SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Tuesday, October 13, 2015

PIAGAM MADINAH

SEJARAH ISLAM:- PIAGAM MADINAH
Piagam Madinah adalah satu perjanjian yang dipersetujui oleh orang Islam, Musyrikin Arab dan golongan Yahudi Madinah.
Piagam ini ialah perlembagaan bertulis yang pertama ditandatangani di Madinah. Tujuanbaginda Rasulullah mengadakan perlembagaan ini tersebut untuk menjadikan Madinah sebuah negara aman damai, makmur dan sejahtera. Dengan itu hak setiap rakyatnya akan terjamin.
Isi Piagam Madinah:
1. Rasulullah dilantik sebagai ketua negara Madinah
2. Penduduk Madinah bebas menganut dan mengamalkan agama masing-masing
3. Penduduk Madinah mesti hidup bersatu padu dan aman damai
4. Penduduk Madinah bekerjasama memajukan ekonomi dan mempertahankan negara.
Hikmah berlaku Piagam Madinah ialah penduduk Madinah yang berbilang bangsa dan agama hidup bersatu padu. Ajaran Islam yang murni dan sejahtera dapat dikembangkan dengan lebih baik. Akhlak Nabi yang mulia juga dapat menarik minat golongan musyrikin Madinah untuk memeluk Islam. Secara tidak langsung dapat mengembangkan agama Islam. Bilangan umat Islam semakin bertambah selepas berlakunya Piagam Madinah.
Wallahualam bis Sawab
-nukilan petang-petang uskutt (subjek tahun 6)

Tuesday, August 25, 2015

Kisah Syawal 2015

Bismillah ar Rahman ar Rahim..

Alhamdulillah dipanjangkan jua usia..berlalu sudah Ramadhan.. berlalu sudah Syawal.. berlalu sudah tempoh "menunggu' gaji yang lama hehe..

Dalam nukilan kalini saya hanya ingin berkongsi kenangan Syawal 2015 bersama family dan sahabat-sahabat.. Syawal kalini turn Terengganu Raya pertama.. so Hari Rabu 15/7 balik Terengganu bertolak tengah hari dari Bentong.. mpai agak awal.. singgah pasar Ramadhan Marang.

Raya pertama dalam tragedi sebab jam 3 pagi gitu kena sakit perut yang amat sangat.. berlarutan lah sampaikan raya pertama tak berasa begitu sempurna.. Abah jadi Khatib Khutbah surau tepi rumah.. lepastu tetamu datang rumah tak putus-putus.. meriah sesangat.. malam lepak ngan sepupu sepupu kat kedai tepi pantai.. sebab balik terhad.. rasa tak puas sangat tapi itulah ceritanya.. Aiman dan Akashah dapat meluangkan masa bersama.. dah kamcing.. best juga dapat jumpa sanak sedara.. kalini x payah susah-susah pergi beraya rumah dorang.. semua dah datang rumah abah hehe.. kebetulan lak sakit perut..

Raya kedua dah bertolak balik lepas makan Nasik Daging mama buat.. begambar sekejap.. sedih lak haha.. kedai keropok masih tutup..ada la yang bukak sikit-sikit.. beli la jugak tapi malangnya keropok no kualiti.. terus gatal lelangit lepas makan.. Sampai Bentong dekat Magrib jugak la.. sedikit gambar di Terengganu..














Kat Bentong beraya sikit-sikit je.. ke Karak..yang lain banyak dihabiskan masa di rumah saya.. maklumlah.. mak mertua tak sihat.. so ramai tetamu je yang datang beraya ke rumah.. paling best cina hantar durian Musang King.. phewww..



Seronok Aiman makan durian kunin.. Musang King.. hehe.. begitu ajelah kot kisah raya yang utama.. pastu gambar kat bawah ni nak kongsi beraya rumah kawan-kawan dan ada yang kawan-kawan datang rumah beraya..lepas tu sekian :)






































Sekian..Wassalam hehehe..