SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Tuesday, February 23, 2016

Parent sponsor PA System Surau

Alhamdulillah..setelah bertindak setelah lama hanya memikirkan.. akhirnya surau sekolahku mendapat sponsor PA system oleh parent bekas muridku. Yang buat jadi lagi terharu luahan hanya saya buat melalui facebook selepas bacaan Yassin tahun 6. Dalam masa 3 hari saya dihubungi Hamba Allah tersebut.

Katanya anak dia baca di facebook. Dia tak ada masalah pun nak sponsor. Katanya tak ada orang mintak macam mana nak bagi? Takpalah. Rezeki nak dapat.

Dan Jumaat lepas 19 Februari pemasangan pun dijalankan dengan jayanya. Lepas solat Jumaat abang yang pasang tu panggil ke surau. dah siap sepenuhnya dan test. Alhamdulillah cantik bunyinya.






Apapupun bersyukur kepada Allah. Sekarang pihak Panitia sedang berusaha dengan lebih gigih untuk memantapkan surau sekolah. Khabar-khabar angin bertiup kencang nak dapat banyak sponsor. semoga dipermudahkan oleh Allah. Itu sahaja coretan petang ini. Semoga Allah murahkan lagi rezeki pemberi sponsor dan keluarganya. Dengarnya mereka ada bisnes kedai makan di beberapa tempat. Semoga semuanya sukses dan diberkati Allah. Wassalam.

Monday, February 22, 2016

Permulaan 2016 dalam blog ini

Assalamualaikum wbt..

Sebenarnya banyak kekangan untuk menulis blog dua tiga menjak ni. Waktu kat sekolah banyak kerja. Kat rumah pulak tak ada internet selain kat mobile je. Line pun macam siput. Kalau line ok pun ada budak Aiman yang sibuk berebut laptop. Pantang nampak bapak dia bawa keluar laptop nak buat kerja, diapun sibuk nak take over cakap Aimaan pun nak buat kerja Aiman. Bila mak dia buka laptop tak pula dikacaunya.

Sebenarnya permulaan 2016 ni penuh rencah dan rempahnya juga. Pelbagai dugaan dan cabar perlu ditangani. Antaranya:


  • yang terbaru sakit gigi sampai keluar air mata.Alhamdulillah baru baik setelah habis antibiotik tapi belum cabut
  • telanggar kereta parent semasa nak parking waktu sampai ke sekolah. Kena bayar ganti rugi sebelum raya Cina
  • kereta saya bateri kong
  • tayar belakang kereta saya yang botak pancit. Tak boleh nak tampal dah sampai kena tukar tayar baru
  • Mesin AtM Bank Rakyat di Presint 8 buat hal. buat transaksi pengeluaran. Tunggu punya lama kad keluar balik..di skrin terpapar masa tamat. Bila check online duit dah potong. Cakap nak siasat..sampai la ni tak settle settle. Dah sebulan lebih
  • Bahu kanan yang cedera semasa tingkatan 6 terasa kembali..dah berbelas tahun kot..sakitnya ya ampuunn
  • takyah nak cerita semua kot
  • ops ada satu lagi.. sertai cabutan bertuah Kenduri Wilayah yang menawarkan lebih 500 hadiah tapi tak kena..hahaha..gila banyak hadiah tapi takde ong..
Tapi kita sebagai hamba apa hak kita nak merungut banyak..sebab semua kesusahan tu Allah bantu hiburkan dengan cara lain. Banyak anugerah yang Allah beri..Banyak nikmat yang Allah kurniakan.. Cuma kita lebih memandang perkara yang negatif melebihi apa yang Allah beri yang sangat banyak. Antaranya nikmat melihat anak membesar. Aiman dah beberapa minggu dilatih tak pakai pampers siang. Sekali sekala bocor juga. Buang air besar tanpa pampers masih tak reti. Kena latih cepat sebab tahun depan dah nak hantar Taska. hmm.. 

Kalau dapat nak murnikan lagi blog ni.. syok bila baca balik. Hanya masa jadi penentu. Syukur ada ahli keluarga yang sentiasa support. Terharu juga bila abang saya belanja celebrate birthday di Seremban 2 bulan Januari lepas di Restoran City Park Oriental. Makan Sup sirip Ikan Yu buat pertama kali. Isteri juga banyak support bila kesusahan. Tuhan sahaja mampu membalas. Semoga adik saya juga yang sedang membangunkan bisnesnya berjaya dan berjaya dengan jayanya. In Sha Allah.

Itu sahaja coretan awalan ni. Nanti banyak nak tulis lagi. Wassalam. 22/02/2016 (Isnin)