SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Sunday, October 30, 2016

Aiman superhero sukan sekolah 2016

Best kan tajuk posting kalini? hehe.. khas buat anakku yang berumur 4 tahun 2016 ni..

Aiman amat sibuk dalam kejohanan Sukan 2016 sekolah saya. Dari hari sebelum dia berikrar depan ibu bapanya nak berlari dengan abang dan kakak katanya.. Apa yang sibuk? saya share sikit gambar Aiman sebagai kenangan hehe.. dengan bos pon ada tau..

 sibuk nak tolong Uncle mus
 Kena dukung ngan abang Syakir
 Kena kejar ngan Uncle Aus
 with mama
 Guru Besau menyaksikan Aiman main golf kon
 Ramai peminat cuba mengacau Aiman
 Kon tak semestinya tidak boleh alih
 atlit hampir ke garisan penamat
 Ya Allah..Aiman lari 200meter (1pusingan padang) dan berjaya habiskan larian sambil pegang baton hijau dengan sokongan dan sorakan semua yang hadir.. bangga mak ayahnya sekejap (malu pon ade gak)
 Berjaya menamatkan larian..terharu..tengoklah reaksi penonton tu..
dahaga..terus cari air selepas semua dah tenang..

tak cukup gambar..nah video beberapa puluh meter terakhir larian Aiman yang sempat saya record..mula -mula tak rekod sebab ingat dia lari main-main je..perghh.. sorakan pun leh tahan padunya..hehe

Ok lah..selit gambar-gambar lain sikit..sempena hari Sukan. Semoga bila Aiman dah sekolah nanti dia berjaya mencapai kejayaan juga seperti ayahnya dan ibunya hehe. Papa n Mama sayang Aiman sangat-sangat..

SUKAN SKPP16(2) 2016- 16 OKTOBER 2016









-TAMAT-

Oktober 2016..macam macam cerita

Bismillahi al-Rahman al-Rahim..

Oktober tahun ni leh kata ada kaitan ngan lagu tragedi oktober gak la.. dengan kena bayar macam-macam tunggakan (salah siapa kalau nama dia tunggakan?) huhu.. Indah water kena pow 200 lebih.. Orang buat gate belakang rumah kena pow 120.. Cukai pintu setahun 411++.. tapi sebab lambat bayaq dia beranak jadi 460++..ambik hang..

Yang agak tak puas hati bil TNB..Bil bulan 9 tak datang..tiba-tiba bulan 10 kena bayar untuk 2 bulan. Saya pernah buat tanya  di whatapp group jalan 7 taman saya pasal bil ni.. Ada seorang hamba Allah ni macam perli lak cakap "bil tak sampai lagi kami suka..tak payahla bayar" ..Aduii..punya mangkaq jawapan.. Masa bila bil TNB leh jadi tak payah bayar?dia hantar bil ke..tak hantar bil ke..nah kena dekat 200 sebab caj dia tu untuk kiraan 62 hari.. kalau bil tepat setiap bulan leh la bajet dalam 100 je untuk letrik..maklum la rumah xde aircond..

Bil Syabas 10++ je dan astrok 150++.. habis gaji buat bayaq bil ja..haha.. Namun Alhamdulillah Mama ada bagi sedikit sumbangan bulan ni. Leh la tampung mana yang patut.Sebab tu la bulan ni walau berpeluh leh lagi di laplap..tak macam bulan lain hehe..TQ abah mama.

Perkara paling tragedi dalam bulan ini ialah peristiwa tanganku terbelah terkena kaca. Terkena pintu almari. 6 oktober. Isteri saya bergegas bawa ke Hospital Putrajaya. Xray Alhamdulillah xde kaca dalam luka. Lama juga tunggu nak kena jahit.

Ini gambar sehari selepas jahit sebab malam jahit tak tahu nak kena balut.ambik gamabr ni masa cuci luka di Klinik Desa Dengkil. 6 jahitan sahaja.


Ini gambar seminggu kemudian 12 Oktober selepas buka jahitan. Buka di Klinik Presint 18. Tak bercantum lagi sebenarnya. Agak risau dan tak lena tidur.

Sekarang Alhamdulillah luka dah bercantum tapi jari manis masih belum pulih sepenuhnya..MAsih kebas kebas dan kadang kadang sakit.Saya merakamkan jutaan terima kasih buat semua pihak yang terlibat dalam rawatan saya.. En Tarmizi di Hospital Putrajaya yang tolong jahit tangan. Nurse2 Klinik Dengkil dan Klinik 1 Malaysia Bandar Baru Salak Tinggi. Mr Calvin (kalau x silap) dan kawan2 di Klinik Presint 18 yang tolong cuci luka dan buka jahitan. Nak kira kalau gi swasta beratus jugak ni dari jahit sampai luka sembuh. Alhamdulillah ada kemudahan. 

Sepanjang cedera ni ada hari Sukan Negara..(dalam MC so x datang)..siap ada PM, KJ , Chong Wei kat Putrajaya..huhu..sambutan hari kanak-kanak.. yang paling dasyat Sukan Sekolah.. Tuhan je tahu bila tangan cedera macam ni tengah ada tugasan berat.. Maafkan daku rakan-rakan sejawat dan bosku.. 

Antara lain surat rasmi naik pangkat dah diterima..CC cakap gaji bulan 11 dah hantar..so paling awal gaji bulan 12 dapat gaji baru huhu..harapnya.. apapun Alhamdulillah.. dalam bajet 2016 minggu lepas PM umum bonus 500 dapat bulan Januari dan guru-guru dapat tablet..Syukur lagii..

Yang lain kita sambung kemudian..Nak layan bola final Kedah vs Selangor.. Rumah kat Dengkil takan nak sokong Kedah? hehe.. Salam