SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Wednesday, December 28, 2011

Pos Akhir 2011

Assalamualaikum WBT..

mungkin ini adalah pos terakhir saya untuk tahun ini, 2011.. rasanya tahun ni ada banyak jugak pos berbanding tahun2 lepas :)

Time tulis entry ni saya sedang menghadiri mesyuarat pengurusan sekolah yang bermula sejak semalam lagi.. Baru saja menandatangani Opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) semalam, dan mendapat jadual waktu serta tugasan-tugasan untuk sesi persekolahan 2011.

Nak cerita sikit perjalanan cuti yang agak panjang ni pada awalnya tak kemana sangat. Bermula 23hb November- 25hb pergi kursus mentoring guru pembimbing di Bahagian Teknologi Pendidikan Pahang dekat Pantai Beserah.. Tidur rumah abang ipar walau ada bilik disediakan.. My wife ngan mak mertua ikut sama. Banyak la kena study sebab nak jadi penilai tahun depan.. so betambah la bebanan..

25hb bergegas balik sebab parent akan sampai dari Mekah jam 9.35.. Alhamdulillah sempat sambut dan meriah juga.. Along, kak Amy dan Faisal pun ada.. gembira tengok mama, abah dan Maklong sihat.. lama jugakla beborak. 26hb baru la sambut Annivesary..sepatutnya 25hb.. hehe.. kat Burger King Alamanda!! paling dekat.. hehe.. Tahun berdua lagi..tahun depan? semoga Allah permudahkan urusan kami ..Amiinn..

28hb bersamaan Isnin pergi kenduri rumah sahabat baik Hafiz Ishah di Klang.. Adik Perempuan dia kawen.. pergi ngan Tuan Imam Hidhir sekali.. lepas makan kenduri pergila menggamit memori di Masjid Sultan Sulaiman, Klang solat Asar.. Pastu dalam cuti-cuti ni macam-macam la uruskan termasuk ketuk kereta yang kemek sikit tu, KWSP yang tak seberapa tu dan lain-lain...

5hb balik Bentong dekat seminggu, pastu ada rombongan nak gi Johor tapi tak dapat la nak join sebab my wife x berapa nak sihat. Nak bincang pasal perkhawinan Hafiz nanti. Pastu sempat jugak balik Taiping kejap.. Dalam cuti ni juga bekesempatan gi rumah abang saya di KULIM.. dapat tidur satu malam dan lepak-lepak makan beriani paha kambing di Bukit Mertajam.

Aktiviti leh kata last ialah Rombongan Kenduri ke Sungai Petani.. Dapat penginapan percuma di Kelab Cinta Sayang (Apartment) yang begitu selesa sekali.. Kenduri sepupu my wife.. Meriah betul la sebab hampir semua adik beradik join termasuk Long dari Sabah.. Kenduri 24hb sebelah perempuan join gak.. 25hb baru belah lelaki dekat Dewan Cinta Sayang tu.. My parent pun datang jugak.. siap bawak durian yang baru luruh pagi tu huhu.. kelakar jugak.. belah durian kat tepi kereta ja.. sedaaapp.. :)

26hb balik Putrajaya dan 27 sampai sekarang ni tengah meeting.. esok dah ada orientasi tahun 1 dan pra.. macam biasa kena baca doa.. hmm.. semoga tahun 2011 ni memberi banyak pengajaran dan pengalaman baru yang berguna.. yang tidak baik jadikan sempadan. Semoga tahun 2012 yang bakal mendatang lagi beberapa hari menjadi tahun terbaik dalam kehidupan ini :) Doakan semuanya baik-baik sahaja dan isteri saya sentiasa sihat dan gembira.. Wassalam..


Friday, December 02, 2011

Tip Penenang hati 1

Petua penenang hati (Jangan menantikan ucapan terima kasih)

Salah satu cara mencapai ketenangan hati dan jiwa ialah kita tidak terlalu berharap atau mengharapkan balasan atas setiap perbuatan kita terhadap orang lain walaupun ucapan terima kasih.

Kebiasaannya kita menjadi tertekan kerana terlalu memikirkan ucapan penghargaan untuk kerja yang kita lakukan menjadikan niat kita yang pada mulanya ikhlas terus berubah menjadi marah, tension, benci dan sebagainya. Justeru bagaimana kita boleh mendapat ketenangan hati dan jiwa?

Apa yang kita hendak risaukan? Tuhan telah menjanjikan balasan pahala untuk setiap amalan kebaikan.. ganjaran daripada Allah atau manusia yang lebih penting? so saya ingin kongsikan di sini salah satu cara menenangkan hati ialah dengan tidak mengharapkan ucapan terima kasih atau sebarang ganjaran untuk setiap apa yang kita lakukan. Kita boleh fikir sendiri, dalam kehidupan yang macam-macam perkara yang kita lalui, hanya menambah stress atau tekanan jika buat kerja tapi terlalu mengharapkan balasan.

Rutin kerja kita sekarang (khasnya buat saya sebagai guru) amat berat dan beban yang ditanggung kadang-kadang melebihi kemampuan kita. Jika terlalu mengharapkan penghargaan seperti APC, pujian dalam meeting, pujian dalam perhimpunan takkan sampai kemanalah kemampuan diri kita ini. Bagi saya sendiri, buat kerja kita sebab itu amanah dan tanggungjawab. Dan kalau kita buat kerja semata-mata untuk menarik perhatian dan membodek, apa akan terjadi setelah anugerah diberi? Apakah akan masih cemerlang pada tahun yang akan datang?

Semoga sedikit perkongsian pendapat ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa saja yang membaca tidak mengira peringkat umur :) Wassalam (ini saya copy balik dari pos yang saya buat di page facebook saya ustaz firdaus ashraf TQ )

Thursday, December 01, 2011

Annivesary ke dua ;)



Alhamdulillah.. 25 November 2011 yang lalu cukuplah 2 tahun umur perkahwinan saya dan isteri saya.. Semoga Tuhan menambahkan kebahagiaan kami serta memakbulkan setiap permintaan kami hambaNya yang lemah dan hina ini.. Celebrate pun lewat sehari sebab 25hb tu perjalanan jauh dari Kuantan ke Putrajaya dan parent sampai dari Mekah..so tak sempat nak celebrate.. :)

Banyak kerja di Awal Muharam

Assalamualaikum WBT..

Baru lepas tengok Quantum of Solace.. dok ejas-ejas markah saps ngan mywife yang member-member sekolah tak lengkapkan..so kelabu jugakla mata..

Dah lama tak menghias blog so update le sikit..ejas2 design sikit-sikit.. dah masukkan pautan yang penting..so x payahla nak google lagi bila benda dah tau mana nak paut shortcut dia kan..

So cuti sekolah dah tamat seminggu..ni dah masuk minggu kedua.. tupun dah nak habis..harini (malam ni )1 Disember dah.. so memang cuti tinggal cukup2 sebulan ajela lagi.. Mana pun tak dapat pegi lagi. Sibuk menyiapkan kerja-kerja kat sekolah, kerja-kerja terbengkalai.. Buzy jugak jadi cikgu ni..

Minggu lepas 23 hingga 25hb November bergegas ke Kuantan sebab ada Kursus Mentoring Guru Pembimbing Praktikum anjuran IPIS.. Punyala jauh buat kat Bahagian teknologi Pendidikan Berserah.. Alasannya negeri-negeri lain punya semua dah penuh. Dapatla jumpa 2 3 orang member-member IP Teknik dulu yang terliba sama. Walau dapat bilik, tapi tidur dekat rumah abang ipar kat Kampung Pak Mahat dekat-dekat ngan Tanjung Lumpur. My Wife ngan Mak Mertua join ikut sama.. Dari rumah abang ipar ke tempat kursus takde la jauh sangat. Ikut Short cut Teluk Chempedak je.. Yang kurang enak asyik hujan ajela..Apapun itu semua kuasa Tuhan.. :)

Tamat Kursus, Jumaat balik ke Putrajaya tapi singgah Bentong dulu hantar mak mertua. Kena balik cepat sebab flight mak and abah saya akan tiba dari Mekah jam 9.25 malam.. kena jalan jem pulak dari tol Gombak sampaila Ampang.. Sampai je dah dekat pukul 10 malam.. Mujur dorang tak keluar lagi dari tempat menunggu tu.. hehe..Abang and adik saya pun dah ada... Terus pergi minum dulu kat Coffee Village yang ada Kolam pancing tu.. punyala hingaq bising orang karaoke... lambat jugakla balik rumah sendiri.. Macam2 dorang beli kat Mekah. Apapun Alhamdulillah semuanya selamat termasuk Mak Long.

Minggu ni minggu Awal Muharram cadang nak jadi baik lagi lah.. Isnin 2 Muharram gi Klang kenduri adik Pit Shah kawen.. pegi ngan Hidir, Munna dan my wife.. Solat Asar kat Masjid Sultan Sulaiman..memori-memori.. KISAS punya asrama punyala warna warni..hmm.. minggu ni juga nak gi repair kereta pulak mana-mana yang bercalar ke kemek ke.. esok nak hantar ke Dengkil. pastu rasa nak polish.. time major servis pon dah sampai.. banyak gakla duit nak melayang ni huhu..

Apapun takat ni dulu pos.. Sebelum terlewat.. SALAM MAAL HIJRAH buat semua pembaca blog saya.. insyaAllah saya akan serikan lagi blog ini dengan kisah-kisah yang menarik dan membina peribadi.. :) Wassalam

Wednesday, November 16, 2011

kami blogger putrajaya

Salam.. hehe..tetiba dah dimasukkan dalam group 'KAMI BLOGGER PUTRAJAYA' baru perasan tadi hehe.. satu usaha yang baik oleh cikgu Naman.. Tahniah-tahniah.. lehla belajar banyak dari blogger-blogger lain yek.. jangan kedekut ilmu :) SalamUkhwah Fillah dari saya Ustad Uskutt (nama FB) :p

Sunday, November 06, 2011

Salam Aidil Adha 1432H/2011

Assalamualaikum wbt...

Dengan rendah hati saya mengucapkan selamat hari raya Eidul Adha kepada sesiapa yang membaca blog saya ini.. Semoga kisah pengorbanan yang menjadi sejarah besar dalam agama Allah ini menjadi satu pengajaran yang amat berguna buat semua. Tidak hanya menjadi adat dan ikutan, tetapi perlu ada satu penghayatan, perlu ada keikhlasan, perlu ada keimanan di dalam ibadah kita ini.

Alhamdulillah tahun ini saya beraya di kampung mertua di Bentong. Merasa lah bawak kereta dalam jem.. jam 3 pagi sampai rumah kerana terlalu banyak kereta di jalan KL- Bentong..bertolak 11.30 malam dari Putrajaya.. Baru kejap tadi dapat merasa sup daging yang amat enak sekali.. daging fresh sekali.. ditambah dengan nasi putih dan kicap toyu cap Kipas Udang..hmm.. sungguh menyelerakan..

Semoga kedua ibu bapa saya dan maklong yang kini berada di Tanah Suci Mekah memperoleh Haji yang mabrur dengan ucapan, kurma yang dikirim telah diterima dan enak sekali dimakan pada waktu hujan :p ..

Setakat ini dulu pos kali ni sebab nak gi bejalan ke Vega Mall Bentong jap..Semoga Allah memakbulkan doa-doa hambaNya yang lemah dan hina ini.. Ku berharap tanda-tanda yang menjelma 2 3 hari ini membawa sinar kehidupan baru kepada saya dan isteri.. Amin..

Tuesday, November 01, 2011

Penat pun tak kisah

Alhamdulillah..dah lama tak menulis ada jugak terluang sikit masa.. memang buzy sangat dekat2 akhir tahun ni.. sekarang ni sedang sibuk menjadi Tuan Rumah Bolasepak Youth League bawah 11 tahun peringkat Putrajaya.. jenuh betul menyiapkan padang dalam musim hujan sekarang ni..Sempat lagi pagi tadi siapkan padang denagn cikgu Shahrum dan cikgu Khairul Afendi...

Beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam beberapa minggu ni ialah murid-murid dah abes periksa akhir tahun, kena tanda kertas dan key in markah sebelum tarikh tutup, kena menyiapkan e-pelaporan jqaf untuk sekolah dan kena kumpulkan untuk Putrajaya.. Hari Khamis nanti 3 November selaku JU kena hantar e-pelaporan ni di SK Tiara Permai KL..

11 Oktober lepas pergi hantar my parent ngan Mak Long ke Kelana Jaya dorang berlepas ke Mekah.. 25hb nanti baru balik.. so dapat tanggungjawab kena jaga rumah abah di Desa Pinggiran Putra.. Lama jugak tu... bukan takat jaga rumah.. kena jaga mak kucing dan 3 ekor anaknya.. daripada empat sekor mati tatau punca.. comel-comel jugak anak Hitam kalini...

Beberapa hari sebelum parent gi Mekah cermin kete saya kena batu di Terowong Karak.. tension betol.. mendapatkan rawatan di DR Cermin Seksyen 7 Bangi..kena RM150.. Alhamdulillah ok sampai sekarang.. waranty nye setahun la..

Cuti Deepavali gi balik Bentong dan jalan gi Janda Baik jap ada hal.. balik Rabu dan Khamis je..Jumaat sekolah n ada Hari Kanak-kanak.. Sambutan Hari kanak-kanak tahun ni agak meriah sebab ada pihak A&W datang..maskot bear pon datang..suka la sangat begambar hehe...
Pastu penuh dengan game2 yang diatur..semua murid happy..begitu jugak guru-guru..

Pastu yang sedih sikit kereta bercalar lagi kena langgar time adikku Faisal pinjam bawa ke Ipoh.. bila la nak ada masa gi repair..Orang yang langgar tu dah bayar siap2 RM300.. harap2 cukup le.. Pastu Sabtu lepas gi kenduri member kat dewan Presint 16.. gelarannya Palito.. nama sebenar Fadli Sharif.. so banyak jugakla aktiviti-aktiviti yang telah berjalan dans edang usahakan.. Memang letih tak hengat.. Tapi sebagai manusia yang hidup, mestilah kena ada aktiviti kan..baru meriah :)

Arsenal pun 2 3 menjak ni agak memberansangkan..menang banyak kali dah selepas entry sedih kalah teruk ngan MU aritu.. menang ngan Sunderland, menang ngan Stoke, dan paling bermakna menang ngan Chelsea baru-baru ni walaupun main kat Chelsea.. hmm.. best best..

So nanti akan update lagi..dalam kepala banyak nak kongsikan..nak cerita..nak nasihatkan.. nak tegurkan..dan sebagainya.. Sebagai manusia hidup mesti macam-macam..supaya warnanya tidak asyik sama :)

Thursday, October 06, 2011

ART - Artistry Rejuvenates Tranquility.. It's Our Passion!: Baju KPTA! Limited & Exclusive! RM 38

ART - Artistry Rejuvenates Tranquility.. It's Our Passion!: Baju KPTA! Limited & Exclusive! RM 38: Baju Kelab Penyokong Tegar Arsenal sedia menerima tempahan! Hanya RM45 sahaja termasuk kos penghantaran dalam Malaysia! Promosi pembelian ...

like like

Salam.. saya dah mewujudkan page fesbuk untuk diri sendiri.. so sape yang termasuk blog ni lehla 'like' kat page saya tu melalui link kat sebelah kanan blog saya ni kat bahagian bawah trafik.. so sekurang-kurangnya dapatla jugak saya berbincang atau mengenal blogger lain atau sesiapa je yang sudi menjenguk ke blog saya ini . Tq

Tuesday, October 04, 2011

Kursus mySPATA di USIM,Nilai

Salam.. dalam dok pening-pening banyak kerja kena pulak attend kursus / Bengkel PERINTIS PENDAFTARAN ASET TAK ALIH KERAJAAN pulak di USIM anjuran Kementerian Pelajaran peringkat PPWP Putrajaya.. 4 dan 5 Oktober 2011, Selasa n Rabu.. fuhh takat ni dengar dah pening kepala.. Harap-harap dapat isi data yang dia mau ni dengan jayanya. Dalam kursus ni banyak geng2 yang kenal dari sekolah lain.. Semoga semua sukses..Perintis tu heheh..

Tuesday, September 06, 2011

Kekalahan terburuk dalam sejarah Arsenal

Aidilfitri kali ini amat membahagiakan dari segi keseluruhannya tapi dipalit sedikit kekecewaan gara-gara kekalahan Arsenal di tangan seteru utama yang terkenal sampai 8-2.. Teruk juga saya dipangkah oleh member-member yang jadi fan setia SETAN MERAH ni..

Ini bukan lagi tamparan hebat lagi dah..tapi mungkin dah sepak terajang hebat kerana digula-gulakan saja di atas pedang selepas pemergian dua bintang yang mencari masa depan lebih baik iaitu Cesc Fabregas yang merindui kampung halaman dan Samir Nasri yang mengejar kekayaan dan trofi... berikut adalah sejarai penjaring dan penerima kad sewaktu perlawanan:

Begitulah alkisahnya pada 28Ogos 2011 Arsenal ditumpaskan oleh Red Divils ..memang sedih tapi inilah hakikatnya..banyaklah jugak suara2 sumbang dari orang2 x kenal, sahabat-sahabat dan sedara mara yang membuat ayat-ayat hangin yang menguji kesabaran menjelang Syawal tersebut..

Apapun Coach Arsene Wenger telah membuat kejutan dengan membuat 5 pembelian atau membawa masuk 5 pemain baru..4 beli 1 loan iaitu :
1. Mikel Arteta 2. Chu Young Park, 3.Santos, 4.Per Matesacker dan yang kelima ni loan je si bahlul Israel.. seriusla tak suka.. so malas nak menaip nama malaun ni.. seb baik loan je..tapi 1 season tuuu..lama gak la..

Apapun dalam 3 game pertama aksi Arsenal agak menakutkan..(jaringan 2 bolos 10) ..mungkin Sabtu ini akan membawa kepada perubahan yang baik menentang Swansea yang kelihatan agak mantap walaupun baru saja naik divisyen.

Semoga kejayaan milik Arsenal season ni walaupun kehilangan ramai pemain bintang dan mendapatkan beberapa pemain bintang dan bahalul pon ade..heheh.. sebelum kedatangan 5 pemain ni Arsenal turut membeli beberapa pemain iaitu Gervinho (ok gak la), Jengkinson (agak bangang) Chamberlain (belum sempat menunjukkan keupayaan sebenar ketika masuk time kena titik dek MU, Miyaichi yang turun ke Malaysia tapi lom nampak muka di Emirates dan Joel Campbel yang bunyinye mantap tapi belum sempat beraksi.. Semoga berjaya.. Semoga fan Gunners tak terus kecewa tapi percaya tiada airmata lagi kerana sudah 6 season tanpa piala (tiada lagi airmata) heheh.. Chayok Chayok

Soal jawab agama 1

Soal jawab agama yang mudah-mudah tapi mungkin dah lupa:

Apa perlu dibuat jika terlupa baca doa Qunut atau tahiyat awal?
Membuat sujud sahwi. Jika tak sujud sahwi pun solat tetap sah tapi tidak sempurna

Bagaimana pula jika terlupa rakaat.. contohnya solat Asar, tak ingat dah rakaat ketiga atau rakaat keempat?
Jika curiga tambah sajalah rakaat. kemudian sujud sahwi sebagai tanda penghinaaan kepada syaitan

Perkara-perkara yang membatalkan wuduk?
1.keluar sesuatu dari Qubul dan Dubur (kentut walau sedikit juga membatalkan wuduk)
2.Tidur tidak tetap punggung
3.Hilang akal disebabkan pitam,mabuk,sakit atau gila
4. Tersentuh kulit dengan yang bukan mahram kita (yang dibolehkan berkahwin) tanpa lapik
5.Menyentuh kemaluan manusia tanpa lapik

Apakah wuduk waktu subuh boleh tahan sampai ke Isyak?
Jika tidak berlaku perkara yang membatalkan wuduk, sah solat dengan wuduk tersebut walaupun masa yang lama.

Perkara-perkara yang membatalkan solat?
1.Mengerak-gerakkan anggota badan 3 kali berturut-turut
2.terkena najis sama ada pada badan, tempat atau pakaian
3.bercakap-cakap dalam solat
4.Membuka aurat dengan sengaja
5.Makan dan minum dalam solat
6.Berpaling dada dari arah kiblat
7.Ketawa ketika solat
8.Berubah niat
9. Murtad (keluar dari agama Islam)

Terkena najis cicak juga membatalkan solat?
Tidak

InsyaAllah akan disambung-sambung lagi :)

Thursday, September 01, 2011

Ucapan Selamat Hari Raya 2011 :) buat semua

Assalamualaikum WBT..

Salam Aidilfitri saya ucapkan kepada semua kaum muslimin dan muslimat di muka bumi ini...Semoga Syawal 1432 Hijrah ini membuka lembaran baru dalam diri kita semua..dalam pos ini saya ingin membuat ucapan Aidilfitri secara khusus kepada semua yang teristimewa :)

Ucapan yang pertama adalah buat kedua ibu bapaku dan kedua ibu bapa mertuaku..Semoga hepi sokmo..

Selain ibubapa orang yang terpenting adalah isteri saya yang tercinta... begitu juga kepada semua adik beradik sebelah saya (Along, Acan n kak Amy) dan sebelah isteri saya, anak-anak buah, sepupu-sepupu, saudara mara, ahli2 Masyarakat TAMAN MENTERI, cHANGKAT JERING ,para pentadbir sekolahku dan kepada sahabat-sahabat baik di SK PUTRAJAYA PRESINT 16(2) yang dihormati Cikgu Shahrum, Cikgu Rusly, Cikgu Alif, Cikgu Fendi, Kak Zai, Kak Ita, Kak Shidah, Kak Zaleha yang tengah dalam pantang, Pn Maizatul, Pn Muhaiza yang baru dapat baby, Pn Mariam, Pn Teh Ahara, Puan Akmal, kak Hairani, Kak Norihan Aida, Puan Rafika, Puan Harnidah, Puan Habibah, Cik Ummi, kak Nita, kak Needa, ustazah Aida, ustazah Nora, Ustazah Zabidah, Ustazah Rohani, Ustazah Mahirah ustazah2 jqaf baru Salini, Aisyah dan Asma , semua anak-anak murid dan bekas murid di SK Putrajaya Presint 16(2) dan lain-lainnya yang masih ramai tapi x tertulis...

Tidak lupa kepada Bos saya yang baru, Guru Besar Puan Roziah, Puan Halimah PK1, Puan Salmi PK HEM, dan Encik Jabar PK KOKO juga tak dilupakan....Puan Karimah yang sudah bersara juga tidak dilupakan..Selamat Hari Raya..

Buat rakan-rakan yang dah pindah sekolah juga tak pernah kawe lupa seprti cikgu Faizul, cikgu Izman, cikgu Suhaila, Cikgu KhirulNizam, cikgu Azlina, Ustazah Rohidah, Cikgu Asnani, Ustazah Fazrina, Cikgu Azlan, Kak Azizah Tajudin, Kak Azizah Abdullah, kak Roshidah bekas PK KOKO dan yang lain-lain...

Ucapan ini juga buat kawan-kawan .. yang ingat jelah tulis hehe..member ex SMKASAS Azhar Amari, Luthfi, Mohsin, Fikri, Syukur, Nabil, Fadli Apad, Kudus, Pokli, Ijam, Mirul, Peng Manan, Loba, Gebang, Borg, Chippo, Ghulam, Anip Katak, Asyraf Nordin, Wan Pawi, Zul Tuntong dan lain2 termasuk kawan2 perempuan Hajar,Kokna,wahid,ima dan lain2.., Geng2 baik yang lain Hamizan Wasoh, Amir Ashraf, Zulkhairul, Paijan, Mimi, Boby, Tapa, Pak Imam Hidir, Mukriz, Nazim, Lee, Azman Polisi, Haiqal, Joe Arip, Mekna Usul, Jijah ,Atiqah KIY, Rajmeen KIY, Hafiz Ishah n Khalilah, Naim Ahmad, Hadi Husin, Kak Faizura, Kak Farizah, Kak Haslina, Chot, Syezek, Maton, Anoi, pitman, Syamim, Mazar, Kudus, Nakhaie, Ahmad Darul Albar, Maman, Naman, Ibni, Zamri, Saidi Tok tiub dan ramai lagi...Geng2 SK Changkat Jering pun x lupa..Puad, Syeikh, Azlan, Hasnawi, Shahida, Halessa, Suhana dan lain-lainnye..

Selamat Hari Raya juga kepada semua ahli kumpulan j-QAF terutamanya kumpulan Pendidikan Islam 1 Kohort 2007 Institut Perguruan Teknik, Cheras... juga kepada semua rakan2 guru j-QAF dan GPI di Putrajaya seperti Ustad Hashrul, us Tengku, us nasrom, Us Junaid, us Norhan, Ustaz Saiful Afzan, Bos d PPWP ustazah Hanan, Ustaz Muzaffar, ustazah2 jqaf lain..x igt nama daaa.. dan yang lain2 nye la.. Geng2 cikgu sekolah lain yang selalu jumpa time sukan ke kursus ke..sapa ye..hmm Sulaiman, othman, Anas, ustaz hafiz, dan lain2 lagi.. muka tahu nama tak ingat haha...ops..cikgu2 PPDa dulu..tak lupa encik Fariz, encik Shahrul, Kak Norihan, Kak Noraihan, Shahrizan Salim, Mahfuz, Kak Asliza, dan yang lain2..

Yang amat dihormati semua guru-guru yang pernah mendidik saya di Tadika Kemas CT JERING, di SK CT Jering zaman teacher Rosnah, cikgu Musa, Cikgu Rahman Ali, Cikgu Norsiah, Cikgu Aishah, Cikgu Jamaliah, Cikgu Jamilah, Teacher Salina, Cikgu Rodziah Sultana, dan yang lain2 nya..guru-guru di SMKA Sultan Azlan SHAH zaman ustaz Suhot, Pak Nan, Ustad Yazid, Ustad Kashfi, Ustad Rahimi, Ustad Ziyad, Ustad Zahidan, Ustaz Zahari, Ustad Arshad, Ustad mad Rahman, Cikgu Zan, Cikgu Salasiah, Teacher Solihah, Cikgu Romlah, cikgu zafrullah yang banyak mendenda saya, ustad mus , dan ramai lagi lah... tak lupa juga guru-guru saya di Tingkatan 6 kat Kolej Islam Sultan Alam Shah zaman Ustaz Abdullah Hussin jadi pengetua.. zaman sir zamri, cikgu nani, cikgu sharipah, ustazah misyati, ustaz kamal mahdi, ustaz2 2 3 orang yang anti form 6 hehehe.. ustaz moktar yang sporting gila.. ustazah nik mahizan dan ustad Lah, ustazah sumayyah dan suami.. dah lama tinggal zaman sekolah.. sorry cikgu2 semua..

Lecterer2 di UKM yang pernah ajar saya antaranya dato Yusuf husain, prof zakaria stapa, us sunawari, ustaz mazlan, dan ramai lagi lah..

Ucapan Selamat Hari Raya juga ditujukan khas kepada fan2 Arsenal di KELAB PENYOKONG TEGAR ARSENAL yang dah beberapa bulan saya join.. punyala happening dan memberansangkan :) Semoga team kita dapat Piala season ni dan seterus-seterusnya..tak lupa juga kepada fan2 Arsenal yang lain yang beragama Islam di seantero dunia :)

so dalam ruangan ni saya ucapkan SELAMAT HAR RAYA kepada semua yang diingati... Marilah kita bermaaf-maafan dan mengamalkan cara hidup Islam.. Sempena bulan Raya ini yang juga Bulan kemerdekaan.. saya Menyusun 10 jari atas segala salah dan silap.. jika berjumpa di jalanan bertegur-tegurlah ye.. :)

Tuesday, August 16, 2011

Sejarah Penubuhan Kelab Arsenal

Sejarah Skuad ‘The Gunners’ mula ditubuhkan apabila seorang pekerja di Woolwich Arsenal Armament Factory memutuskan untuk membentuk sebuah kelab bolasepak pada akhir tahun 1886. Pada waktu itu kelab tersebut bermain di bawah nama ‘Dial Square’. Perlawanan pertama mereka adalah kemenangan 6-0 ke atas Eastern Wanderers pada 11 Disember 1886. Selepas itu mereka menggunakan nama Royal Arsenal dan mula bermain di dalam pertandingan persahabatan dan perlawanan-perlawanan tempatan untuk beberapa tahun selepas itu.

Pada tahun 1891 Royal Arsenal status mereka berubah menjadi profesional dan menukar namanya menjadi Woolwich Arsenal. Pada tahun 1893 yang selepas itu menyertai Liga Bolasepak FL (Football League). Pasukan ini melakukan perpindahan ke Highbury pada tahun 1913 dan telah menyertai liga divisyen dua. Seiring dengan PD I, mereka terpilih untuk mengikuti perlawanan divisyen satu yang mula rancak, divisiyen yang mana mereka ikuti sehingga pada waktu ini.

Herbert Chapman mengambil alih Arsenal pada tahun 1925, dan pada tahun1930 ia menerajui skuad the Gunners untuk pertama kalinya menjuarai Piala FA dengan kemenangan ke atas Huddersfield Town pada perlawanan akhir. Pada musim berikutnya, pada tahun 1931, Arsenal melakukan sejarah dengan menjuarai divisyen satu. Bukan itu sahaja, skuad the Gunners ini telah menjuarai divisyen satu sebanyak 3 kali secara berturut-turut iaitu pada tahun 1933, 1934 dan 1935. Prestasi yang hanya pernah dicapai oleh 4 kelab teratas dalam liga Inggeris. Selepas itu mereka menerima berita yang menyedihkan apabila Chapman meninggal,.Dia meninggal dunia setelah mencapai status ‘legenda’.

George Allison mengambil alih tampuk pimpinan itu dan meneruskan baki dekad 30-an tersebut dengan kemenangan sebuah lagi Piala FA (1936) dan liga divisyen satu (1938). Sehingga pada waktu itu sahaja Arsenal telah mempunyai beberapa pemain legenda. Alex Yakobus, Ted Drake, Cliff Bastin, David Jack, Eddie Hapgood dan George Male merupakan sebahagian nama pemain legenda yang telah bermain di Football League.

Perang Dunia kedua menghambat Arsenal dalam berkompetisi secara normal dan efektif, tetapi setelah Tom Whittaker menjadi pengurus, kejayaan Arsenal kembali semula. The Gunners merupakan juara divisiyen satu 1947/48 dan 1952/53; juara Piala FA pada tahun 1950 dan naib juara pada tahun 1952. Era 60′an prestasinya pasukan Arsenal agak merudum dalam perlawanan-perlawanan tempatan, dan sepanjang dekad itu mereka hanya meraih 2 kali ke peringkat akhir Piala Liga pada 1968 dan 1969. Setelah Bertie Mee mengambil alih pada pertengahan 60′an, untuk pertama kalinya mereka menjuarai salah satu perlawanan Piala Eropa antara kelab, Fairs Cup, pada musim 1969/70 dengan menewaskan Anderlecht 4-3 pada peringkat akhir melalui agreget.

Arsenal mula bangkit semula pada dekad 70′an dengan kehadiran pemain-pemain seperti Charlie George, George Armstrong, Ray Kennedy dan ketua pasukan Frank McLintock, dengan menjuarailiga dan piala FA sekaligus. Mereka memastikan gelaran juara liga di White Hart Lane, di hadapan penyokong Tottenham Hotspurs sendiri yang merupakan musuh sejirannya dan kemudian menjuarai piala FA dalam peringkat akhir dengan kemenangan ke atas Liverpool setelah habis waktu tambahan.

Pada akhir tahun 70′an, mereka meraih 3 kali tiket ke perlawanan akhir Piala FA dan menang dua diantaranya. Pada tahun 1980, mereka juga meraih final Cup Winners Cup namun pasukan Arsenal yang diperkuatkan oleh Graham Rix, Frank Stapleton, Pat Rice, David O’Leary dan Liam Brady tersebut dikalahkan oleh kelab dari Spanyol, Valencia.

George Graham adalah anggota pasukan Arsenal pada 1971 yang meraih gelaran berganda. Dia mengambil alih gelaran pengurus daripada Don Howe dan kemudiannya membawa kejayaaan bagi Arsenal semula. Dia memimpin Arsenal untuk pertama kalinya meraih piala liga pada 1986/1987. Dua tahun berikutnya, 1989, Arsenal memenangkan kembali gelaran juara liga dengan gol sensasi Michael Thomas pada kempen terakhir liga. Dan pada 1990/1991 mereka meraih gelaran juara liga dengan meyakinkan, kalah hanya sekali dari seluruh pertandingan.

Pada tahun 1995 mereka memenangi piala Winners dengan menundukkan wakil Itali, Parma, pada peringkat akhir yang dilangsungkan di Kopenhagen, melalui jaringan Alan Smith. Musim berikutnya mereka masuk ke peringkat kahir sekali lagi namun ditewaskan oleh Real Zaragoza. Pada masa itu George Graham telah digantikan oleh Bruce Rioch. Walaupun Rioch hanya bertahan satu musim sahaja, dia sempat membawa masuk Dennis Bergkamp ke dalam skuad Arsenal.

Pada 1997/98, ia adalah musim pertama Wenger berada Highbury, Arsenal menyambar gelaran berganda, juara Liga Perdana dan juara Piala FA yang merupakan kali kedua dalam sejarah kelab tersebut Wenger mendapat gelaran Pengurus Terbaik, Anugerah Pengurus Carling. Dennis Bergkamp juga terpilih sebagai pemain terbaik pada tahun itu oleh Persatuan Wartawan Bolasepak, FWA, dan gelaran pemain terbaik dari Persatuan Pemain, PFA. Satu musim yang sangat mengejutkan dan dikendalikan dengan cukup sempurna. Ia diperkuatkan lagi dengan kehadiran bintang Perancis, Emmanuel Petit dan Patrick Vieira.

3 tahun berikutnya Arsenal menjadi naib juara liga, pada tahun 2000 mereka meraih fperingkat akhir Piala UEFA dan kalah melalui sepakkan penalti. Musim 2001/2002, mereka menjadi juara Liga Perdana sekali lagi. Namun pada musim 2003/2004 ia merupakan detik yang paling sensasi apabila mereka menjuarai Liga Perdana tanpa kalah. Perbezaan mata dengan Chelsea yang merupakan naib juara pada musim tersebut sebanyak 11 mata.

Setelah 93 tahun Highbury menjadi rumah bagi Arsenal, the Gunners akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kerana kelab tersebut telah selesai membangunkan stadium baru yang mewah iaitu Stadium Emirates. Ini merupakan bukti kesungguhan Arsenal untuk mampu menyaingi Manchester United dan klelab-kelab besar Eropah lainnya yang rata-rata mempunyai stadium besar. Stadium Emirates berkapasiti 60.000 orang untuk menjanjikan penonton yang lebih dan perencanaan masa depan yang lebih baik bagi Arsenal.

Monday, August 01, 2011

1 Ramadhan tahun ni tahun 2011

Assalamualaikum WBT...

Alhamdulillah dah selesai satu hari semua umat Islam di Malaysia berpuasa..Jarang dapat kesempatan untuk pos kat blog juga bila 1 Ramadhan menjelma.

Alhamdulillah dapat bangkit bersahur walaupun malam semalam bangun agak lambat..Layan Emirate Cup Arsenal vs New York Red Bull kelab lagenda Arsenal dok main Thierry Henry.. resultnya seri 1-1 dan New York menang piala sebab malam sebelum tu Arsenal seri jugak dengan kelab Argentina Boca Juniors 2-2..

Sampai tempat kerja agak awal dan berjaya mengelak jem. Almaklumla jalan Putrajaya agak terkenal dengan jemnya dalam Ramadhan ni. Camtula setiap tahun. Kebetulan minggu ni saya bertugas bersama cikgu Habibah (ketua), cikgu Aziah, dan Ustazah Aishah so bertambahla satu lagi tanggungjawab menjelang bulan Ramadhan yang mulia ini :)

Pengajaran dan pembelajaran agak tak terasa sebab Isnin masa ngajar sikitje. Harini dapat ilmu bila dok melepak dengan cikgu Rusly dan cikgu Alif. Bab download mendownload..bab sofware-sofware ni dorang la pakar.. best best.. Habis persekolahan ada meeting Panitia Agama. Macam-macam perkara dibincangkan. Termasukla saya yang kena handle Kem Literasi al-Quran sepanjang Ramadhan ni.. Dekat pukul 3 baru meeting habis. Terus pergi Carefour pulak dengan my wife. Cari bahan-bahan sikit.. Pergh rasanya dah kena serbu Carefour Alamanda ni.. barang-barang banyak yang dah klear.

Pastu nak cari lauk sikit pergila area Presint 15.. Tak bukak lagi pulak.. Dengan kemalasan yang maksimum saya pun drive le ke Pasar Ramadhan Favourite Pasar Ramadhan dekat Shell Bangi.. Berjaya jugakla beli Ayam Golek, Ikan Keli dan beberapa lauk lain serta kuih muih yang femes di Bulan Ramadhan nih.. Balik je rumah ingat nak baring kejap..rupanya terpengsan sampai lagi 15 minit nak berbuka heheh..kalot jugak solat Asar.

Alhamdulillah berbuka dengan aman damai dan dapat juga menyelesaikan Tarawikh bersama isteri. Setakat ni belum dapat pergi surau or masjid lagi.. Esok InsyaAllah.. lepas Taraweh lepak2 la..fuh letih benar sebab cuaca pun panas..semalam tidur lambat.

Satu lagi harini sekolah saya dapat Penolong Kanan 1 yang baru iaitu Puan Halimah binti Ujang. Semoga beliau dapat membantu memajukan lagi sekolah saya.. Semoga puasa-puasa pada hari yang mendatang dapat ditempuhi dengan lebih baik dan dipenuhi dengan amalan-amalan yang baik..Wassalam

Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan kian menjelma

Assalamualaikum WBT...
Saat-saat yang dinanti oleh kita telahpun hampir tiba..hanya dalam tempoh tak sampai seminggu kita semua kaum muslimin dan muslimat akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia.. bulan yang tibanya disambut dengan hati gembira dan perginya ditangisi oleh golongan ulamak-ulamak sejati.. hmm sudah sampai tahap itukah kita?

Firstly sesiapa yang belum habis ganti puasa tu..cepat-cepatla settlekan hehe.. Apa sebenarnya kelebihan berpuasa? Bolehkah kita merungkaikan kelebihan puasa ini kalau kita tak belajar sekalipun? Sebenarnya tujuan puasa adalah untuk melatih nafsu kita yang mara membara..ganas sungguh..kena tahan nafsu makan, nafsu minum, nafsu merokok, nafsu seks dan sebagainya..

Sepatutnya bermulanya Ramadhan menjadi permulaan kepada umat manusia mengawal manisnyaisi makanan dan minuman yang selalu masuk ke dalam badan.. bulan Ramadhan sepatutnya menjadi bulan 'berubat' yang paling mujarab!!.. Malangnya semenjak rakyat2 sekarang dah kaya..teknologi makin canggih.. mausia menjadi semakin gemuk.. termasuklah saya.. hehe

Makanan? Fuh macam-macam pilihan.. minuman? fuh satu x cukup...solat tarawikh? dulu sembahyang kat surau kampung..panas.. sekarang cari surau ada aircond..pastu dah boleh pilih surau mana imam baca sedap..surau mana habis cepat..surau mana habis lambat.. kalau surau yang ada tazkirah tu dah sure malas nak pi takut lambat balik..kelakar bila pikirkan..

Bila dah mampu rumah nak masuk aircond..sejuk..(rumah saya tak pasang aircond yeee) panas kat luar sikitpon x rasa.. kalau kat ofis punyala jaga takut terkena cahaya matahari walaupun sikit..takut kulit kecutkan bulan puasa heheh... nak bagi habis masa kalau zaman dulu2 baca Quran kasi khatam satu Quran sepanjang Ramadhan..tapi zaman la ni bukak dvd yang syok2..kejapje masa bejalan.. itulah realiti dunia.. kalau main game pon masa berlalu kejapje x sedar.. suka la sangat bila time berbuka dah dekat :)..

So saya mengajak diri sendiri dan para pembaca yang berkongsi pengalaman di blog ini supaya kita membetulkan niat dan menjadikan bulan Ramadhan ni adalah faktor kita menyihatkan semula tubuh badan yang dah selalu sumbat dengan macam-macam ni.. menghilangkan stress-stress dengan membanyakkan baca Al-Quran dan berzikir..dah banyak sangat cakap..apa salahnya diam sekejap satu bulan..dah banyak sangat berbelanja..apa salahnya berjimat sekali dalam setahun.. berat dah naik banyak..apa salahnya turungkan sepuluh 20 kilo kalini..ada berani? hehe..InsyaAllah.. Jumpa lagi

Tuesday, July 12, 2011

Sehari sebelum Malaysia vs Arsenal FC

Assalamualaikum WBT..Hmm.. saat dinantikan hampir tiba..yang rimasnya rasa kurang sihat pulak..malam ni nak gi tengok pasukan Arsenal training kat bukit Jalil with my wife, my fren khairul afendi, shahrum, hamizan and his wife... Setelah menjalani minggu-minggu yang amat sibuk, nak hilangkan stress layan my favorite team Arsenal lawan team negara kesayangan Malaysia.. harap-harap arsenal tak belasah Malaysia sampai 8-0 tapi stil berharap player2 macam Nasri, Van Persie, Walcott dapat score live depan mata

Game sebenar malam esok bersamaan 13Julai 2011..entah pukul berapa nak gerak dari Putrajaya sebab sure sesak jugakla jalan pada hari Rabu..nak tempuh orang balik dari office lagi.. Apapun kena wat persiapan.. kamera dah beli..Olympus PEN ..ada ura-ura tak boleh bawak kamera masuk dalam stadium pulak.. takkan le kot..Tengok game kat tv slumber ja fan embik gambo masa player nak tendang corner kick.. ni kan pulak Bukit Jalil yang punya jauh tempat duduk fan dengan padang...


Apapun ku amat berharap dapat pengalaman baru yang best walaupun melabur agak banyak wang tiket rm108 untuk 2 orang. Semoga team Malaysia pun mendapat manfaat daripada perlawanan ini untuk kelayakan Piala Dunia dan Olimpik nanti.. Good Luck untuk semua player dan semua fan Arsenal yang akan ke Stadium malam ni dan malam esok.. semoga dijauhi perkara-perkara yang tidak baik.. Wassalam

Monday, July 04, 2011

pekembangan baru rumahku

Semalam pergi jalan-jalan di kawasan perumahanku.. Alhamdulillah nampak pekembangan pesat.. semoga xde aral melintang sampai umah siap :)


Sempat ambil gambar sikit...malas nak boh banyak-banyak....


Hmm.. tadi tolong parent saya yang dah seminggu pindah Desa Pinggiran Putra..rumah tak besar mana..lehla buat mereka lepak-lepak..hehe... Setakat ni pos kali ni..Wassalam.

Wednesday, June 29, 2011

buat baik pun salah?

Aku rasa marah betul time aku nulis blog ni..buat benda baik pun salah ka? aku nak bantu cikgu-cikgu jqaf yang terkapai-kapai, tapi yang budget mantap pulak yang menyibuk.. Lantak korang la.. ada mata baca la.. ada otak fikir..

Dekat sekolah akupun aku tak kasi sofcopy..yang dapat pulak pertikai macam-macam.. memang tak reti bahasa. Kad tu memang aku cakap aku merujuk Perak punya.. tapi aku taip sendiri dan bukan kad tu datang sendiri atas meja aku atau masuk terus dalam laptop aku dengan semudah itu..

Lepas aku taip balik elok2.. bila aku dah print dan puas hati.. nazir datang pun puji, aku teringat kat cikgu2 jqaf lain kot2 bepeluh lagi atau x berdiri di dunia yang nyata lagi supaya dapat dikongsikan bahan ni.. Bukannya pentingkan diri sendiri macam sesetengah puak tu.. Bila dah dapat guna kat sekolah hangpa, bubuh lambang sekolah hangpa.. nak print nama siap2 ka kat kad tu.. Tapi tupun tak paham-paham.. cikgu jQaf semua keluar dari Universiti tapi banyaknya tahap pemikiran masih rendah..

Lantak koranglah.. Aku malas nak port dah..korang ingat aku buat semua ni sebab duit sangat ka? setakat ni gaji aku ngan isteri dah cukup sangat2 untuk hidup di Putrajaya ni..tak payahla nak pekecilkan diri aku... Yang lebih malang adalah orang yang kedekut, pastu mempertikaikan kerja dan niat orang..

Wednesday, June 15, 2011

jQAF-kad rekod bacaan QURAN


Assalamulaikum WBT..

Pos kalini khas buat rakan jQAF ataupun mana-mana sekolah atau ibubapa atau guru yang ingin mudah merekodkan bacaan Quran murid-murid, ahli-ahli jagaan anda atau anda sendiri dalam bentuk yang lebih kemas dan mudah. Idea ini saya ambil daripada Perak tapi ditaip semula dan dimasukkan lambang sekolah..

Apa yang penting isinya yang agak sukar untuk dibuat iaitu lengkap untuk rekod membaca 1 al-QURAN sebagai motivasi kepada murid-murid atau anak-anak supaya lebih cepat menghabiskan bacaan al-Quran secara tidak langsung dapat khatam dengan lebih cepat.

Kelebihan:- (saya akan emelkan sofcopy sahaja)

1. Anda boleh print di atas kertas atau kad yang cantik mengikut kehendak anda..
2. boleh menambah baik seperti mencetak terus nama murid atau nama anak anda atau menambah logo sekolah pada kad seperti yang saya emelkan.
3. Tidak perlu lagi merekod pada buku yang tebal atau merekod secara mencemar al-quran iaitu menulis di atas mukasurat alquran..
4. Kad boleh dibawa kemana-mana dan boleh direkodkan oleh sesiapa sahaja yang berkemahiran dalam al-Quran (tidak terhad dengan bacaan dirumah atau disekolah sahaja) Balik kampung pun bawa balik kad sahaja..boleh pinjam alQuran atuk dan nenek dan rekodkan..
5. kepada rakan-rakan jqaf boleh menjadikan sistem rekod menggunakan kad sebagai satu sistem yang lebih sistematik..lebih cantik jika kad dibahagikan berlainan warna mengikut tahun
contoh:- tahun 1 warna biru, tahun dua warna hijau, tahun 3 warna kuning dll supaya nampak lebih seragam...

dan banyak lagi kelebihannya..

Untuk mendapatkannya boleh mendapatkan hak milik ciptaan saya ini menerusi emel ahmadfirdausashraf@yahoo.com. Saya cuma meminta sedikit sumbangan untuk penat lelah menaip isi kandungan kad itu dengan harga RM1o sahaja yang boleh di bank in melalui

1- maybank-1580 5137 5019
2- bank lain atas permintaan anda (cimb, bank islam atau bank rakyat)

saya akan emelkan dulu bahan ini dan barulah anda bank ini duit..bagi saya orang yang jujur dikasihi Allah :)..

sebarang pertanyaan boleh merujuk emel.. tQ..

Sunday, June 05, 2011

Hukum mewarna rambut

Asslamualaikum wbt.. sebenarnya saya dah banyak kali dengar ceramah pasal mewarna rambut ni.. teringin nak kongsikan hukumnya kepada sahabat-sahabat dan kaum muslimindan muslimat sekalian.. maybe anda juga pernah ditanya ataupun tertanya-tanya apa sebenarnya hukum warna rambut ni...

Warna rambut ni bukan sekadar yang pergi saloon tu..walau pakai inai dekat rumah pun dah dikira mewarna rambut..kira maksudnya 'kita tukar warna rambut kita la...'.

dekat sini saya ada buat rujukan di web JAIS.. semoga kita sama-sama dapat luangkan sikit masa dan membaca jawapan yang maybe kita tak tahu (ilmu baru) ataupun kita [ernah tahu tapi lupa..:-

(sumber dari laman web JAIS)

Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan".

Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.

Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.

Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.

Semoga kita bersama-sama dapat memanfaatkan ilmu ini..wassalam.. :)

Wednesday, June 01, 2011

Selamat Bercuti penggal pertama 2011 :)

Salam..

sekarang dah bermula cuti penggal pertama.. orang yang xde apa2 hari sabtu aritu dah mula cuti (28 mei).. tapi saya ada kursus Isnin aritu.my wife pun ada ajar kelas tambahan tahun 6...so semalam baru start cuti la(selasa).. semalam jugakla saya n wife balik kampung ni lepas lunch rumah parent saya di Presint 16.

Hari Isnin aritu saya kursus di Auditorium Pusat Kejiranan Presint 16.. Nak tau apa tajuknye? SEMINAR PATRIOTISME DAN 1 MALAYSIA..wowww.. hebatnya rasa.. :) banyak betul input yang dapat dan penceramah pun best2 belaka.. antaranya saya dapat tahu asal usul A-Famosa yang korang suka sangat begambar tu..bayangkan dapat disiapkan dalam masa 6 bulan.. dalam zaman2 tu leh siapkan bangunan kukuh dalam 6 bulan...1 persoalan daripada penceramah.. Melaka terkenal dengan perkembangan Islam dan kemasyurannya.. tapi mengapa masjid tertua ialah Masjid Hulu Melaka tahun 17__ somthing.. x ingat pulak.. dimana bangunan2 indah sebelum Melaka diserang? istana-istana? rumah2 orang kaya dan yang paling misteri kubur2 penduduk sebelum tahun 17-an tu..boleh la fikirkan kemana perginya sebab bila di scan oleh arkeologi memang x dapat rangka2 lama ni..yang baru2 je ada..

Apapun tujuan post kalini adalah nak mengucapkan selamat bercuti kepada semua yang terbabit..minggu depan saya akan kembali buzy nak menyetelkan kerja2 terbengkalai. Soalan belum siap, fail belum siap, tanda buku budak belum settle, yang paling penting e-pelaporan jQAF masih belum siap dan belum bengkelkan kepada rakan-rakan j-QAF disekolah. Minggu depan juga nak membantu my parent nak pindah dari Putrajaya ke Gombak.. besar rasanya rumah ni..banyak benar barangnya..

Apapun enjoy dulu cuti ni.. nak gi berkelah di Janda Baik jap..bye bye

Monday, May 23, 2011

Kalimat taubat di dalam al-Qur'an

Ayat-ayat al-Qur'an yang menyebut kalimat taubat di dalamnya adalah:

2:37. Lalu Adam menerima kata-kata tertentu daripada Pemeliharanya, dan Dia menerima taubatnya; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

2:54. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri-diri kamu sendiri dengan pengambilan Anak Lembu kamu, maka bertaubatlah kepada Pencipta kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu sendiri (sesama sendiri). Itu lebih baik bagi kamu di sisi Pencipta kamu, dan Dia akan menerima taubat kamu; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih."

2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

2:159. Orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami menurunkan, setelah Kami memperjelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para pelaknat,
2:160. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan menunjukkan dengan jelas. Terhadap mereka, Aku akan menerima taubat; Aku Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

2:222. Mereka menanyai kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu menjauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan janganlah mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka telah membersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah memerintahkan kamu." Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat, dan Dia menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.

2:279. Tetapi jika kamu tidak buat, maka ketahuilah pernyataan bahawa Allah akan berperang dengan kamu, dan rasul-Nya; namun begitu, jika kamu bertaubat, kamu akan dapat modal kamu dengan tidak menzalimi, dan tidak dizalimi.
(mengenai riba)

3:89. Tetapi orang-orang yang bertaubat sesudah itu, dan membetulkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

3:90. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan kemudian bertambah dalam ketidakpercayaan (kekafiran), maka taubat mereka tidak akan diterima; mereka itulah orang-orang yang sesat.
(taubat tidak diterima)

3:128. Tidak ada daripada urusan itu bagi kamu, sama ada Dia menerima taubat mereka, atau mengazab mereka; kerana mereka adalah orang-orang yang zalim.
(bukan urusan Nabi)

4:16. Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya; Sesungguhnya Allah adalah Yang Menerima Taubat, Pengasih.
(homoseksual bertaubat)

4:17. Allah hanya menerima taubat orang-orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan, kemudian dengan segera bertaubat; Allah akan menerima taubat mereka, dan Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
(taubat hanya diterima daripada orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan)

4:18. Tetapi tidak diterima taubat orang-orang yang melakukan kejahatan sehingga, apabila salah seorang antara mereka didatangi kematian, dia berkata, "Sesungguhnya sekarang saya bertaubat", dan tidak juga bagi orang-orang yang mati dengan tidak percaya (kafir); bagi mereka, Kami menyediakan azab yang pedih.
(taubat tidak diterima)

4:26. Allah menghendaki untuk memperjelaskan kepada kamu, dan untuk memberi petunjuk kepada kamu pada sunnah (resam) orang-orang yang sebelum kamu, dan untuk menerima taubat kamu; Allah Mengetahui, Bijaksana.

4:27. Dan Allah menghendaki untuk menerima taubat kamu, tetapi orang-orang yang mengikuti hawa nafsu (syahwat), mereka menghendaki supaya kamu menyimpang dengan penyimpangan yang besar.

4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan tersilap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan tersilap, maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka menyedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan memerdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.

4:145. Sesungguhnya orang-orang munafik berada di dalam bahagian yang paling bawah di Api, dan kamu tidak mendapati bagi mereka sebarang penolong.
4:146. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan berpegang teguh kepada Allah, dan menuluskan agama untuk Allah. Mereka itu adalah berserta orang-orang mukmin, dan Allah pasti akan memberikan orang-orang mukmin upah yang besar.
(orang munafik)

5:33. Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk membuat kerosakan - mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itulah suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar.
5:34. Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu menguasai mereka. Maka ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Pengasih.

5:39. Sesiapa bertaubat sesudah kezalimannya, dan dia membetulkan, Allah akan menerima taubatnya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
(ayat 5:38 mengenai pencuri)

5:70. Dan Kami telah mengambil perjanjian Bani Israil, dan Kami mengutus rasul-rasul kepada mereka. Setiap kali datang kepada mereka seorang rasul, dengan apa yang jiwa mereka tidak menginginkan, segolongan mereka mendustakan, dan segolongan lain mereka bunuh.
5:71. Dan mereka menyangka bahawa tidak akan menjadi cubaan; mereka menjadi buta, dan menjadi pekak. Kemudian Allah menerima taubat mereka; kemudian mereka menjadi buta lagi, kebanyakan daripada mereka, menjadi pekak; dan Allah melihat apa yang mereka buat.

5:73. Orang-orang yang tidak percayalah yang berkata, "Allah ialah yang ketiga daripada yang Tiga." Tidak ada tuhan selain Tuhan Yang Satu. Jika mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka mengatakan, tentu akan menyentuh orang-orang antara mereka yang tidak percaya, azab yang pedih.
5:74. Tidakkah mereka bertaubat kepada Allah, dan meminta ampunan-Nya? Allah Pengampun, Pengasih.

6:54. Dan apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)." Pemelihara kamu menuliskan (menetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu membuat kejahatan dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
(salamun alaikum)

7:143. Dan apabila Musa datang pada waktu yang Kami menetapkan, dan Pemeliharanya berkata-kata dengannya, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkanlah kepadaku, supaya aku dapat melihat Engkau." Berkatalah Dia, "Kamu tidak akan melihat Aku; tetapi perhatikanlah gunung itu - jika ia tetap di tempatnya, maka kamu akan melihat Aku." Dan apabila Pemeliharanya menampakkan-Nya kepada gunung, Dia membuatnya hancur menjadi debu, dan Musa jatuh pengsan. Setelah dia terjaga, dia berkata, "Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin."

7:153. Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan percaya, sesungguhnya Pemelihara kamu sesudahnya, Pengampun, Pengasih.

9:3. Satu pengisytiharan daripada Allah dan rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Besar, "Allah berlepas diri, dan rasul-Nya, daripada orang-orang yang menyekutukan. Maka jika kamu bertaubat, itu lebih baik bagi kamu; tetapi jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa kamu tidak dapat mengandaskan Allah." Dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang yang tidak percaya dengan azab yang pedih,

9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram telah pergi, bunuhlah orang-orang yang menyekutukan di mana sahaja kamu mendapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka melakukan solat, dan memberikan zakat, maka biarkanlah mereka pergi jalan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

9:11. Namun demikian, jika mereka bertaubat, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.

9:15. Dan Dia menghilangkan kemarahan di dalam hati mereka; dan Allah menerima taubat sesiapa yang Dia mengkehendaki; Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:27. Kemudian Allah, sesudah itu, menerima taubat siapa yang Dia mengkehendaki; Allah Pengampun, Pengasih.

9:74. Mereka bersumpah dengan Allah bahawa mereka tidak mengatakan, tetapi sesungguhnya mereka mengatakan kata ketidakpercayaan, dan mereka tidak percaya (kafir) setelah mereka islam. Mereka bermaksudkan apa yang mereka tidak akan capai, dan mereka mendendami hanya setelah Allah mencukupkan mereka, dan rasul-Nya, daripada pemberian-Nya. Maka jika mereka bertaubat, ia adalah lebih baik bagi mereka; jika mereka berpaling, Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; di bumi mereka tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada penolong.

9:102. Dan yang lain mengakui kesalahan-kesalahan mereka; mereka telah mencampuradukkan amalan yang baik dengan yang lain, yang jahat. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

9:104. Adakah mereka mengetahui bahawa Allah Dialah yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan Dia mengambil sedekah, dan bahawa Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih?

9:106. Dan yang lain ditangguhkan hingga perintah Allah, sama ada Dia mengazab mereka, atau menerima taubat mereka; Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang daripada kemungkaran, dan orang-orang yang menjaga had-had Allah - dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.
(orang mukmin)

9:117. Allah menerima taubat Nabi, dan penghijrah-penghijrah, dan penolong-penolong, yang mengikutinya dalam saat kesukaran, setelah hati segolongan daripada mereka hampir-hampir menyimpang; kemudian Dia menerima taubat mereka; sesungguhnya Dia Lembut kepada mereka, Pengasih.

9:118. Dan kepada tiga orang yang ditinggalkan, sehingga apabila bumi terasa sempit bagi mereka, dengan segala keluasannya, dan jiwa mereka terasa sempit bagi mereka, dan mereka menyangka bahawa tidak ada tempat perlindungan daripada Allah kecuali kepada-Nya, kemudian Dia menerima taubat mereka supaya mereka juga bertaubat; sesungguhnya Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

9:126. Tidakkah mereka melihat bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun? Namun begitu, mereka masih tidak bertaubat, dan tidak juga mereka mengingati.

11:3. Dan, "Hendaklah kamu meminta ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, dan Dia akan memberi kesenangan yang baik kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, dan Dia memberi daripada pemberian-Nya kepada setiap orang yang mempunyai kelebihan. Tetapi jika kamu berpaling, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar.

11:52. Dan, wahai kaumku, mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, dan Dia akan mengutus langit dengan hujan lebat kepada kamu, dan Dia akan menambahkan kamu dalam kekuatan ke dalam kekuatan kamu; dan janganlah kamu berpaling sebagai orang-orang yang berdosa."

11:61. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dialah yang menumbuhkan kamu daripada bumi dan menetapkan kamu di dalamnya; maka mintalah ampun kepada-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Pemeliharaku dekat, dan menyahuti."

11:90. Dan mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya; sesungguhnya Pemeliharaku Pengasih, Penyayang."

11:112. Maka hendaklah kamu berlaku lurus, sebagaimana kamu diperintahkan, dan sesiapa yang bertaubat bersama kamu; dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Dia melihat apa yang kamu buat.

13:30. Demikianlah Kami mengutus kamu kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk membacakan mereka apa yang Kami mewahyukan kamu; namun begitu, mereka tidak percaya kepada Yang Pemurah. Katakanlah, "Dia Pemelihara aku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal), dan kepada-Nya aku bertaubat."

16:119. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu - bagi orang-orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan membetulkan - sesungguhnya Pemelihara kamu sesudah itu, Pengampun, Pengasih.

19:59. Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan,
19:60. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja kebaikan; mereka itu, mereka akan masuk Taman (Jannah), dan mereka tidak akan dizalimi sedikit pun,

20:82. Sesungguhnya Aku, Yang Pengampun kepada orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan akhirnya mendapat petunjuk."

20:122. Setelah itu Pemeliharanya memilihnya, dan menerima taubatnya, dan Dia memberinya petunjuk.

24:4. Dan orang-orang yang membalingkan kepada wanita-wanita yang berkahwin, dan kemudian tidak mendatangkan empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan, dan janganlah terima sebarang kesaksian mereka selama-lamanya; mereka itu, merekalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
24:5. Kecuali orang-orang yang bertaubat selepas itu, dan membetulkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

25:68. Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina, kerana sesiapa yang berbuat demikian itu akan menemui harga dosa.
25:69. Akan dilipatgandakkan azab untuknya pada Hari Kiamat, dan dia tinggal di dalamnya, terhina selama-lamanya.
25:70. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan; bagi mereka itu, Allah akan menukarkan kejahatan-kejahatan mereka dengan yang baik, dan Allah adalah Pengampun, Pengasih.

25:71. Dan sesiapa bertaubat, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dia benar-benar bertaubat kepada Allah dalam taubat.

28:67. Tetapi bagi orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, mudah-mudahan dia termasuk orang-orang yang beruntung.

33:24. Supaya Allah membalas orang-orang yang benar kerana kebenaran mereka, dan mengazab orang-orang munafik, jika Dia mengkehendaki, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Pengampun, Pengasih.

33:73. Supaya Allah mengazab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang menyekutukan dan orang-orang perempuan yang menyekutukan; dan supaya Allah menerima taubat orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan. Allah adalah Pengampun, Pengasih.

40:7. Mereka yang membawa Arasy, dan mereka di sekelilingnya melafaz sanjungan Pemelihara mereka, dan mempercayai-Nya, dan mereka meminta ampun untuk orang-orang yang percaya, "Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka ampunilah orang-orang yang bertaubat, dan mengikuti jalan Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim.
(doa malaikat)

42:25. Dia yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan memaafkan kejahatan-kejahatan; Dia mengetahui apa yang kamu buat.

46:15. Kami mewasiatkan manusia, bahawa dia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)."
(doa umur 40 tahun)

49:11. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan sesama sendiri, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.
(jangan mengejek)

58:13. Adakah kamu takut, sebelum pembicaraan rahsia kamu, untuk mendahulukan sedekah? Jika kamu tidak mengerjakan, dan Allah menerima taubat kamu, maka lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Allah menyedari apa yang kamu buat.
(pembicaraan rahsia dengan Nabi)

66:4. Jika kamu berdua (isteri Nabi) bertaubat kepada Allah, hati kamu pasti condong, tetapi jika kamu bantu membantu terhadap dia, maka Allah, Dia Pelindungnya, dan Jibril, dan yang salih di kalangan orang-orang mukmin; dan sesudah itu, malaikat-malaikat adalah penyokong-penyokongnya.

66:5. Mungkin, jika dia (Nabi) menceraikan kamu, Pemeliharanya akan menukarkan dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang warak, yang berpuasa, yang janda, dan yang dara.

66:8. Wahai orang-orang yang percaya, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang tulus hati; mungkin Pemelihara kamu akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan memasukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Pada hari apabila Allah tidak mengaibkan Nabi dan orang-orang yang percaya bersama dia, cahaya mereka mengalir di hadapan mereka, dan di sebelah kanan mereka; dan mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”
(taubat yang tulus hati)

73:20. Pemelihara kamu mengetahui bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menentukan malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak akan menjumlahkannya, dan Dia menerima taubat kamu. Maka bacalah daripada Al-Qur’an semudah yang dapat. Dia mengetahui bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu mendahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan mendapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

85:10. Orang-orang yang menganiayai orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, dan kemudian tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahanam, dan bagi mereka, azab yang membakar.

(jangan menganiayai mukmin lelaki dan perempuan)

110:3. Maka lafazlah sanjungan Pemelihara kamu, dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dialah yang menerima taubat.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Assalamualaikum WBT....

Alhamdulillah sampai lagi tarikh 16Mei pada tahun ini.. teringat saya kepada kawan-kawan dan guru-guru saya yang banyak mengajar ilmu, pengetahuan, pengalaman dan sebagainya.. Justeru pada hari yang berbahagia ini ingin saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia terutamanya kepada:-

Hj Mohd bin Hj Taib iaitu bapa saya yang sudah pencen bulan 12 yang lalu..jawatan beliau yang terakhir ialah Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam,KPM. Jasa beliau terlalu tinggi untuk mendidik saya dan adik beradik saya menjadi manusia yang berguna. yang kedua ibu saya...sejak dari kecil sampai sekarang tak putus-putus mencurahkan ilmu walaupun beliau bukan seorang guru.. Takleh mention nama sebab sekarang orang nak sihir senang ja..pakai nama mak.. hehe..

Selain ibubapa orang yang terpenting adalah isteri saya yang juga seorang guru... kepada sahabat-sahabat baik di SK PUTRAJAYA PRESINT 16(2) yang amat banyak membantu dan berpengalaman, Cikgu Shahrum, Cikgu Rusly, Cikgu Alif, Kak Zai, Kak Ita, Kak Zaleha, Miss Maizatul, Miss Muhaiza, Miss Mariam, Miss Teh Ahara, Miss Deepa, miss akmall, kak Hairani, Kak Norihan Aida yang sedih Alesya anaknya terseliuh tangan tadi, miss Rafika, Miss Harnidah, Miss Habibah, kak Nita, kak Needa, ustazah Aida, ustazah Nora, Ustazah Zabidah, Ustazah Rohani, Ustazah Mahirah, 3 ustazah jQAF baru, guru-guru baru Khairul Afendi yang rajin giler, Syada, Ummi dan lain-lainnya yang masih ramai tapi x tertulis...

Yang menjadi Bos saya sepanjang 5 tahun ni Puan Karimah bt Hasbullah, Puan Roziah PK1, Puan Salmi PK HEM, dan Encik Jabar PK KOKO juga tak dilupakan....

Buat rakan-rakan yang dah pindah sekolah juga tak pernah kawe lupa seprti cikgu Faizul, cikgu Izman, cikgu Suhaila, Cikgu KhirulNizam, cikgu Azlina, Ustazah Rohidah, Cikgu Asnani, Ustazah Fazrina, Cikgu Azlan, Kak Azizah Tajudin, Kak Azizah Abdullah, kak Roshidah bekas PK KOKO dan yang lain-lain...

Ucapan ini juga buat kawan-kawan saya yang menjadi guru yang ingat jelah tulis hehe.. Amir Ashraf, Zulkhairul, Mekna Usul, Atiqah KIY, Rajmeen KIY, Hafiz Ishah n Khalilah, Naim Ahmad, HAdi Husin, KAk Faizura, KAk Farizah, KAk HAslina, Chot, Syezek, Maton, Anoi, pitman, Syamim, MAzar, Kudus, Nakhaie, Ahmad Darul Albar, Maman, Naman, Ibni, Zamri, Saidi Tok tiub, Banyak yang tak ingat dah..mana yang jadi cikgu mana yang tak..

Selamat Hari Guru juga kepada semua ahli kumpulan j-QAF terutamanya kumpulan Pendidikan Islam 1 Kohort 2007 Institut Perguruan Teknik, Cheras... juga kepada semua rakan2 guru j-QAF dan GPI di Putrajaya seperti Ustad Hashrul, us Tengku, us nasrom, Us Junaid, us Norhan, Ustaz Saiful Afzan, Bos d PPWP ustazah HAnan, ustazah2 jqaf lain..x igt nama daaa.. dan yang lain2 nye la.. Geng2 cikgu sekolah lain yang selalu jumpa time sukan ke kursus ke selamat hari guru saya ucapkan..sapa ye..hmm Sulaiman, othman, Anas, ustaz hafiz, dan lain2 lagi.. muka tahu nama tak ingat haha...ops..cikgu2 PPDa dulu..tak lupa encik Fariz, encik Shahrul, Kak Norihan, Kak Noraihan, Shahrizan Salim, Mahfuz, Kak Asliza, Miss Chistine dan yang lain2..

Yang amat dihormati semua guru-guru yang pernah mendidik saya di Tadika Kemas CT JERING, di SK CT Jering zaman teacher Rosnah, Arwah Cikgu ALI, cikgu Musa, Cikgu Rahman Ali, Cikgu Norsiah, Cikgu Aishah, Cikgu Jamaliah, Cikgu Jamilah, Teacher Salina, Cikgu Rodziah Sultana, dan yang lain2 nya..guru-guru di SMKA Sultan Azlan SHAH zaman ustaz Suhot, Pak Nan, Ustad Yazid, Ustad Kashfi, Ustad Rahimi, Ustad Ziyad, Ustad Zahidan, Ustaz Zahari, Ustad Arshad, Ustad mad Rahman, Cikgu Zan, Cikgu Salasiah, Arwah teacher Noriyati Parmin, Teacher Solihah, Cikgu Romlah, cikgu zafrullah yang banyak mendenda saya, ustad mus , dan ramai lagi lah... tak lupa juga guru-guru saya di Tingkatan 6 kat Kolej Islam Sultan Alam Shah zaman Ustaz Abdullah Hussin jadi pengetua.. zaman sir zamri, cikgu nani, cikgu sharipah, ustazah misyati, ustaz kamal mahdi, ustaz 2 2 3 orang yang anti form 6 hehehe.. ustaz moktar yang sporting gila.. ustazah nik mahizan dan ustad Lah, ustazah sumayyah dan suami.. dah lama tinggal zaman sekolah.. sorry cikgu2 semua..

Lecterer2 di UKM yang pernah ajar saya antaranya dato Yusuf husain, prof zakaria stapa, arwah prof Muda, us sunawari, ustaz mazlan, dan ramai lagi lah..

so dalam ruangan ni saya ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua yang diingati... semoga jasa kita membawa kejayaan kepada anak didik kita.. bukan balasan yang dipinta.. namun janganlah balasan yang buruk pula kita terima.. janganlah guru dipandang hina.. janganlah guru dijadi bahan persenda.. kerana guru amat mulia.. kerana guru seseorang manusia itu akan berjaya.. dan kerana seorang guru juga seseorang itu boleh rosak binasa... jadilah guru yang baik..

ini adalah sambutan Hari Guru kali kelima buat saya... tapi hati kalini rasa sayu sedikit entah kenapa... Semoga Allah permudahkan segala urusan hambaMU yang lemah dan hina ini.. Amin...

Thursday, May 05, 2011

Osama Laden dah mati

Benarkah Osama bin Laden dah meninggal dunia seperti yang Barrack Obama umumkan? Jika benar wajarkah jenazah beliau dikebumikan di laut.. Saya nak ketawa bila dengarkan orang mati nak tanam kat laut.. macam orang tak ada otak. Sebenarnya tindakan semacam ni yang buatkan kita ragu-ragu betulke tu Osama tu dah mati?...

Dunia ni banyak sangat pembohongan.. dalam bual bicara saya bersama rakan-rakan ada jugak yang mempersoalkan betul ke Osama tu wujud? sebab memang sejak tahun WTC kena serang tu namanya mula muncul dan memang pemegang watak misteri yang terbaik. Setakat keluar gambar dan video.. dengan teknologi yang canggih masa kini entah-entah Osama tupun jangan-jangan watak palsu aje untuk menutup kesalahan US yang rakus..



Inilah gambar-gambar kematian Osama yang sungguh mengelirukan..siap sengih nampak gigi..

Secara logiknya kalau kena tembak kat muka takkan la darah dan parut kat bahagian atas ja.. langsung xdak effect kat bahagian bawah.. kot yepun nak menipu tak payah la nak nak tipu orang cerdik pandai macam rakyat Malaysia..Berita Harian ngan surat khabar lain pun dengan bangganya letak gambar ni.. cerdik sangat..

Apapun yang saya perasan sejak kes Osama ni mati muka depan suratkhabar tu dah tak ada la cerita pasal Anwar Ibrahim buat video seks sangat... Saya tidak menyokong Anwar..tapi sebagai manusia saya rasa macam keterlaluan asyik cerita pasal tu saja suratkhabar yang orang beli untuk baca berita-berita yang lagi best.. Macam orang tua-tua tak bagi anak makan kepala ikan cakap nanti jadi pelupa..padahal dorang yang nak makan..sedap kepala ikan hehe... Bila cerita naik minyak jadi rm2.90 berita kecik ja supaya orang tak perasan. Kenapa itu tak diperjuangkan oleh suratkhabar-suratkhabar di Malaysia..barulah seronok rakyat-rakyat nak membeli.. siap sold out lagi saya rasa.. :) Wassalam

Tuesday, May 03, 2011

benarkah firasat kita?

Assalamualaikum wbt...
Ada masa sikit ni saya berkesempatan la nak menulis sikit tentang firasat.. apakah ilmu firasat? Adakah semua manusia mempuanyai ilmu firasat... Saya sendiri kurang arif tentang makna sebenar firasat.. tapi secara umumnya bila sebut firasat kita tahu ape bendanya ia tapi susah nak menjelaskan kepada orang...

Minggu lepas ada baca suratkhabar tentang kematian seorang guru di Bukit Larut Taiping.. sebelum kematian beliau.. beliau sempat menulis di facebook miliknya " firasat kurang baik..." lebih kurang begitulah gamaknya.. Kebetulan Allah ambil nyawa Allahyarham.. Allah Maha Besar..

Dalam hidup kita ni kita dianugerahkan pelbagai keistimewaan oleh Allah SWT.. Namun tak ramai yang bijak menggunakannya.. sebulan yang lalu saya mendapat firasat yang kurang elok.. sewaktu tu nak pergi makan malam..cadang nak makan dekat-dekat je.. malam itu jugaklah saya disaman dek polis dengan alasan langgar lampu merah di Presint 15, Putrajaya.. Padehal wujud satu suara hati supaya pergi Pasar Malam Bangi.. Kalau pergi Pasar Malam Bangi akan lalu ikut jalan lain..maybe terlepas lah dari perangkap polis tersebut.. perkara tersebut memberi banyak pengajaran kepada saya...

Begitulah juga dalam hal-hal yang berlaku dalam diri sebelum ini. Memang ada sebab dan punca mengapa sesuatu perkara itu terjadi. Semalam saya lepak di kedai Mamak Naz Maju Presint 9 dengan isteri, abang n kakak ipar.. Abang saya menceritakan satu perkara yang akhirnya buat saya tersenyum kerana memang saya telah meramalkan perkara tersebut. Saya memilih laluan B supaya sebab dan akibat yang saya dengar itu tidak menjadi lebih parah jika saya memilih laluan A. Tak suka la saya nak menceritakan perkara tersebut kerana itu adalah kisah keluarga yang sepatutnya menjadi rahsia sesama kami sahaja..

Apa yang saya ingin tegaskan memanglah kita akan diberi alamat atau petanda oleh Allah untuk sesuatu perkara. Cuma terpulang ekpada kekuatan diri kita untuk menerima atau menolak tanda-tanda tersebut. Kunci utama tetaplah dengan perlu kuat beribadah kepada Allah. Rajin menunaikan solat Sunat, rajin berpuasa dan apa yang pasti tidak meninggalkan perkara yang wajib.

Alang-alang dah cerita ni saya selitkan gambar sewaktu makan2 dengan family semalam adik saya belanja di MR Kabab n Biryani di presint 15 Putrajaya.. :)

Saya dan isteri

My parent


Adik saya.. beliau belanja makan malam ni hehe

Abang saya dan my kakak ipar...
Makan satu family...


Sekarang mudah nak makan makanan Arab.. kat Putrajaya pun ada dah 3 kedai.. dua kat Presint 15 satu dekat dalam Alamanda kat RASA..

Pagi ni abang saya n kakak ipar pergi ambil parent dorang kat KLIA balik dari menunaikan Umrah dan balik Palong.. esok kot dorang akan balik Kulim.. susah jugakla nak jumpa abang saya dan kakak ipar ni... Pada hari Jumaat lepas saya dan isteri balik ke Bentong.. kebetulan Mak tengah sakit dan tak berdaya.. Abang-abang ipar pun ada balik sama.. hari Ahad pagi saya sempat lagi ikut ayah mertua dan 2 abang ipar ke Kampung Lebu, Bentong sebab nak tengok tanah.. Kakak Ipar ketua kat Klinik Desa situ.. aman damai betul kampung tu.. bebas terus dari kesesakan dan asap-asap beracun hehe..

Ahad petang kitorang balik Putrajaya dan dinner kat rumah parent saya dengan semua yang ada... Semalam family datang bertandang ke rumah saya sebelum pergi ke Restoran Arab dalam gambar tu hehe... Banyak jugak cerita-cerita kurang enak yang didengar.. terutamanya salah seorang makcik saya di kampung kena gangguan sihir..semoga Tuhan membantu.. sedih jugakla dengar.. hmm.. Wallahualam ..