SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Thursday, November 17, 2005

KiSah RaYa plaK!!

Assalamualaikum W.B.T

Hmm..sambung balik kesah aritu...sebab sekarang pun dah lebih dari 15 Syawal.. pasal raya..kalini kat Perak je sebab abang aku ada paper lagi kat KUiTHo..so kalo balik teganu pun tak syokla sebab nak bekejar-kejar balik Perak cepat..so inilah kali ketiga berturut-turut raya kat Perak..Tahun lepas patutnya kat Teghanu tapi sebab Pesal tengah SPM so lagilah menganggu kalo balik..

Sebaik saja aku sampai dari UKM tempoh hari..ada banyak kad raya yang tersusun atas meja..mula2 aku ingatkan sape punya..last2 nama aku ja..hehe :p ..Tima kasih kepada yang kasik tu..takde la banyak macam orang lain dapat..pemberi-pemberi tersebut ialah seperti:- Wan Ahmad Fawiza iaitu sahabat baik sejak tadika sampai form 3 kelas sama; Noor Adiba yang aku kenal masa PKN..budak PKN le nih..dak Negri9; Tiena iaitu sahabat dari Pulau Pangkor; Zulfikri iaitu rakan yang sama-sama membina kebajikan Masjid SMKASAS dulu..heheh.. ; Mohd Azhar Amari iaitu rakan karib ku sejak form 1 dan merupakan rakan sepanahku (Archery); Che Min member dari Perlis; Siti Hafiza Jaafar (status misteri? :p); Sheila Ayu member sekelas aku kat SMKASAS; Solihah iaitu seorang gadis yang kukenali kat UKM..junior akula..dan Nazareen seorang sahabat baikku di UUM yang masih misteri..

Raya pertama macam bese semayang Raya kat Surau Taman Menteri..pastu ada jamuan Raya kat dewan..berkumpul ramai-ramailah orang kata. Jumpa abis semua..E, Mas, Kamal, Opek dll.. Semua macam dah mau kawen je hehe.. Aweqs pun ramai la jugak kat Taman ni.. pastu terus bersalaman ngan parents ..salam Selamat Ari Raya la.. gi kubur Tok Wan aku..pastu lepak umah Tok.. Raya umah Mak Cik Piah pastu gi umah Tok balik..keluarga Mak Long dah sampai.. Keron, Aan, Intan dan Boboy semua ada..cousin terapat akulah tu.. pastu lepak lama gak baru balik umah..tiduq se 'round' ..

Raya kedua aku jadi penyambut tetamu ja.. ramai orang datang..takan aku nak tinggal umah.. pastu malam tu Azhar datang ngan 2 member kampung dia..Kami mula merancang-rancang untuk esok.. Raya ketiga..Luthfi Mail datang umah aku..kami lepak lama gak pastu gi Open House umah Dila kat Kuala Kangsar. Kat sana Azhar dah ada pastu sorang lagi member lama iaitu si Paisal@ rehan pun datang gak..lepak lama gak umah Dila..Rupanya arini ada konvoi dak KASAS dulu ke Teluk Intan kami yang kat sini 50-50 la nak join ke idak..last2 kami berempat (aku, Luthfi, Paisal ngan Azhar) pi umah Azhar plak...

Kat situ plak last2 geng2 yang dah lama aku tak jumpa pun mai..dorang pun 50-50 nak gi Teluk Intan tu ke tak..last2 datang Kuale..Cip, Zawani, Ghulam ngan Borg..fuh lama gila x jumpa dorang.. Cip adagak jumpa sebab aritu dia ngan Mirul ada mai UKM..Pastu tak lama pastu Daud plak datang naik kereta dia sendiri cap Honda ala-ala Accord gitu..mai aih..ye la member2 dah keje kan..Kat umah Ar makan laksa pastu destinasi terakhir kami ialah umah Rehan la kat Kati plak.. si paisal ni digelar Rehan sebab ada iras2 ngan rehan dak kelas aku dulu..kuikui..member2 akuni bab2 menggelar no 1 lah.. dari sekolah sampai sekrangpun dok inagt lagi tu..dashat..kat umah reham makan bihun goreng..dari situ pakat ngan abang aku pakai sms tengok bola kat Maple Rahman Taiping..

Kami berpisah..bermakna jugaklah raya aku kiranya dapat jumpa member2 ni semua..pastu soh Lutfi anto aku kat Maple berskrin besar tu..abang aku dah ada kat situ..layan bola dalam kerenyai-renyaian ujan.. Liverpool vs Aston Villa..menang 2-0 Gerrard score penalti ngan Alonso rembat jarak jauh..pastu layan Arsenal vs Sunderland.. sungguh bergaya Van Persie sumbat 1 gol dan Henry boh 2 gol..menang 3-1.. Esoknya tengah malam aku ngan abang aku 'fly' gi AlaYala tengok Man Utd vs Chelsea..walaupun aku anti MU tapi Chelsea pun aku x berapa suka gak..MU menang 1-0 dan Chelsea tak dapat challenge rekod 49 game tanpa kalah Arsenal..sonoknya aku..hehe..Padan muka Maurinho yang belagak tu..dahla Fletcher yang score..nama tak sehebat Rooney, Nisterooy..nampak sangat game antara dua tu tak best :p.. jangan marah ye..hehe..

last sekali aku beraya ngan Yaman..jumpa dia kat Kamunting dia antor kakak dia nak pi Ipoh kat stesen Bas. Ikut Yaman beraya umah member dia nama Adam..pastu gi umah kawan dia yang Eksiden kene potong kaki nama Is tu kat Taman Saujana.. Then kami ronda2 Fajar Kamunting usha2 aweqs..pekena Janggut Putih se'round' pastu gi lepak Masjid Kamunting..gi Bundle kat situ sama.Tokey dia orang kampung Yaman kuikui..pastu round2 pasar malam Kamunting..tulah yang last..balikla umah pastu.. raya aku sampai takat tu ajela kot.. sekarang ni aku baru je balik dari KL saje ayah aku ajak sebab dia ada meeting kat Putra Jaya..aku ngan adik aku drive tukar2.. Esok kami akan balik kampung kat Terengganu plak..tapi masih sebab ayah aku adsa meeting kat Terengganu..menyelam sambil minum airlah orang kata..leh la jugak beraya sekali kan..hmm..abis camtula cuti aku hehe...jumpa lagi..

Tuesday, November 08, 2005

Coretan Terbaru YoS!! :)
Bismillah al-Rahman al-Rahim....
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Lama juga dah tak menulis..hampir dua bulan..cuma baru-baru ni ada paste asigment Falsafah Moden yang bertajuk Aliran Anti Hadis.. Sekarang aku tengah bercuti lapan minggu...meriahnya idup...tapi bermati-matian semasa bulan Ramadhan tempoh hari berperang dengan final Exam semester 5...Bayangkan orang dah fikir raya jawab exam..sini ada serba sikit cerita yang saya leh kongsi pengalaman ngan sesapa yang baca..saje ja..takde unsur-unsur pengajaran pun..just pengalaman je..
Exam abis pada 29 Oktober 2005..Paper Maharat Istima' tu...Hanya golongan yang special je leh amik semester ni..hehe..kalau lulus..maka berakhirlah riwayat Maharat dalam hidupku..Paper nipun setelah gap 5 hari..ada banyak masa tapi haram tak study sungguh-sungguhpun..Itulah Yos...
Ramai member-member yang sama abis pada hari ini..tapi malangnya cuma ada seorang sahabat baikku yang terlantar di Hospital akibat jangkitan kuman di hati.. Mat Zul..dia dahla dua paper ari last ni.. Sebelum exam Maharat aku kasitau Ustad Zamri yang jaga exam time tu...Maka berakhirlah Exam semester Lima..
Malam tu diraikan bersama PitShah & Pitman..layan bola Arsenal VS Spurs..game awal so Tarawikh pun terpaksa ditangguhkan..hehe..seri 1-1..Henry takde seri la..tupun kelam kabut gila sPuRS time second half..1st half Arsenal main rupa x penah belatih..sungguh menakutkan. Kemasukan Pires pada 2nd half mengubah segalanya...
Pastu layan Chelsea VS Blackburn..Chelsea menang 4-2. baru beberapa ari sebelum ni dorang tewas ngan Chalton dalam Carling Cup. Dalam perlawanan masa yang sama Liverpool menang 2-0 ngan West Ham.
Abis tu sambung lagi plak. Man UTD VS M'Boro...Game ni memang shahdu..tercapai gak hasrat aku nak nengok MU kena belasah..4-1 tarafnya..memang teruk gila MU main. Ada game Juve vs Milan tapi tak larat dah aku nak sambung hehe..Milan menang 3-1.sampai ke kemuncak tu memang kami lepak reramai la..ada Amirul Faiz @ Bob , Amir Ashraf @ Amiq , Daniel@ Naim , Jengka, Yaman, Amin dan ramai lagi..
Pastu balik aku mula wat asigment Falsafah Moden..Bayangkan exam dah jawab abis tapi ada asgment yang belum antar..tak ke beban namanya tu..tapi aku menaip hanya dalam 2 jam ja siap 9 muka..kira dashat le jugak tu hehe. Sebab dah berejam-rejam lepak maple tadi kira takde sahur la..Lepak bilik Bob @ Amirul Faiz ajela..Azan Subuh akupun gi Fakulti antar asgment kat loker Dato' Yussof Hussain. Harap2 x dapat A pun kasila A- Janganla kasi kantoi ye Dato'...
Arini Ahad Buzy pulak kemas bilik..klear abis..Check Out kat foyer..Kolej Ibrahim Yaakob dah sunyi sepi time ni..
Pastu lepas Zuhur gi umah sewa simpan barang skit ngan BOb. Dari situ gi hospital Kajang lawat MatZul reramai. Aku, Bob, Yaman, Pitman, pitShah, Amiq. Nampak macam sakitja.. Mujurla mamat tu leh raya kat Kelantan..tapi kena dok Hospital gak..tapi takpela koman2 sedara ramai leh lawat dari termanggu sorang-sorang kat Hospital Kajang ni.
Malam tu Geng2 kedah balik naik Bas UKM..depa bayar rm30 ja..4 bas semuanya. Tapi 1 bas akan lajak ke Perlis. Meriah gila nampak depa balik raya ramai-ramai..
Tinggal la sisa2 kami yang belum balik ni gi Mapley..aku dahla tak bukak posa tadi..leh tertidur plak time berbuka.Lapar gila la. Aku, Amin, Yaman, PitShah, Mad, Nuat n Odeng.. Pastu buat persediaan terakhirlah nak konvoi balik satgi..naik motor je..sure kamilah manusia yang paling tabah hehe..Kol 4 aku, Odeng, Mali n Amin bergerak meninggalkan UKM dan pulang ke rumah kami..sejuk beb. Motor ada 4 tapi orangnya ada 5..konfius? hehe..
Perjalanan takde ranjau2 berduri pun..ujan pun idak..Alhamdulillah sampai Taiping kol 10 lebih pagi..Pastu tidurla...Pit Shah balik 1hb ngan ayah dia..Nuat ngan Mad balik malam raya kot naik keta..Hmm..Aku sambung lagi len kalilah bab raya plak...nak semayang Maghrib lah..hehe..Wassalam..

Sunday, November 06, 2005

Sedikit PengeTahuAn TentaNG AliRan AnTi Hadis

1.0 Pendahuluan

Islam dan penganutnya dari zaman Rasulullah iaitu 14 abad yang lalu hingga kini tidak pernah sunyi daripada di noda sama ada dari luar mahupun dari dalamnya sendiri. Pada setiap zaman pasti akan muncul orang-orang yang mengaku dirinya sebagai ‘Nabi. Pembaharu, penyelamat dan sebagainya. Sebilangan kecil daripada umat Islam telah berjaya dipengaruhi dan telah termakan dengan seruan-seruan mereka itu.

Hal ini adalah disebabkan oleh faktor pendeknya akal fikiran manusia di dalam menilai sesuatu serta dibantu oleh faktor kurangnya didikan agama. Umat Islam digesa dan dianjurkan supaya berlaku adil terhadap diri sendiri dengan tidak tergesa-gesa menerima sesuatu ajaran tanpa dikaji atau dipelajari ilmu agama dengan sebaiknya terlebih dahulu.

Antara perosak-perosak agama yang berjalan dengan liciknya ialah seperti Kumpulan Aliran Anti Hadis yang secara langsung telah menolak Hadis/ Sunnah kerana bagi mereka persoalan agama telah lengkap terisi di dalam al- Quran. Di dalam kertas kerja ini akan cuba dihuraikan tentang Kumpulan Aliran Anti- Hadis ini serta pengaruhnya terhadap masyarakat Melayu di Malaysia.



2.0 Pelopor Ajaran Anti Hadis

Fahaman Anti Hadis adalah salah satu alternative para orientalis musuh Islam untuk menjatuhkan Islam dari dalam. Fahaman ini lahir lebih kurang pada tahun 1874 hasil pemikiran seorang orientalis Yahudi bernama Professor Doktor Goldziher. Beliau dilahirkan di Hungaria sekitar tahun 1850 dan meninggal sekitar 1921.

Beliau merupakan seorang keturunan Yahudi tulen. Dalam usia yang cukup muda iaitu 19 tahun Goldziher dilantik menjadi Doktor dalam bidang Islamologi di Jerman. Goldziher mendapat biasiswa unuk belajar di universiti Al- Azhar pada tahun 1873 hingga 1874 bagi memperdalam pengetahuan Islam. Hali ini dilakukan bukan bagi menabur bakti untuk Islam dan umatnya bahkan bermaksud bagi menghancurkan Islam dari dalam dengan mencetuskan fahaman anti hadis kerana ia yakin bila hal ini diterima oleh umat Islam, pasti Islam sendiri akan hancur dari dalam.

Selama 30 tahun antara 1876 hingga 1904 Goldziher menjadi Setiausaha Masyarakat Israil Moden di Budapest. Dan selama 14 tahun (1900-1914) dia mengajar Filsafat Agama Yahudi di Jewish Theological Seminatary (Sekolah Missi Ketuhanan Yahudi) Budapest.

Orang Yahudi membuat kesimpulan yang cukup berguna iaitu mereka tahu bahawa semakin banyak orang Islam mendapat gelaran Sarjana semakin sintinglah cara berfikir mereka tentang Islam kecuali yang benar-benar belajar dengan ikhlas. Mereka inilah nanti yang menjadi pemangkin di Negara-negara Islam dengan slogan “ Pembaharuan Islam”.

Secara tidak langsung juga dengan membaca buku-bukub yang ditinggalkan oleh pelopor Anti-Hadis ini sebanyak 200 judul, kini buah pemikiran Goldziher sudah tersebar dimana-mana terutama sekali mereka yang mengecapi pendidikan di perguruan Tinggi dan Universiti yang dikelola oleh jaringan zionis internasional. .
(Hj Isa Ismail & Yusof Hj Wanjor. 1996 : 1)


3.0 Pokok- Pokok Ajaran Anti Hadis

3.1 Tentang Dua Kalimah Syahadah

Dua kalimah syahadah seperti yang kita lafazkan, mereka tidak mengakui kerana pada pandangan mereka, lafaz itu tidak ada didalam al-Quran. Maka itu ‘syahadat’ mereka ialah : “ asy-hadu bi-ana muslimun”. Mereka juga mengatakan dengan menambah “ wa-asyhadu anna Muhammadar-Rasulullah” beerti kita telah menyekutukan Allah dengan Muhammad, dengan itu kita telah berbuat syirik.

3.2 Tentang Solat

Cara mereka mengerjakan solat bermacam-macam, berdasarkan pemahaman mereka terhadap sesuatu ayat Al-Quran. Mari kita imbas amal solat mereka seperti dibawah:

3.2.1 Ada yang mengerjakan solat sebagaimana dilakukan oleh jumhurul muslimun. Kelompok ini terdiri dari orang-orang yang baru mengikuti ajaran-ajaran mereka atau untuk mempengaruhi orang lain agar mahu mengikuti ajaran mereka. Tetapi mereka berpegang bahawa waktu Subuh bermula jam 5.00 pagi hingga jam 9.00 pagi dengan beralasan bahawa agar tidak mengganggu tidur.

3.2.2 Ada yang solatnya rata-rata 2 rakaat, iaitu Asar (2 rakaat), Maghrib (2 rakaat), Isyak (2 rakaat), Subuh (2 rakaat) dan Zuhur (2 rakaat). Tetapi bacaannya berbeza. Ada yang seperti biasa (bahasa Arab). Ada yang kesuluruhannya bacaannya dari awal hingga akhir dalam bahasa ibunda masing-masing.




3.3 Tentang Puasa Bulan Ramadhan

Dalam hal puasa Ramadhan merekapun tidak sependapat. Bagi yang baru jinak-jinak, mereka berpuasa seperti kita juga. Tetapi kalau sudah kuat faham ingkar sunnahnya mereka hanya mengakui wajibnya puasa. Adapun hari dan bulannya mereka mengingkari dengan alasan tidak ditentukan oleh Al-Quran.

3.4 Tentang Zakat

Pada umumnya mereka tidak mengetahui kewajiban zakat. Yang mereka hanyalah sedekah. Mereka mengertikan zakat itu dengan kecerdasan.

3.5 Tentang Haji

Mereka berpendapat bahawa haji boleh dikerjakan pada 4 bulan Haram iaitu : Zulqaidah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Alasannya, haji itu dijamin oleh Allah keamanannya. Kalau orang datang berkumpul semua pada bulan Zulhijjah sahaja untuk mengerjakan Haji, itu bukan keamanan lagi namanya.

3.6 Ajaran-Ajaran Yang Lain:
Masjidil Aqsa di palestin bukan tempat suci umat Islam.
Tempat suci umat Islam hanya di Mekah. Di Palestin tidak ada tempat suci umat Islam.
Nabi Muhammad tidak pernah solat menghadap Palestin. Nabi hanya pernah solat menghadap ke Utara
Seorang penganut agama asing yang hendak memeluk Islam tidak perlu bersyahadah didepan sesiapa dan tidak perlu dipersaksikan oleh pegawai untuk surat menyurat. Cukup sahaja dia mengatakan masuk Islam kepada Allah yang mengetahui gerak geri. Jika dia telah beristeri sebelum memeluk Islam kedua-duanya tidak perlu mengulangi nikahnya. Dan terdapat banyak lagi ajaran-ajaran mereka yang yang lain.

Golongan anti-Hadis ini berusaha sekuat tenaga untuk melenyapkan habis apa-apa yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad SAW. Berdasarkan wahyu Ilahi serta petunjuk langsung dari Allah sebagai manusia pilihan untuk menerima kerasulan.
(Hj Isa Ismail & Yusof Hj Wanjor. 1996 : 13)


4.0 Penutup

Seperti mana yang telah disampaikan, kita sebagai manusia yang memeluk Islam semestinya tidak boleh membiarkan diri diperbodohkan oleh sekolompok orang-orang yang pada hakikatnya jahil tetapi cuba menonjolkan diri sebagai seorang yang pintar. Sebaliknya mereka ini pintar dalam memutarbelit sesuatu yang benar menjadi salah dan mudah

Rasulullah tidak mempunyai hak atau sewenang-wenangnya untuk memutuskan apa yang tidak ada diputuskan di dalam al-Quran. Begitulah ucapan orang-orang yang anti-Hadis. Tentunya ini bercanggah dengan mukjizat yang Allah berikan kepada seorang Rasul yang diutus untuk membawa sinar kepada Islam.

Justeru golongan Anti Hadis perlu ditentang kerana jelas sesat dan memporak perandakan masyarakat Islam. Walaupun sudah meresap ke dalam masyarakat Melayu namun golongan yang beilmu perlu berusaha dengan lebih keras untuk memupuk kefahaman kepada masyarakat dengan bantuan pihak berkuasa. Semoga segalanya dapat di atasi.