SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Sunday, July 16, 2006

Kejayaan pemain Arsenal di Worldcup 2006:(adagak yang malang)

Lehmann: keeper German yang mantap bertahan sampai semi final sebelum bolos 2 bijik 2 minit terakhir masa tambahan lawan Italy

Toure: mantap bersama Ivory Coast..kalahpun game dorang best giler..

Sanderos: mantap beb..sedar x sedar swiss x bolos langsung dalam welkap kalini..kalah pun dalam penentuan penalti ngn Ukraine..Sanderos score lawan korea sampai berdarah kepala..best..

Djourou: sama mantap bersama defend Swiss..tapi xleh celen Sanderos lagi...

Cole: mantap bersama defend England. Kalah ngan Portugal pun sebab penalti ja..lagipun antara sebab kalah MU's man sorang tu kena buang padang sebab MU's man sorang lagi kuikuikui.......

Campbell: elokla dah blah..hehe..seri ngan Sweden pun sebab dia nampaknya

Reyes: bantu Spain dalam game ketiga..umpanan dia hasilkan gol walaupun sekali ja dia dapat main ..

Fabregas: adik yang mantap di tengah padang walaupun usia setahun jagung..banyak gak bantu Spain seperti banyak umpan bola kat Torres dan striker lain sebelum kena ngan geng kuda tua dan termasuk abang Henry nya

Gilberto: Dapat gak main 1st eleven beberapa game ngan Brazil walaupun kecundang jua di tangan France akhirnya..

Adebayor: Togo sekadar pelengkap jadual..team dorang semua gila harta..hehe

Rosicky: tengok game lawan Amerika teman paling tekejut..gaya main ada macam Hleb..tapi game pastu Nedved take over tengah padang sebab Rosicky xleh wat apa game lepas tu..bila nak dapat bola ja Nedved amik dulu..pastu kalah..hehe

Ljungberg: Aisey..penyelamat dunia score gol minit terakhir lawan Paraguay..game Sweden mmg best dalam peringkat kumpulan tapi tetiba kalah ngan German gol awal Podolski yang teman x sempat tengok..pelik pelik..

Henry: jatuh dengan memegang muka waktu lawan Spain(macam belakon) dan hasilnya Viera menghasilkan gol :P . Habiskan badi France yang xleh score gol dalam 4 pelawanan piala dunia waktu lawan Korea. Musnahkan harapan Brazil dengan gol bestnya. Jatuh dalam kotak penalti bila bintang terkenal Chelsea si Carvalho yang gila menebas kaki orang menyangkut kakinya. Penalti Zidane membawa kemenangan..Aksi menarik di final tapi kuar awal sebab pancit kot..hehe..mantap!!

Van Persie: lorong bola baik punya kat Robben waktu game 1st yg menang 1-0.. score gol freekick cun punya lawan Ivorycoast..

Walcott: Masih mentah dan media hanya mampu menayangkan aweqnya sahaja kerana dia tak dapat beraksi seminitpun atas padang..hehe..

Apapun best jugak la..lebih kurang 15 orang player Arsenal kat World Cup 2006..Kalau ade respon team lain yang bangga dengan aksi playernya di WorldCup 2006 silalah tulis sama..leh gak kita kongsi membacanya..hehe..
(INI BUKAN PROVOKASI..SAJA JA SEKADAR PENGETAHUAN YANG X BERAPA PENTING BAGI FAN TEAM LAIN..JANGAN TANDUK SAYA OK!!)

Saturday, July 15, 2006

3 ari Petama YoS kembali Ke dunia bola sepak

Haha.. setelah tamat semester ke 6 aku di UKM.. sudah tatau nak buat apa dengan kasut Bola Putih Kelabu jenama Umbro aku..yang telah menjaringkan banyak gol sewaktu mula2 beli sampailah sebelum hampir2 digantung setelah abis sem 6...Setiap petang dulu kami dak Pengajian Islam dok main kat padang ujung dekat gol Rugby.. best..muka selalu ada Pit Shah, Sezek, Boby(Amirul Faiz), Daniel, Paijan, Amiq, Akram, Shidi dll.. kami main ngan geng tahun 2 tahun tu Mat kee, Talib, Pak Su dan lain2 lah.. setiap petang meriah sangat..

Sem baru kat UKM telah bermula..rupa-rupanya bebudak ni masih aktif bermain bola. PitShah yang tengah mengabiskan subjek dia kat UKM tu ajak turun main bola macam biasa, kat tempat biasa dan geng2 yang main pun geng2 macam biasa (kecuali member2 aku dak tahun 3 tahun lepas lah semua dah balik kampung dan ade yang dah keje)..Petang tadi (Jumaat) adalah petang ketiga aku turun bermain semula dan hari petama main ari Rabu la..Berikut adalah kronologi 3 ari petama yang telah dilalui..

ARi Petama (Rabu)..muncul semula setelah beberapa bulan x menyentuh bola..mula2 masuk padang terus dapat satu percubaan tapi sedikit melencong. Game ni nama dia game paling letih di dunia.. mana tak nya..dah lama gila tinggal hehe. Aku geng ngan Talib dan Talib menjaringkan gol. Team kami menang 1-0. Aku banyak buat crosing macam kat dalam world cup tapi semua melintas camtu ja depan gol.. takde sapapun yang nak tolong rembat.

Ari Kedua.. gandingan lama aku Boby muncul dan buat kenyataan petang tu game last dia (kira besara macam Zidane la) sebab dia nak balik Kedah dah malam tu. Paijan langsung tak turun dah dengarnya nak balik Kedah malam tu gak.. Dalam game ni gandingan Ariey Yos dan Boby sungguh mantap.. rupanya arini adalah ari terpaling letih didunia, bukannya semalam.. dengan cuaca yang panas menseterika diri ini dan rakan-rakan..Aku membuat jaringan pertama memecahkan kekebalan benteng lawan menyamakan kedudukan setelah ketinggalan 1-0 pada awal permainan. Keadaan lebih mendukacitakan pihak lawan apabila aku sekali lagi menjaringkan gol ketika hari hampir senja..menjadikan 2-1..Sebab ari paling letih di dunia, aku banyak berehat dari mengejar bola..hehe..Saat-saat akhir perlawanan..aku berjaya membuat crossing cantik kepada Boby dan dia mebuat larian pantas ke arah gol lawan dan merebat sekuat hati dan berjaya bersara dengan menjaringkan gol...Menang 3-1

Ari ketiga..Aku datang lambat..sudah ketinggalan 1-0 team yang aku sertai tu..(tiap2 ari tukar geng..hehe).. Mujurlah rembatan jauh Mat Kee berjaya merobohkan jaring gol lawan menyamakan kedudukan 1-1. Tidak seperti semalam, arini rasa macam kuat bertenaga. Hasilnya aku berjaya menjaringkan gol kemenangan 2-1 walaupun benteng lawan agak kebal. Arini jugak kelihatan permainan rakan2 betambah cantik dengan hantaran yang menarik dan skil2 Piala Dunia. Apapun 3 ari pertama aku agak berjaya.. Ari2 lain pasni x kan nak citer jugak kot hehe..cukuplah sekadar 3 ari pertama..yang penting dapat main bola balik macam dulu.. tak perlu gantung but..best best.. jumpa lagi..

YoS dan SMKASAS

Assalamualaikum WBT..

heh.. teringin nak tulih pasal cuti ujung minggu lepas, my parents ajak balik Perak ari Jumaat.. tetiba ja. Lagipun umah memang tengah semak gila akibat serangan anai2 kat Karpet ruang tamu tu..so kami pun balik dengan adik ku pun ikut sama. Mula2 hantar motor dulu kat Hostel adik aku kat Gombak. Dah lama x racing ngan motor kat jalan malam2.. dengan mencilah-cilah jalan jem kat area Serdang (depan Mines), Pandan Indah, Ampang tu..best jugak..

Betolak dari Gombak dah kol 9.30 malam. Sampai Taiping dalam kol 12 lebih. Rumah punyala berabuk dan selerak sebab time balik yang lepas baru dapat kesan anai2 buat sarang bawah karpet. So kalini kena wat tindakan mengemasla.. Esoknye ari Sabtu hampir seharian dok mengemas dan membasuh ruang tamu.. Petang ikut adik aku gi Kamunting beli tiket. Dia nak balik esoknya dah. Makan malam kat Ala Yala. kol 2 pagi kuar ke Mapley kat Taiping ngan adik aku nak layan German vs Portugal kat skrin besar mapley tapi dah penuh sesak.. so layan kat dalam ja..tengok tv ajela..

Ahad bangkit dah petang antar adik aku kat bus Station Kamunting, pastu gi umah tok. Tok memang sakit lama dah. Jumpa kejap ja pastu balik makan kat Ala Yala lagi. Malam tu punya la semangat nak tengok bola tapi xtau nak layan kat mana. last2 Neh mesej cakap dia ada kat Tepeng.. ada geng la aku..Kami layan 2 orang la kat Rahman Tepeng. Skrin besar punya. Ramai yang sokong Italy. Tapi ramai yang jenis senyap ja.. Jenis yang x sokong mana2 kot.. hee.. macam Neh la..

Esoknya Isnin ayah aku gi SMKA Kerian. Aku plak membuta ja kat umah sehari. Takde yang menarik hari Isnin. Selasa nak balik KL dah.. rupanya baru aku tahu yang nak singgah 2 sekolah dulu iaitu SMKA SULTAN AZLAN SHAH BOTA dan SMKA SLIM RIVER. Ceh.. lama gilo x pi sana. Bedebar la jugak secara tiba-tiba. Sampai dekat kol 11 dah kat SMKASAS. Dok kat pondok tepi padang dan menggamit alik memori-memori silam..sekarang tahun 2006. Aku mula menjejak kaki di SMKASAS pada tahun 1996 (form 1) iaitu 10 tahun yang lalu. Sekejapnya masa berlalu..SPM 2000.. pastu x datang dah.. 6 tahun aku x jejak kaki kat bumi bertuah tu..

Orang yang mula2 ditegur ialah Abang Syarif (driver, tukang kebun) yang sangat baik ngan aku dulu. Dia ingat lagi aku.. Nama tak ingat biasa la..pastu Cikgu Johar..pun ingat lagi..siap citer pasal aktiviti2 memanah selepas zaman aku dan Azhar berakhir dan zaman sekarang taklah seindah zaman kami dulu..tapi takla teruk sangat. Abang Jamil pun muncul gak.. warden merangkap coach panah la jugak dulu..sembang2 la..Then muncul plak orang yang menghukum aku masa form 1 dulu sebab bawak walkman gi sekolah..cikgu Zafrullah.. Aisey..dan Ustaz Ghazali pun ada gak.. Yang lain2 tak sempat jumpa sebab singgah sekejap ja.. ops adagak sembang ngan Ustad Kashfi.. diapun ingat lagi kat aku.. Shahdu.. yang lain banyak cikgu baru. Aku x kenallah..Nampak Ustad Yazid dan Ustad Arshad dari jauh ja..

Makan tengah hari kat kantin sekolah dah siap hidangan. Makan Free la hehe. Pengetua baru la akupun tak kenal..Ustad Suhot dah pencen..kalo ustad Suhot ada lagi sure dia paling ingat aku sebab banyak kali dia kalungkan pingat kat leher aku sebab banyak jasa dan banyak kali gak dia rotan aku sebab nakal kat sekolah dulu kuikui..Pastu kami betolak gi SMKA SLIM RIVER plak. Ayah aku singgah kejap ja. Sini jumpa ustad Zahidan yang lagila kenal aku sebab dia ngan bini dia Teacher Solehah yang membesarkan aku kat SMKASAS dulu. Hmm.. sungguh syahdu teringat memori lama ngan guru-guru plak lagi.. bila aku cakap dah abis belajar kat UKM amik Pengajian Islam semua nampak senyum bangga ja..Siap ada ofer soh jadi guru ganti kat SMKASAS lagi.. tapi malaslah aku..hehe

Mungkin aku akan pegi lagi kat sekolah bertuah tu..hmm.. pastu kami balik PutraJaya parent aku gi Port Dickson plak ada festival nasyid apentah.. Aku lepak umah ja.. maka akan ada satu berita hebat lepasni tentang aku dan bola sepak..tunggu jap ye..hehe...Bye bye

Thursday, July 13, 2006

IsLam BuKan HaLangan

Franck Ribery bukan pemain Islam tunggal beraksi di Piala Dunia 2006 selain pemain Arab Saudi, Iran dan Tunisia. Rakan sepasukannya dalam skuad Perancis, Zinedine ‘Yazid’ Zidane juga beragama Islam. Dia yang berketurunan Algeria membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 dan Euro 2000. Kehebatan corak permainan Zidane diiktiraf menerusi pemilihannya sebagai Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali.

Sweden pula mempunyai dua pemain Muslim dalam pasukannya Zlatan Ibrahimovic dan Rami Shaaban. Zlatan lahir dalam keluarga imigran Bosnia-Herzegovina yang berpindak ke Malmo, Sweden, manakala Rami pula campuran keturunan Mesir dan etnik Finland.Belanda turut memiliki dua pemain beragama Islam, Robin van Persie (Arsenal) dan Khalid Boulahrouz. Persie, menjaring gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Ivory Coast, Jumaat lalu memeluk Islam selepas berkahwin dengan teman wanitanya yang berketurunan campuran Belanda-Maghribi, Bouchra.Khalid pula diturunkan sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan Belanda sebelum ini ketika menentang Serbia dan Montenegro serta Ivory Coast.
Pemain pertahan ini juga berketurunan Belanda-Maghribi.
Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting

Zidane dan Robin Van Persie dengan jersey baru Arsenal (Fly Emirates)

Ivory Coast pula menyenaraikan dua pemain adik beradik beragama Islam, Kolo Toure dan Yaya Toure. Kolo (Arsenal) bermain di posisi pertahanan manakala Yaya tengah. Yaya kini bermain untuk kelab Greece, Olympiakos dan prestasinya mencuri perhatian beberapa kelab gergasi termasuk Manchester United, Chelsea dan AC Milan. Namun dia tidak menerima semua tawaran itu kerana mempunyai impian bermain bersama abangnya, Kolo di Arsenal.

Photobucket - Video and Image Hosting

Kolo Toure

Ribery DaMai DaLam Islam

Paris: Pemain kebangsaan Perancis, Franck Ribery tidak menyangka tindakannya menadah tangan memohon kepada Tuhan, seperti lazim dilakukan oleh orang Muslim, sebelum sepak mula perlawanan sulungnya, kelmarin mencuri tumpuan umum bahawa dia sudah memeluk Islam. Bagi Ribery, 23, dia melihat keperecayaan barunya itu adalah hal peribadi dan tidak suka memperkatakannya dikhalayak ramai, kerana bimbang disalah tafsir penyokong Perancis.Pemain tengah dan sayap Olympique Marseill itu juga enggan memberitahu wartawan, kisah dia memeluk Islam, biarpun isterinya berasal dari Maghribi memainkan peranan penting mengapa dia memeluk Islam. Sesetengah media mendapat tahu semua itu berlaku selepas dia bermain untuk kelab Galatasary di Turki selama setahun dan membantu kelab itu muncul juara Piala Turki pada 2005. Ribery jarang bercakap mengenai keyakinan terhadap keimanan sebagai seorang Muslim dan mendesak supaya paparazzi tidak menggangunya.

“Islam adalah sumber kekuatan saya sama ada diluar atau di dalam padang permainan,” katanya. “Saya menghadapi kesukaran dalam membina karier, juateru saya mahu mencari kedamaian dalam jiwa dan akhirnya saya menemui Islam”Berita mengenai Ribery memeluk Islam pertama kali didedahkan oleh Majalah Lï ‘Express awal tahun ini, biarpun majalah mingguan itu tidak menyebut namanya dan hanya menyatakan seorang pemain skuad kebangsaan Perancis sering dilihat pergi ke masjid, di selatan Marseille.
Menurut satu kajian, ratusan penduduk Perancis memeluk Islam setiap tahun di negara itu, namun mereka merahsiakannya kerana takut ditindas di rumah dan tempat kerja disebabkan pandangan streotaip mengaitkan Islam dengan keganasan.



Kapten Zinadini Zidane atau ‘Zainuddin Yazid Zidane’ juga seorang Muslim. Begitu juga bekas jurulatih Perancis dan Jepun, Philippe Troussier memeluk Islam apabila mengahwini Dominique di ibu negara Maghribi. Bekas penyerang Liverpool dan Manchester City, Anelka yang digugurkan dari senarai skuad Perancis, menggunakan nama ‘Bilal’ apabila memeluk Islam. Dia kini berhijrah menyertai kelab Liga Turki, Fenerbahce.


Perancis kini didiami antara enam hingga tujuh juta penduduk Islam, golongan minoriti terbesar di Eropah. Steve Bradore dari oranganisasi Shehada yang mengendalikan urusan berkaitan pemelukan Islam berkata masyarakat Muslim Perancis sepatutnya berbangga dengan Ribery. “Dia adalah contoh yang membanggakan kami berdasarkan persembahan unik dan kesederhanaannya” katanya kepada Islam Online.net. Ribery dikatakan calon pengganti Zidane kerana pemain yang tiga kali dinobatkan Pemain Terbaik Fifa Sepanjang Zaman, bakal menarik diri selepas Piala Dunia 2006.Dia memulakan karier bersama kelab tempatan, US Boulogne dan kemudian berpindah ke Ales, Brest dan FC Metz. Perpindahanya ke Marseille membolehkan Ribery menjadi pemain terbaik Perancis bagi bulan November 2005 sebelum dipilih menyertai skuad kebangsaan ke Jerman. (yob4ever.com)

Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting

Frank Ribery yang berparut teruk di muka kerana kemalangan waktu kecil.