SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Tuesday, November 11, 2014

Perkongsian Gambar Perkhemahan KOKO 2014 SKPP 16(2)

Pada entry kali ini saya ingin kongsikan beberapa gambar aktiviti sepanjang perkhemahan KOKO yang bertempat di Kem Rekreasi Sungai Gading, Hulu Bernam tempoh hari. Just sebagai kenangan di alam online :)

perjalanan masuk kem

perjalanan masuk yang sempit

guru pengiring semasa baru tiba

guru pengiring

taklimat selepas pasang khemah

taklimat

Cikgu Fendi sempat meluangkan masa sekejap

guru pengiring yang sporting

Aktiviti malam..ice breaking

aktiviti malam pertama

night walk..semasa dalam sungai yang gelap

selepas night walk

pemandangan sungai yang indah

Admin bersama pemandangan sungai

guru-guru sebelum aktiviti

begambar dengan gaya tersendiri dalam sungai

aktiviti memanggang

aktiviti pagi jumaat

selepas aktiviti tengah hari

aktiviti petang Jumaat

merasa naik tiub di aras deras

guru bersama buaian pohon beringin

malam kebudayaan

malam kedua terpaksa tidur surau kerana khemah lelaki basah

kawasan khemah

kawasan khemah

aktiviti pagi sabtu

senaman pagi

siap siap nak balik

sedia nak balik

naik lori

bergambar kenangan sebelum balik

guru-guru merasa naik lori


SEKIAN TERIMA KASIH

Saturday, November 08, 2014

Perkhemahan Kokurikulum 2014 di Sungai Gading

Alhamdulillah.. tatkala saya menaip ini.. sedang menunggu isteri di sekolah, baru selesai Perkhemahan Kokurikulum sekolah yang dibuat di luar kawasan kali ini.

Tempat yang kami pergi sejak 6 November 2014 hingga hari ni iaitu 8 November 2014 bertempat di Kem Rekreasi Sungai Gading Hulu Bernam.

Bertolak petang Khamis menumpang kereta rakan sejawat Cikgu Fendi Rozaimi berkonvoi dengan Cikgu Syairul Mus, kak Zainah, dan Cikgu Jamil. Perjalanan tidaklah terlalu lama namun terkejut bila sampai jalan nak masuk terlalu dalam iaitu kira-kira 4.5 km dari jalan utama ke tempat tersebut. Dengan takde coverage telefon. Hanya di sesetengah zon ada satu bar line Altel/Maxis yang saya guna.

Apapun tempat dituju ini memang sangat menarik, cantik dan sesuai untuk aktiviti. Kami pergi untuk mengiringi 80 pelajar mewakili unit koko di sekolah terdiri daripada tahun 5 dan 6 serta 2 anak guru dalam tahun 3. Kawasan yang tenang, cantik.. malamnya hanya dihidupkan dengan generator untuk memberikan sumber kuasa..memang satu pengalaman yang menarik.

Aktiviti malam pertama yang saya turut sertai walaupun murid-murid diselia oleh fasilitator-fasilitator terlatih ialah 'night walk'. berjalan dalam gelap..mula-mula jalan elok..pastu berbukit-bukit dan akhirnya meredah sungai.. perghh.. best..sebab gelap gelita..

Program Hari Jumaat pula ialah murid perlu cross river guna tali,.. arus kuat, memasak dengan unggun, dan petangnya diapungkan dengan pelampung.. rakit pelampung kot hehe.. malamnya persembahan kebudayaan selepas bacaan yassin dan solat berjemaah yang di handle oleh saya.
Selepas malam kebudayaan semua peserta dan guru dihidangkan dengan BBQ dan ikan Talapia Bakar yang fresh..sedap betul Talapia..tapi hanya untuk guru.

Malamnya murid tidur keletihan.lelaki terpaksa tidur di surau sebab khemah dah basah. Pagi tadi murid bermain permainan indoor sahaja dan buka khemah. bertolak balik jam 12 tengah hari selepas sesi penutup.. merasa naik lori beramai-ramai sebab bas takleh masuk dalam.. 4.5 km tu.. sekarang dah sampai sekolah. Alhdulillah.. gambar akan dikepil kemudian sebagai kenangan. wassalam