June 11, 2005

2 MINGGU YANG MACAM-MACAM....

aSsalamualaikum dan salam sejahtera..ape kabo?..hmm..lama jugak dah tak menulih atas sebab2 tertentu yang x dapat dielakkan maka harini nak tulislah..tulis nipun bukannye sebab pe..mungkin menjadikan kita tersenyum kembali bila kita baca balik apa yang kita tulis..tak sekarang..mungkin lagi empat lima tahun..kita tahu apa yang kita buat kekadang benda yang orang tak buat.. idup dalam bumi yang berputar..gitulah..

Hmm..Khamis minggu lepas..aku kehilangan seorang datuk yang agak rapat denganku semasa kecil..tak seperti tokki aku yang meninggal semasa aku masih dalam buaian..bermacam-macam pengalaman aku perolehi bersamanya..antaranya dia hantar aku gi sekolah kalau ayah aku pegi kursus,tolong meniaga durian, kene marah sebab mandi sungai kat kampung..dan bermacam-macam lagi...Arwah datuk aku ni sangat garang time dia jadi cikgu dulu..so sangat popular jugaklah menjadi cucu beliau..pada hari kematiannya..memang mati adalah lebih baik baginya..menderita sakit tua, nampak macam terseksa sangat..sampaikan orang yang masih hidup pun terasa insaf dengan erti kematian..aku baca quran malam tu banyak2 kat sebelah jenazah,baca Yasin..pastu abang akupun join..mak aku,ayah aku, makcik2 ku..sepupu2..

Cuma mujurlah beliau meninggal ketika mak ayah dan adik beradikku telah 2 hari pulang dari Sarawak..Mereka pegi sebab ayahku biasala..jadi bos bawak peserta2 Perak dalam tilawah sekolah2 kebangsaan.Alhamdulillah Perak muncul juara kesuluruhan buat kali ke-6 rasanya..Pertandingan tu buat kat Miri dan aku takleh ikut sebab tak abih praktikal lagi..heheh...Malam datuk aku meninggal sepupu senior aku dari KL balik..so lama dah tak beborak ngan dorang pun..Aan, Keron dan Boboy. Esoknya aku x pegi ofislah. kol 10 aku ngan adik beradik serta sepupu menimba pengalaman memandikan jenazah datuk kami. Sayu rasenya mandikan jenazah orang yang kita kenal..Pastu dibawa ke Masjid Jelutong untuk disembahyangkan kemudian dikebumikan kat Tanah Perkuburan dekat Masjid tulah..Ramai yang datang sembahyangkan..orang2 Taman Menteri, Orang2 ayah aku kat Jabatan Pelajaran Perak..dan lain2 lagilah..Apa yang aku ingat Khamis itu adalah hari yang paling letih didunia. Lepas kebumikan datuk aku, balik rumahlah..hmm..sambung lagi...