SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Thursday, May 14, 2015

Tajwid: Mad Silah Qasirah

Ilmu untuk hari ini untuk ulangkaji ilmu tajwid ialah MAD SILAH QASIRAH..
sebab saya ajar tahun 3.. memang terasa nak kongsikan ilmu tajwid ini yang kita sering jumpa semasa baca ayat suci al-Quran..tapi tak tahu ataau lupa pa nama hukum terbabit

sedikit gambar yang bagi saya amat mudah difahami:

Mad Silah Qasirah berlaku apabila huruh ha bulat berbaris hadapan  atau berbaris bawah bertemu dengan huruf selain daripada huruf hamzah. Kadar panjang bacaan ialah 2 harkat.

Cuba tengok contoh dalam gambar.. mesti biasa tengokkan.. semoga bermanfaat. Wassalam

Friday, May 08, 2015

Alhamdulillah terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014

Assalamualaikum wbt...

Dalam coretan kali ini hanya ingin berkongsi kegembiraan dan tanda kesyukuran kerana terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi penilaian tahun 2014. Alhamdulillah.
Terima kasih buat isteri, ibubapa dan semua ahli keluarga yang banyak memberi dorongan termasuk rakan-rakan guru dan anak murid..

Majlis berlangsung pada 25 April 2015 bertempat di Auditorium Parcel E, Putrajaya. Semoga pengiktirafan ini menambah lagi motivasi dan penguat untuk terus berjaya dalam hidup :)

3 lagi sahabat yang turut menerima APC kali ini ialah pn. Norhabibah Aziz, Puan Zaleha Zainuddin, dan  Puan Mariam Ahmad. Turut menerima APC ialah Pn Anita Suhaini yang baru berpindah ke sekolah saya atas kuota SKPP 9(1). Begitu juga sahabat lain yang turut menerima APC tahun ini yang jumpa di dewan tersebut antaranya bos saya Penolong Pengarah Pendidikan Islam Putrajaya Ustaz Hashrul Aidil Maslan.. Ustaz Saiful Sk 18(1)..Ustaz Tengku 11(3) Ustaz Wan Akashah suami Ustazah Dato Norbahiyah Semanis Kurma dan lain2 lagi. Tahniah buat semua

Sedikit gambar sebagai kenangan...

 Bersama Ustaz Tengku dan Ustaz Hashrul


 Sebelum bermula acara
 Selfie bersama PK1
 Penerima Apc sekolah saya bersama PK1
Bersama Ustaz Wan Akashah
Sijil disampaikan AHLI DEWAN NEGARA DATO KHAIRUDIN mewakili Tengku Adnan