SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Wednesday, May 23, 2007

Hukum Sentuh ibu/bapa mertua

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Sewaktu berborak-borak di kantin sekolah 2 hari lepas..wujudlah satu persoalan dikalangan cikgu2 tentang hukum sentuh mak atau bapa metua..malu jugak ustaz kalo bagi jawapan salah.. saya jawab nanti kena check balik ni..bagi fatwa salah teruk ni..Saya mengajukan persoalan ini di buletin frenster dan alhamdulillah ada banyak gak respon.. semua boleh nilai sendiri mana jawapan yang paling sesuai melalui pendapat2 di bawah ini....

1. salam mak mertua tak batal....sbb kite dah tak leh kawen ngan die...n dah jadi mahram....apepun rujuk gak la kat ostat mana2..sbb nie seingat aku yg abg aku(ostat) bitau... (mesej dari syukur md Noh spm 2000 smkasas)

2.waalaikumussalam wbt..

hukum sentuh mak mertua x batal air smyg..bleh rujuk firman di bwh:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya(hingga ke dada) dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (an-Nur : 31)

hukum sentuh bkn muhrim sama la dgn hukum menutup aurat terhadap bkn muhrim..sekiranya bole buka aurat,maka bole la juga sentuh.ayat di ats menujukkan bhw seorg perempuan hendaklah menutup aurat kecuali kpd muhrimya,termasuk bapa mertua.so bapa mertua adlh muhrim n same la jugak dgn mak mertua, x batal air smyg.. (mesej dari saudari farihah)

3.Tak batal..sama dengan isteri..
ibu mertua haram selamanya untuk dikahwini..hukum sama dengan ibu sendiri.
Tambahan sentuhan dengan perempuan ajnabi pun tak batal wudu..ini pendapat Jumhur ulama'(hanafi,hanbali,maliki) kecuali Syafie
(ini pendapat yang aku yakin)

Bagi mazhab yang menyatakan batal wudu sentuh isteri..maka batal juga sentuh mertua (pendapat mashur Mazhab Syafie)

Ada satu qaul dalam mazhab syafie..tak batal jika lelaki itu disentuh perempuan bukan dia yang menyentuh..

waallahualam (mesej dari saudara Mukhriz mat Rus kisas stpm 2002)

4. x batal
menantu dgn mentua muhrim kekal
klao dh divorced pun(mintak simpang)
still muhrim (mesej dari framstang)

5.Tak batal la Yos..sebabApabila kita menyetubuhi isteri, maka secara rasminya mak mertua haram dikahwini..
Hukum dia berlangsung sama seperti mak sendiri.. (mesej dari bro Husni kisas stpm 2001)


So dari pendapat2 ni semua bolehlah kita check balik kot2 ada yang tersilap pemahaman sebelum ni.. tapi sekiranya ada bantahan atau pendapat yang lebih bernas saya amat alu-alukan.. dalil2 yang dirujuk adalah amat di alu-alukan.. Wassalam.. TQ :)

Saturday, May 19, 2007

Selamat Hari Guru!!

Bismillah al-Rahman al-Rahim..
tanggal 16 Mei setiap tahun semua sekolah di Malaysia akan menyambut Hari Guru bagi meraikan guru-guru yang berpenat lelah mengajar..itulah specialnye guru.. hari Pekerja pun sambut hari Guru pun sambut..kerja lain mana ada sambutan khas hehe

Sambutan peringkat kebangsaan berlangsung di Johor Bahru pada malam 16 Mei manakala peringkat sekolah aku berlangsung semalam (Jumaat).. seperti biasalah.. Ustad akan berpakaian baju Melayu sepasang dan aku akan membaca doa pembuka majlis.. Doa adalah seperti yang terdapat dalam buku panduan doa Jabatan Pelajaran Selangor..fuh panjang giler siyot.. tapi xpela..namapun doa ;)

Tatkala aku melangkah masuk ke dewan terharu la jugak sebab ada bebudak mengerumuni aku nak salam dan memberi hadiah dan kad tanda terima kasih mengajar dan pernah mengacau mereka..hehe.. x semua aku ajar yang kasi kad dan ada yang aku x ajar kasi hadiah gak.. semangat terus pagi2 lagi.. Penuh tangan aku letak hadiah kat satu tempat.. Majlis bermula dengan bebudak tahun 6(Farwiza, Farhana&Farhan) jadi Pengerusi Majlis atas bantuan Cikgu Deepa.. Aku dijemput untuk membacakan doa..

Selesai doa, nyanyian lagu Negaraku dan Putrajaya dilakukan bersama-sama. Kemudian PK 1 Kak Zu (pn Zulkhaina) dijemput untuk membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Dato Ahamad bin Sifon.. Kemudian Guru Besar pula membaca perutusan Menteri Pelajaran.. Selesai bacaan perutusan persembahan darjah 1 bermula.. peragaan pakaian2 tradisional di Malaysia.. kemudian diikuti persembahan darjah 2 menyanyi 2 lagu.. Cabutan bertuah pertama oleh Puan Roshidah (PK Koko) untuk 8 guru. Sebelum rehat guru-guru menyanyikan lagi Kami Guru Malaysia bersama-sama..

Jamuan kat kantin fuh marvellous..Aku jadi jurufoto keje amik gambo ajela dulu sebelum makan.. seronok sambutan harini.. kemudia lepas rehat darjah 3 buat persembahan dikir Barat plak diikuti nyanyian Cikgu Azlan dan cikgu Azmi. Kemudian darjah 4 membuat persembahan nyanyi gimik aje..karaoke gitu.... menarik gak.. selepas abes pesembahan darjah 4 Puan Noorbiha(PK HEM) plak membuat cabutan hadiah untuk guru untuk 8 orang lagi. Aku orang yang pertama untuk cabutan kali ni..hehe..Yang buzy amik gambo sepanjang Majlis ni berjalan ialah aku dan Faizul..sampai 4 kamera kami pegang..

Selesai cabutan hadiah, darjah 5 membuat persembahan koir dengan baju macam pekerja hotel semua..siap ada mercun lagi bebudak ni.. Pastu Darjah 6 buat pentomin.. kelakar gak citer tajuk 'guruku ibuku' kemudian cabutan hadiah terakhir oleh puan Zukhaina (PK 1).. Selepas persembahan guru lagi..nyanyi lagu geylang sipaku geylang diikuti pantun sorang satu.. Aku ngan cikgu Khirru lari je hehe.. xde pantun..dok tepi2.. kemudian menari kebudayaan.. abes teruna aku kena menari atas pentas :p Kak Zainah tarik aku soh menari..lawak betoi.. Guru Besar pun menari.. abesla ustad pun menari apentah lagi orang lain..takpe bujang lagi :p

Kemudian penyampaian hadiah terakhir oleh Puan Karimah (Guru Besar). Anugerah-anugerah penting la orang kata.. Guru Paling garang dapat kat Cikgu Deepa, Cikgu sporting dapat kat Cikgu Azlina, cikgu glamer dapat kat Cikgu Azizah, dan cikgu paling menarik dapat kat Cikgu Zainah. Pakaian Terbaik pun dapat kat Kak Zainah.. hmm.. ape sajela.. tinggal satu hadiah je lagi kat atas meja tu.. hamper yang disponsor Koperasi Sekolah. Hamper adala rm 30 kot.. cabutan bertuah.. agak2 sapa dapat?..

Haha.. Guru Besar cabut dan umum.."pemenang cabutan bertuah ialah.. ustaz ahma.." time tu dewan begemuruh ..hehe..semua bebudak lari ke arah aku dan nak salam dan cium tangan.. semua pelik tengok.. sampai aku naik hairan..apesal la bebudak ni.... yela aku sorang je Ustaz.. dah GB umum pemenangnya ialah ustaz...belum sebut nama lagipun orang tau le aku..kihkih..
Seumur hidup x pernah menang cabutan bertuah.. ini kali pertama..maybe yang terakhir kot :p dahla hadiah cabutan tu satu je.. kalau 5 lain la jugak.... Majlis selesai dalam kol 11.40.. aku bukak hamper kat bilik Guru

Ini adalah Hari Guru pertamaku setelah jadi cikgu mula 29/01/2007... mungkin akan kukenang hingga akhir hayat..huhu..taun depan ade lagi la.. Sabtu depan Sambutan peringkat negeri plak.. aku, cikgu Rusly, Cikgu Khirru dan Cikgu Faizul kena handle powerpoint untuk tokoh Hari Guru.. Doakan segalanya lancar.. wokeh.. ada satu lagi cerita..len kalila aku cerita.. kisah ayahku.. hmm..wokeh..

Friday, May 11, 2007

Chelsea ke sekolah aku?

Bismillah al-Rahman al-Rahim..

Waah berita sensasi ni.. petang tadi sebelum balik sekolah ada meeting tentang sambutan Hari Guru.. Guru Besar cakap tentang Hari Guru Peringkat PutraJaya.. Aku, Cikgu Rusly dan Cikgu Khirru kena handle power point untuk majlis tu..

Pastu Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah pada 18 Mei macam biasala.. aku kena jadi pembaca doa sebab aku je ada tauliah tu ekeke.. kena jadi jurufoto lagi..ish ish.. banyak sanagt jadi jurufoto kang leh jadi SpiderMan plak.. kan Peter Parker keje jurufoto hehe.. pastu kena beli hadiah la apala..

Nak jadikan cerita.. sekolah aku ni adalah sekolah angkat encik Samsung.. kenal tak encik samsung? alaa yang ada kuarkan kamera, laptop, henfon dan sebagainya tu.. nak lebeh jelas lagi nama yang tertulis kat jersey Chelsea yang kaler biru tu... Guru Besar cakap dia ada meeting ngan pihak Samsung.. katanya bulan 7 ni dorang nak bawak Chelsea mai sekolah aku.. tergezut aku dan rakan-rakan.. bior betoi.. hehe.. dalam kepala aku dok bayang game bosan yang sering ditonjolkan mereka.. tapi star2 mereka best2 la jugak.. seperti Shevchenko, Lampard, Terry, Ballack, A dan J. Cole Peter cech dan lain-lain lagi.....

Takat nak salam ke nak mintak tandatangan tu boleh la.. takat nak jadi fan kena pikir dulu.. apepun Arsenal jugakla aku sokong..hehe.. tapi tataula plak otay2 besar ni ke yang datang atau sekadar bebudak yang x penah main 1st eleven yang datang.. tapi Samsung kan penaja Chelsea.. maybe Chelsea kena ikut gak cakap Samsung ni.. tunggu ajela bulan 7 ni..hehe

itu ajela pesanan dan coretan aku pada ari ni.. kepada Shikin.... selamat menonton Shaolin Soccer :p.. baibai.. wassalam..

Tuesday, May 08, 2007

kecewa sangat

Assalamualaikum wbt..

hmm arini rasa semacam skit.. semalam aku rasa terkedu bila aku nampak sorang budak tu kat kedai makan BBB kuar ngan 3 orang kawan.. kiranya 2 laki 2 perempuan.. macam2 boleh nak klasifikasikan tentang perhubungan mereka.. dah lama dia x mesej aku..ku mesejpun dia tak balas..aku ingatkan sibuk sangat.. rupanya adalah tu..

Semalam aku gi BBB ngan member2 aku.. Boby, Pitshah, Paklah, Amy, Meon dan sorang kawan depa ni semua dari Kedah gak..waa baru aku perasan aku sorangja org Perak kat meja tu hehe.. takpe.. dan si dia tupun orang Kedah gak sebenarnya.. aku memang tadak ape hubungan pun ngan diatu.. tapi napa aku jadi tak syok bila tengok dia kuar berempat macam tu? bukan nak kata jeles.. tapi semacam perasaan kecewa..Masa layan game Arsenal vs Chelsea pun aku tak dapat tumpu betoi2 tengok game tu.. Arsenal score 1-0 aku rasa happy skit.. Pastu aku rush balik sambung tengok 2nd half kat rumah Chelsea boh balik..game pelengkap jadual ja..

tapi yang masih ada kat kepala aku time tu dan sampai xleh tidur tetap pasal budak tu jugak..hampeh betoi.. Dahla atas meja aku dah besepah jemputan kawen kawan2.. Yang aku baru perasan ada kawan dari Negeri9.. hmm dulu dah kawan rapat gak..pastu ter lost kontek.. tapi aku salah sangka sebab dia masih simpan alamat aku dan send alamat umah dia..jemput gi kenduri kawen..hhuhu...Tahniah la..


Aku tak kesah kalau tanak ajdi kawan aku ke apa.. tapi kena sedar gak diri tu.. aku suka sangat cari kawan ramai.. kalau aku xleh mintak tolong dorang.. mungkin aku yang boley dorang suatu hari nanti..Aku ada plan nak tolong budak tu..tapi dah dia wat tak reti ja watpa aku nak kalot2 tolong..itu gila namanya.. sampai takat nak balas mesej balik cakap hai pun x mampu.. apetah lagi aku tergamak nak menolong untuk benda2 berkaitan masa depan yang semakin sukar sekarang ni.. nanti jadi macam muka tak malu plak.. offer pertolongan kat orang yang tak mintak...

Tahniah kepada 3 4 orang rakan aku yang berjaya bergelar guru GSTT baru2 ni.. antaranya Mad yang dulu manager mcD kat Sg. Besi.. dia ada datang belanja pesembor ngn ABC time cuti Wesak n Buruh aritu.. Dila pun sama yg berenti keje kat Mydin dan sorang lagi minah Johor yang baru putus cinta.. xpela ilang boyfren tapi dapat keje tetap.. baguihla kan :) Ada sorang lagi Ain..yang ni lagi dashat.. jadi cikgu MRSM kat Teghanu.. nak nikah plak tu 2 JUN ni.. wahh berbanyak-banyak tahniah.. ingat lagi dulu masing2 mengeluh payahnya idup.. tapi bila dah datang 1 rezeki..bertalu-talu mainye.. pasni rezeki dapat anak plak ye :)

Tadi aku dikunjungi sahabat baik aku sejak kat Bota lagi Azhar AMari.. kami gi makan sate kajang.. diapun bunyi2 dah ada berita gembira tu.. berita apetu.. dapat naik gaji? dapat bini? hehe..tapi nanti biarla dia wat announcement sendiri.. kang x gempak plak kan :) masing2 dah berjaya.. hari Sabtu aritu xde rezeki nak jumpa sorang lagi member kat Bota dulu.. Azhar Majid.. dia datang UKM amik PJJ Syariah.. ada rezeki nanti leh jumpa lagi..

sebenarnya aku nak luahkan kecewa tu je..aku pun sedar aku kecewa skitja tapi Tuhan balas banyak keceriaan.. malam ni aku suka sangat kawan2 baik aku dok mesej tanya kabar dan ada yang kasitau keadaan dia skrg walaupun tak tanya. (macam aweq plak hehe) Tuhan itu Maha Kuasa.. sapa nak jadi orang tersayang yang betoi2 kompem ni hehe..sempat lagi ni nak pilih2 sebelum aku akad nikah ntah bilapun tatau..

esok start periksa pertengahan tahun satu Putrajaya.. maka melepaklah seminggu dok tunggu bebudak abes jawab exam..hope student aku leh score la..bebudak dajah 1 n 2..tau nak main je.. esok nak pekse tadi leh lagi main nenek kebayan dalam kelas.. soh masuk marathon kat padang cakap lelah tapi dalam kelas dok maraton ja lupa plak dah lelah tu hehe.. sabar bebanyak je.. itu la latihan namanya.. untuk menjadi suami mithali ewah.. wokeh..kepada yang telah lama mendiamkan diri.. bunyi2 kanlah kembali diri anda.. kepada yang merasakan aku menyepikan diri terlalu lama.. aku mintak maaf bebanyak.. Kembali pada Allah.. Wasalam


Friday, May 04, 2007

blog dah siap!!

Assalamualaikum wbt..

Akhirnya berjaya jugak teman menyiapkan blog yang macam bangunan x siap ni...
pasni lehla update macam2 cerita.. hehe.. pasni semua bendapun teman nak cerita kat sini.. sure best!! Wassalam...