SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Tuesday, February 25, 2014

BUKU REKOD JQAF

Assalamualaikum wbt...


Baru baru ni saya try buat buku rekod jQAF untuk budak-budak sekolah saya. Alhamdulillah siap gak dan kelabu jugakla mata. Kalau sapa-sapa nak softcopy leh la saya jual rm10 je.. saya hanya buat untuk IQRA dan QURAN sebanyak 27 mukasurat. Kalau nak tambah bahagian lain boleh aje macam ruang KBS ke tasmik ke



sapa yang berminat leh pm saya di emel ahmadfirdausashraf@yahoo.com atau https://m.facebook.com/ahmadfirdaus.ashraf .. Saya tahu ustaz ustazah jqaf semua kreatif tapi mungkin ramai juga yang buzy macam saya ni.. ok. Wassalam

Tuesday, February 11, 2014

Hukum baca kuat solat siang

Bismillahi Rahmani Rahim


Saya tercari cari jawapan tentang mengapa solat Magrib Isyak dan Subuh kita umat Islam yang menunaikan solat berjemaah imamnya akan menguatkan bacaan pada rakaat pertama dan kedua..sedangkan pada waktu Zohor dan Asar direndahkan pula suara. Akhirnya sayamendapat beberapa jawapan.


Pertama melalui soal jawab Ustaz Azhar Idrus beliau menerangkan bacaan sebegitu disebabkan hadis Nabi yang membawa maksud setelah ditafsir kita perlu mengikut apa yang Nabi buat.. Jadi Nabi Muhammad memang berbuat begitu semasa zaman Baginda, jadi tanpa ragu-ragu kita ikut sajalah tanpa banyak soal sebab tiru Nabi ialah mengamalkan Sunnah.



Melalui bacaan lain pula.. Allah telah berfirman dalam surah al-Isra' ayat 110 yang bermaksud " Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya."



Selepas turun ayat ini Rasulullah merendahkan suara pada waktu siang hari kerana khuatir menjadi ejekan dan cemuhan kaum musyrikin kerana pada waktu itu Islam masih di tahap awal. Dikuatkan dan dinyaringkan bacaan pada waktu malam dan Subuh kerana waktu itu kaum kafir sibuk makan, berseronok dan nyenyak tidur..


Solat Jumaat dan Solat Hari Raya juga waktu siang tetapi mengapa pula dibaca kuat? Hal ini disebabkan perkara itu disyariatkan di Madinah dimana Islam sudah berkembang dan kuat. Justeru setakat inilah pemahaman saya tentang perkara di atas.



Berkaitan hukum membaca kuat di siang hari pada masa kini saya pernah menyoal beberapa guru saya.. Hasil dari jawapan ialah "MAKRUH" Wallahu Alam.. mungkin sesiapa yang lebih arif boleh membetulkan jika saya masih ada silap pemahaman di sini.. Terima Kasih

Khamis ni Serah Kunci Kuarters

Alhamdulillah.. setelah agak lama sibuk.. akhirnya dah berjaya buat apoinment dengan Bahagian Pengurusan Hartanah Putrajaya (BPH) untuk menyerahkan kembali Kuarters yang telah saya dan istei saya diami agak lama..


Hari Jumaat lepas selesai tutup akaun TNB di Presint 3 dan semalam ke SYABAS tutup akaun air.. Khamis ni akan serah kunci 13 Februari 2014.. Dah 2 bulan lebih pindah..so sia-sia ja lah masih potong akaun isteri saya. Walau tak semahal mana tapi buat apa nak membazir kan..