SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Sunday, May 29, 2005

ArSeNaL, ChelSea & LiveRpOoL The Best!!


Semekom..tamat sudah pertarungan sepak2 bola eropah sesi 2004-2005..
Chelsea sebuah kelab yang suka-suka sebab banyak duit ditaja Abromovich menjadi juara Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 50 tahun..bolos pun skit sangat..kalah pun sekali je dalam 38 pelawanan..Piala Carling pun milik mereka mengalahkan Liverpool di final..season akan datang sure beli player ikut suka lagi sebab duit banyak..harta Abromovich setakat ni yang telah digunakan untuk bangunkan chelsea baru 1/25 dari keseluruhan hartanya...kaya giler jutawan minyak Russia tu..dahla muda lagi..macho plak tu..heheh..

Arsenal plak yang bernasib malang 3 kali ditewaskan oleh Manchester United dalam Liga dan Piala Carling membuktikan Piala FA adalah lebih penting untuk dimenangi. Man United menang ngan Arsenal dalam Liga pun juara tetap milik Chelsea..Menang ngan Arsenal dalam Carling Cup pun juara Piala Carling ialah Chelsea..Arsenal menang ngan Man Utd 2 kali season ni..First Piala Sumbangsih iaitu perlawanan pembukaan season 2004/2005.. N 2 nd Piala FA iaitu Pertarungan kalah mati terulung di dunia..Arsenal best..
Liverpool plak dalam Liga agak merudum..tapi membuktikan mereka adalah maharaja Eropah dengan menundukkan AC Milan dalam final Champion League..Pertarungan yang tragis dan mendebarkan..menang Liga Juara-juara Eropah mereka mendapat lebih kurang RM200 juta lebih kalau tak silap...automatik menjadi kaya..so boleh beli player terbaik lagi..hehe.Best..Liverpool adalah kelab dari England jadi juara setelah agak lama didominasi kelab dari Sepanyol mahupun Italy..Tahun lepas FC Porto..

Hmm..Tiga Kelab ini berjaya mencapai kejayaan season ini..namun kelab gergasi yang gagal mendapat sebarang pingat kali ni ialah Manchester United, Real Madrid dan AC Milan..Tentu bakal terjadi sesuatu yang lebih menarik season depan..sama-samalah kita nantikan bulan Ogos nanti :)

Sunday, May 22, 2005

Juara Piala FA

The Gunners Juara Piala FA..Hepi ending. :)
Pada lewat malam semalam termaktublah sudah bahawa kejuaraan Piala FA England adalah milik Arsenal buat kali ke-10..... Pertarungan yang pada asalnya dan pada keseluruhannya jelas nampak seperti milik Manchester United apabila Arsenal diasak bertubi-tubi dan hanya dapat membalas sekali sekala. Ternyata baju penjaga gol MU Roy Carroll tidak sedikitpun dikotori tanah akibat perlawanan tersebut berbanding Jens Lehmann yang bermati-matian menjaga gawang Arsenal selama game yang berlanjutan lebih 2 jam tersebut.
90 minit tamat dengan satu jaringan MU tidak dikira setelah Ferdinand yang menjaringkan gol tersebut dikesan berada didalam kedudukan offside. Wayne Rooney dan Christiano Ronaldo umpama maharaja dalam game tersebut dengan serangan dan gerakan menarik yang tidak putus-putus. Thierry Henry yang berpakaian kemas ber 'neck-tie' hanya memerhatikan pertarungan tersebut dari luar padang kerana 'groin injury' yang menimpanya..Tamat 90 minit ditambah lagi 30 minit masa tambahan. Cuma pada masa tambahan ini Arsenal nampak agresif juga sehinggakan Jose Antonio Reyes menerima kad kuning kedua lalu diperintah keluar padang iaitu beberapa saat sebelum game tamat.
Penentuan penalti jelas hebat dengan keputusan 5-4. Lehmann sekali lagi menjadi wira menepis sepakan Paul Scholes pada sepakan kedua. Kelima-lima wira Arsenal tenang menyempurnakan penalti. Mereka ialah Lauren, Ljungberg, Van Persie, Ashley Cole dan kapten yang power selamanya Patrick Viera..Ferguson berputih mata.
Saya yang menyaksikan pertarungan di Maple Al-Rahman Taiping yang mempunyai skrin paling besar yang pernah saya temui di Malaysia setakatni relaks ja tengok dari atas motor. Penuh..semacam stadium itulah yang dapat saya gambarkan...Rupanya ingatka saya sorangja sokong Arsenal kat Taiping selama ni..rupanya ramai gila. Penyokong MU tak payah cakap pun tau kompem ramai. Banyak gelagat lucu antara kedua-dua penyokong dilihat. Polis datang menghambat manusia yang ramai2 ni sebab melimpah-limpah lat atas jalan..hehe..rekod ni..memang ramai.Game kol 10 plak ni..mana tak ramainye..
Wokeh..citer bola dan Arsenal hanya akan bermula kembali bulan Ogos nanti untuk season baru..Rabu ni Liverpool akan menentang AC Milan yang baru saja kecewa kehilangan takhta Liga ditangan Juventus..Beramai-ramailah sokong England skuad Liverpool..Jangan jadi hipokrit..tetiap minggu pi maple tengok game English Premier League tapi bila Champion League tetiba sokong team yang korang tak pernah tengok mereka beraksipun. Dengarje bunyi team macam kuat terus nak sokong..apalah..cubalah tetap skit pendirian tu.. Baros, cisse, Garcia, Gerrard, Alonso, Riise pasti ada resepi tersendiri nak gulungkan Schevcenko n the geng..hehe..apapun sukati korang la..
Aritu Hari Ibu..jadi penutup tulisan kali ni saya selitkan lirik lagu yang popular kat tv tu tentang Hari Ibu....wokeh..bye n wassalam.. :)
YOUR MOTHER Rashid A. Bhikha


Who should I give my love to?
My respect and my honour to?
Who should I pay good mind to?
After Allah And Rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father

'Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?
When you were sick, stay up all night
Holding you tight?
That's right, no other
- My mother

Who should I take good care of
Giving all my love?
Who should I think the most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father

'Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you
Before you could walk?
And when you fell
Who'd pick you up?
Clean your cut?
No one but your mother -
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to?
Never say no to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father

'Cause who used to hug you
And buy you new clothes?
Comb your hair and blow your nose?
And when you cried
Who wiped your tears?
Knows your fears?
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank You Allah
Thank You Allah for my mother

Tuesday, May 17, 2005

SERTAi pErTANDINgAN fUTSAL tERhEBAT TAIPING 2005!!


Sertai Fiesta Futsal Taiping Piala trust 2005

Serlahkan Kehebatan Pasukan Anda Dan Bawa Pulang Hadiah Lumayan!!

Tempat : Pusat Permainan Futsal SportCity, Kamunting, Taiping, Perak

Tarikh : 5 Jun 2005 (Ahad)(Tarikh Tutup Pendaftaran 1 Jun 2005)

Yuran Penyertaan RM100 (7 Pemain+1 Pengurus)

Pertama : RM800+Piala+Hamper
Kedua : RM400+Hamper
Ke-3 dan ke-4 : RM150+Hamper
Quarter Final : Hamper

Penyertaan adalah terhad!!

Sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran hubungi :

019-4282836 (Fairuz)012-5290588 (Ezry)

Atau email :- yos1801@yahoo.com

Sunday, May 15, 2005

MakA BerAkhiRLaH EngLisH Premier LeAgue seaSoN 04/05


Assalamualaikum...Hellu n Ape kabo?..lama sudah tak berkata-kata diruangan ini..Malam ini akan berakhirlah Englis Premier League season 2004/2005 yang telahpun dijuarai oleh Chelsea buat pertama kalinya dalam tempoh 50 tahun. Setelah sekian lama di dominasi oleh Manchester United dan skit-skit oleh Arsenal... Chelsea muncul pasukan terhebat dan secara tidak langsung turut membuktikan 'wang dapat membeli kejuaraan'...

Chelsea muncul pasukan bintang setelah diambil alih oleh jutawan minyak Russia..Pasukan Chelsea yang telah berubah hampir sepenuhnya daripada skuad asal itu hanyalah 1/25 daripada harta Roman Abromovich..Bayangkanlah betapa kayanya beliau. Walaupun tewas Liga Juara-juara Eropah ia tidaklah memalukan kerana kalah diperingkat Separuh Akhir di tangan liverpool.. Barcelona dan Bayern Munich adalah mangsa mereka diperingkat awal. Juga turut memenangi Carling Cup season ni..satu piala yang tak beberapa dipandang sangat sebenarnya pada asalnya..tapi setelah menjejaki peringkat separuh akhir, piala yang biasanya dibarisi oleh hanya skuad simpanan pasukan berubah wajah apabila 1st eleven diturunkan. Chelsea menewaskan Liverpool 3-2 dalam pertarungan 'nasib dan syahdu' itu.

Piala FA pula menyaksikan Chelsea tumpas agak awal di tangan Newcastle United. Saksikan final antara dua gergasi England pada 21 Mei ini Arsenal(the Gunners) vS Manchester United(Red Devils). Persaingan tempat kedua juga pada mulanya nampak sengit antara Arsenal dan Man U. Tetapi tiba-tiba berubah apabila Arsenal tiba-tiba menjadi mantap seperti Arsenal yang lalu dan Man U tetiba serba tak menjadi. Pada perlawanan terbaru minggu lepas Man Utd kalah ditempat sendiri dengan Chelsea 3-1 sebaliknya perlawanan yang boleh dikatakan penentu tempat kedua itu dimenangi oleh Arsenal yang membelasah Everton pasukan tempat ke-4 dengan jumlah jaringan terbanyak season ini 7-0. Tonggak utama Thierry Henry telahpun pulih dan akan beraksi malam ini utk perlawanan terakhir menentang Birmingham dan final Piala FA nanti.

Liverpool bakal yang serba tak menjadi dalam Liga Domestik menunjukkan kemantapan dalam aksi Eropah dengan layak ke Final Liga Juara Eropah menentang AC Milan hujung Mei nanti di Istanbul Turkey. Siapa bakal menjulang Piala Kebanggaan kelab2 Eropah tersebut?..Tungguuu..Apapun season depan yang akan bermula sekitar Bulan 9 pastinya tidak sabar-sabar lagi untuk dinantikan. Apepun ini sajalah coretan untuk tajuk ini pada kali ini. Game yang akan berlansung serentak 10 game pukul 10 malam nanti tidak akan merubah nasib mana-mana pasukan atasan, tetapi bakal merubah nasib pasukan bawahan yang bakal tersingkir ke Divisyen bawahan.

Barcelona pulak telah kompem menjadi juara Liga Sepanyol setelah pencabarnya Real Madrid hanya seri 2-2 dengan Sevilla semalam. Barcelona pun seri jugak tapi apakan daya. Madrid yang longlai awal sampai tengah season nampak mantap jugak last2 ni. Katanya nak beli Ashley Cole defend Arsenal..Dapat ke?..hehe..Liga Italy belum ada juara mutlaknye lagi..tunggu ajela Game minggu ni..Liga Jerman milik Bayern Munich..

Itulah coretan serba skit malam ni. Tengah boring-boring..hehe. tunggu gak kot-kot ada live Selangor Vs MK Land kat Tv 1. Semalam tengok Perak Vs Pahang yang bertarung dalam 'sawah' akibat ujan lebat. Akhirnya dihentikan jugak pada minit 72. Apakah nasib Perak season ni?..tataula..bola oh bola.. Wallahu 'Alam