SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Monday, May 23, 2011

Kalimat taubat di dalam al-Qur'an

Ayat-ayat al-Qur'an yang menyebut kalimat taubat di dalamnya adalah:

2:37. Lalu Adam menerima kata-kata tertentu daripada Pemeliharanya, dan Dia menerima taubatnya; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

2:54. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri-diri kamu sendiri dengan pengambilan Anak Lembu kamu, maka bertaubatlah kepada Pencipta kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu sendiri (sesama sendiri). Itu lebih baik bagi kamu di sisi Pencipta kamu, dan Dia akan menerima taubat kamu; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih."

2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

2:159. Orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami menurunkan, setelah Kami memperjelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para pelaknat,
2:160. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan menunjukkan dengan jelas. Terhadap mereka, Aku akan menerima taubat; Aku Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

2:222. Mereka menanyai kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu menjauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan janganlah mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka telah membersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah memerintahkan kamu." Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat, dan Dia menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.

2:279. Tetapi jika kamu tidak buat, maka ketahuilah pernyataan bahawa Allah akan berperang dengan kamu, dan rasul-Nya; namun begitu, jika kamu bertaubat, kamu akan dapat modal kamu dengan tidak menzalimi, dan tidak dizalimi.
(mengenai riba)

3:89. Tetapi orang-orang yang bertaubat sesudah itu, dan membetulkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

3:90. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan kemudian bertambah dalam ketidakpercayaan (kekafiran), maka taubat mereka tidak akan diterima; mereka itulah orang-orang yang sesat.
(taubat tidak diterima)

3:128. Tidak ada daripada urusan itu bagi kamu, sama ada Dia menerima taubat mereka, atau mengazab mereka; kerana mereka adalah orang-orang yang zalim.
(bukan urusan Nabi)

4:16. Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya; Sesungguhnya Allah adalah Yang Menerima Taubat, Pengasih.
(homoseksual bertaubat)

4:17. Allah hanya menerima taubat orang-orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan, kemudian dengan segera bertaubat; Allah akan menerima taubat mereka, dan Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
(taubat hanya diterima daripada orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan)

4:18. Tetapi tidak diterima taubat orang-orang yang melakukan kejahatan sehingga, apabila salah seorang antara mereka didatangi kematian, dia berkata, "Sesungguhnya sekarang saya bertaubat", dan tidak juga bagi orang-orang yang mati dengan tidak percaya (kafir); bagi mereka, Kami menyediakan azab yang pedih.
(taubat tidak diterima)

4:26. Allah menghendaki untuk memperjelaskan kepada kamu, dan untuk memberi petunjuk kepada kamu pada sunnah (resam) orang-orang yang sebelum kamu, dan untuk menerima taubat kamu; Allah Mengetahui, Bijaksana.

4:27. Dan Allah menghendaki untuk menerima taubat kamu, tetapi orang-orang yang mengikuti hawa nafsu (syahwat), mereka menghendaki supaya kamu menyimpang dengan penyimpangan yang besar.

4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan tersilap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan tersilap, maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka menyedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan memerdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.

4:145. Sesungguhnya orang-orang munafik berada di dalam bahagian yang paling bawah di Api, dan kamu tidak mendapati bagi mereka sebarang penolong.
4:146. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan berpegang teguh kepada Allah, dan menuluskan agama untuk Allah. Mereka itu adalah berserta orang-orang mukmin, dan Allah pasti akan memberikan orang-orang mukmin upah yang besar.
(orang munafik)

5:33. Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk membuat kerosakan - mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itulah suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar.
5:34. Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu menguasai mereka. Maka ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Pengasih.

5:39. Sesiapa bertaubat sesudah kezalimannya, dan dia membetulkan, Allah akan menerima taubatnya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
(ayat 5:38 mengenai pencuri)

5:70. Dan Kami telah mengambil perjanjian Bani Israil, dan Kami mengutus rasul-rasul kepada mereka. Setiap kali datang kepada mereka seorang rasul, dengan apa yang jiwa mereka tidak menginginkan, segolongan mereka mendustakan, dan segolongan lain mereka bunuh.
5:71. Dan mereka menyangka bahawa tidak akan menjadi cubaan; mereka menjadi buta, dan menjadi pekak. Kemudian Allah menerima taubat mereka; kemudian mereka menjadi buta lagi, kebanyakan daripada mereka, menjadi pekak; dan Allah melihat apa yang mereka buat.

5:73. Orang-orang yang tidak percayalah yang berkata, "Allah ialah yang ketiga daripada yang Tiga." Tidak ada tuhan selain Tuhan Yang Satu. Jika mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka mengatakan, tentu akan menyentuh orang-orang antara mereka yang tidak percaya, azab yang pedih.
5:74. Tidakkah mereka bertaubat kepada Allah, dan meminta ampunan-Nya? Allah Pengampun, Pengasih.

6:54. Dan apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)." Pemelihara kamu menuliskan (menetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu membuat kejahatan dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
(salamun alaikum)

7:143. Dan apabila Musa datang pada waktu yang Kami menetapkan, dan Pemeliharanya berkata-kata dengannya, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkanlah kepadaku, supaya aku dapat melihat Engkau." Berkatalah Dia, "Kamu tidak akan melihat Aku; tetapi perhatikanlah gunung itu - jika ia tetap di tempatnya, maka kamu akan melihat Aku." Dan apabila Pemeliharanya menampakkan-Nya kepada gunung, Dia membuatnya hancur menjadi debu, dan Musa jatuh pengsan. Setelah dia terjaga, dia berkata, "Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin."

7:153. Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan percaya, sesungguhnya Pemelihara kamu sesudahnya, Pengampun, Pengasih.

9:3. Satu pengisytiharan daripada Allah dan rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Besar, "Allah berlepas diri, dan rasul-Nya, daripada orang-orang yang menyekutukan. Maka jika kamu bertaubat, itu lebih baik bagi kamu; tetapi jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa kamu tidak dapat mengandaskan Allah." Dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang yang tidak percaya dengan azab yang pedih,

9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram telah pergi, bunuhlah orang-orang yang menyekutukan di mana sahaja kamu mendapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka melakukan solat, dan memberikan zakat, maka biarkanlah mereka pergi jalan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

9:11. Namun demikian, jika mereka bertaubat, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.

9:15. Dan Dia menghilangkan kemarahan di dalam hati mereka; dan Allah menerima taubat sesiapa yang Dia mengkehendaki; Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:27. Kemudian Allah, sesudah itu, menerima taubat siapa yang Dia mengkehendaki; Allah Pengampun, Pengasih.

9:74. Mereka bersumpah dengan Allah bahawa mereka tidak mengatakan, tetapi sesungguhnya mereka mengatakan kata ketidakpercayaan, dan mereka tidak percaya (kafir) setelah mereka islam. Mereka bermaksudkan apa yang mereka tidak akan capai, dan mereka mendendami hanya setelah Allah mencukupkan mereka, dan rasul-Nya, daripada pemberian-Nya. Maka jika mereka bertaubat, ia adalah lebih baik bagi mereka; jika mereka berpaling, Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; di bumi mereka tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada penolong.

9:102. Dan yang lain mengakui kesalahan-kesalahan mereka; mereka telah mencampuradukkan amalan yang baik dengan yang lain, yang jahat. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

9:104. Adakah mereka mengetahui bahawa Allah Dialah yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan Dia mengambil sedekah, dan bahawa Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih?

9:106. Dan yang lain ditangguhkan hingga perintah Allah, sama ada Dia mengazab mereka, atau menerima taubat mereka; Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang daripada kemungkaran, dan orang-orang yang menjaga had-had Allah - dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.
(orang mukmin)

9:117. Allah menerima taubat Nabi, dan penghijrah-penghijrah, dan penolong-penolong, yang mengikutinya dalam saat kesukaran, setelah hati segolongan daripada mereka hampir-hampir menyimpang; kemudian Dia menerima taubat mereka; sesungguhnya Dia Lembut kepada mereka, Pengasih.

9:118. Dan kepada tiga orang yang ditinggalkan, sehingga apabila bumi terasa sempit bagi mereka, dengan segala keluasannya, dan jiwa mereka terasa sempit bagi mereka, dan mereka menyangka bahawa tidak ada tempat perlindungan daripada Allah kecuali kepada-Nya, kemudian Dia menerima taubat mereka supaya mereka juga bertaubat; sesungguhnya Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

9:126. Tidakkah mereka melihat bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun? Namun begitu, mereka masih tidak bertaubat, dan tidak juga mereka mengingati.

11:3. Dan, "Hendaklah kamu meminta ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, dan Dia akan memberi kesenangan yang baik kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, dan Dia memberi daripada pemberian-Nya kepada setiap orang yang mempunyai kelebihan. Tetapi jika kamu berpaling, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar.

11:52. Dan, wahai kaumku, mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, dan Dia akan mengutus langit dengan hujan lebat kepada kamu, dan Dia akan menambahkan kamu dalam kekuatan ke dalam kekuatan kamu; dan janganlah kamu berpaling sebagai orang-orang yang berdosa."

11:61. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dialah yang menumbuhkan kamu daripada bumi dan menetapkan kamu di dalamnya; maka mintalah ampun kepada-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Pemeliharaku dekat, dan menyahuti."

11:90. Dan mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya; sesungguhnya Pemeliharaku Pengasih, Penyayang."

11:112. Maka hendaklah kamu berlaku lurus, sebagaimana kamu diperintahkan, dan sesiapa yang bertaubat bersama kamu; dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Dia melihat apa yang kamu buat.

13:30. Demikianlah Kami mengutus kamu kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk membacakan mereka apa yang Kami mewahyukan kamu; namun begitu, mereka tidak percaya kepada Yang Pemurah. Katakanlah, "Dia Pemelihara aku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal), dan kepada-Nya aku bertaubat."

16:119. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu - bagi orang-orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan membetulkan - sesungguhnya Pemelihara kamu sesudah itu, Pengampun, Pengasih.

19:59. Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan,
19:60. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja kebaikan; mereka itu, mereka akan masuk Taman (Jannah), dan mereka tidak akan dizalimi sedikit pun,

20:82. Sesungguhnya Aku, Yang Pengampun kepada orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan akhirnya mendapat petunjuk."

20:122. Setelah itu Pemeliharanya memilihnya, dan menerima taubatnya, dan Dia memberinya petunjuk.

24:4. Dan orang-orang yang membalingkan kepada wanita-wanita yang berkahwin, dan kemudian tidak mendatangkan empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan, dan janganlah terima sebarang kesaksian mereka selama-lamanya; mereka itu, merekalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
24:5. Kecuali orang-orang yang bertaubat selepas itu, dan membetulkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

25:68. Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina, kerana sesiapa yang berbuat demikian itu akan menemui harga dosa.
25:69. Akan dilipatgandakkan azab untuknya pada Hari Kiamat, dan dia tinggal di dalamnya, terhina selama-lamanya.
25:70. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan; bagi mereka itu, Allah akan menukarkan kejahatan-kejahatan mereka dengan yang baik, dan Allah adalah Pengampun, Pengasih.

25:71. Dan sesiapa bertaubat, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dia benar-benar bertaubat kepada Allah dalam taubat.

28:67. Tetapi bagi orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, mudah-mudahan dia termasuk orang-orang yang beruntung.

33:24. Supaya Allah membalas orang-orang yang benar kerana kebenaran mereka, dan mengazab orang-orang munafik, jika Dia mengkehendaki, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Pengampun, Pengasih.

33:73. Supaya Allah mengazab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang menyekutukan dan orang-orang perempuan yang menyekutukan; dan supaya Allah menerima taubat orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan. Allah adalah Pengampun, Pengasih.

40:7. Mereka yang membawa Arasy, dan mereka di sekelilingnya melafaz sanjungan Pemelihara mereka, dan mempercayai-Nya, dan mereka meminta ampun untuk orang-orang yang percaya, "Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka ampunilah orang-orang yang bertaubat, dan mengikuti jalan Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim.
(doa malaikat)

42:25. Dia yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan memaafkan kejahatan-kejahatan; Dia mengetahui apa yang kamu buat.

46:15. Kami mewasiatkan manusia, bahawa dia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)."
(doa umur 40 tahun)

49:11. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan sesama sendiri, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.
(jangan mengejek)

58:13. Adakah kamu takut, sebelum pembicaraan rahsia kamu, untuk mendahulukan sedekah? Jika kamu tidak mengerjakan, dan Allah menerima taubat kamu, maka lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Allah menyedari apa yang kamu buat.
(pembicaraan rahsia dengan Nabi)

66:4. Jika kamu berdua (isteri Nabi) bertaubat kepada Allah, hati kamu pasti condong, tetapi jika kamu bantu membantu terhadap dia, maka Allah, Dia Pelindungnya, dan Jibril, dan yang salih di kalangan orang-orang mukmin; dan sesudah itu, malaikat-malaikat adalah penyokong-penyokongnya.

66:5. Mungkin, jika dia (Nabi) menceraikan kamu, Pemeliharanya akan menukarkan dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang warak, yang berpuasa, yang janda, dan yang dara.

66:8. Wahai orang-orang yang percaya, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang tulus hati; mungkin Pemelihara kamu akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan memasukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Pada hari apabila Allah tidak mengaibkan Nabi dan orang-orang yang percaya bersama dia, cahaya mereka mengalir di hadapan mereka, dan di sebelah kanan mereka; dan mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”
(taubat yang tulus hati)

73:20. Pemelihara kamu mengetahui bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menentukan malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak akan menjumlahkannya, dan Dia menerima taubat kamu. Maka bacalah daripada Al-Qur’an semudah yang dapat. Dia mengetahui bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu mendahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan mendapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

85:10. Orang-orang yang menganiayai orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, dan kemudian tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahanam, dan bagi mereka, azab yang membakar.

(jangan menganiayai mukmin lelaki dan perempuan)

110:3. Maka lafazlah sanjungan Pemelihara kamu, dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dialah yang menerima taubat.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Assalamualaikum WBT....

Alhamdulillah sampai lagi tarikh 16Mei pada tahun ini.. teringat saya kepada kawan-kawan dan guru-guru saya yang banyak mengajar ilmu, pengetahuan, pengalaman dan sebagainya.. Justeru pada hari yang berbahagia ini ingin saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia terutamanya kepada:-

Hj Mohd bin Hj Taib iaitu bapa saya yang sudah pencen bulan 12 yang lalu..jawatan beliau yang terakhir ialah Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam,KPM. Jasa beliau terlalu tinggi untuk mendidik saya dan adik beradik saya menjadi manusia yang berguna. yang kedua ibu saya...sejak dari kecil sampai sekarang tak putus-putus mencurahkan ilmu walaupun beliau bukan seorang guru.. Takleh mention nama sebab sekarang orang nak sihir senang ja..pakai nama mak.. hehe..

Selain ibubapa orang yang terpenting adalah isteri saya yang juga seorang guru... kepada sahabat-sahabat baik di SK PUTRAJAYA PRESINT 16(2) yang amat banyak membantu dan berpengalaman, Cikgu Shahrum, Cikgu Rusly, Cikgu Alif, Kak Zai, Kak Ita, Kak Zaleha, Miss Maizatul, Miss Muhaiza, Miss Mariam, Miss Teh Ahara, Miss Deepa, miss akmall, kak Hairani, Kak Norihan Aida yang sedih Alesya anaknya terseliuh tangan tadi, miss Rafika, Miss Harnidah, Miss Habibah, kak Nita, kak Needa, ustazah Aida, ustazah Nora, Ustazah Zabidah, Ustazah Rohani, Ustazah Mahirah, 3 ustazah jQAF baru, guru-guru baru Khairul Afendi yang rajin giler, Syada, Ummi dan lain-lainnya yang masih ramai tapi x tertulis...

Yang menjadi Bos saya sepanjang 5 tahun ni Puan Karimah bt Hasbullah, Puan Roziah PK1, Puan Salmi PK HEM, dan Encik Jabar PK KOKO juga tak dilupakan....

Buat rakan-rakan yang dah pindah sekolah juga tak pernah kawe lupa seprti cikgu Faizul, cikgu Izman, cikgu Suhaila, Cikgu KhirulNizam, cikgu Azlina, Ustazah Rohidah, Cikgu Asnani, Ustazah Fazrina, Cikgu Azlan, Kak Azizah Tajudin, Kak Azizah Abdullah, kak Roshidah bekas PK KOKO dan yang lain-lain...

Ucapan ini juga buat kawan-kawan saya yang menjadi guru yang ingat jelah tulis hehe.. Amir Ashraf, Zulkhairul, Mekna Usul, Atiqah KIY, Rajmeen KIY, Hafiz Ishah n Khalilah, Naim Ahmad, HAdi Husin, KAk Faizura, KAk Farizah, KAk HAslina, Chot, Syezek, Maton, Anoi, pitman, Syamim, MAzar, Kudus, Nakhaie, Ahmad Darul Albar, Maman, Naman, Ibni, Zamri, Saidi Tok tiub, Banyak yang tak ingat dah..mana yang jadi cikgu mana yang tak..

Selamat Hari Guru juga kepada semua ahli kumpulan j-QAF terutamanya kumpulan Pendidikan Islam 1 Kohort 2007 Institut Perguruan Teknik, Cheras... juga kepada semua rakan2 guru j-QAF dan GPI di Putrajaya seperti Ustad Hashrul, us Tengku, us nasrom, Us Junaid, us Norhan, Ustaz Saiful Afzan, Bos d PPWP ustazah HAnan, ustazah2 jqaf lain..x igt nama daaa.. dan yang lain2 nye la.. Geng2 cikgu sekolah lain yang selalu jumpa time sukan ke kursus ke selamat hari guru saya ucapkan..sapa ye..hmm Sulaiman, othman, Anas, ustaz hafiz, dan lain2 lagi.. muka tahu nama tak ingat haha...ops..cikgu2 PPDa dulu..tak lupa encik Fariz, encik Shahrul, Kak Norihan, Kak Noraihan, Shahrizan Salim, Mahfuz, Kak Asliza, Miss Chistine dan yang lain2..

Yang amat dihormati semua guru-guru yang pernah mendidik saya di Tadika Kemas CT JERING, di SK CT Jering zaman teacher Rosnah, Arwah Cikgu ALI, cikgu Musa, Cikgu Rahman Ali, Cikgu Norsiah, Cikgu Aishah, Cikgu Jamaliah, Cikgu Jamilah, Teacher Salina, Cikgu Rodziah Sultana, dan yang lain2 nya..guru-guru di SMKA Sultan Azlan SHAH zaman ustaz Suhot, Pak Nan, Ustad Yazid, Ustad Kashfi, Ustad Rahimi, Ustad Ziyad, Ustad Zahidan, Ustaz Zahari, Ustad Arshad, Ustad mad Rahman, Cikgu Zan, Cikgu Salasiah, Arwah teacher Noriyati Parmin, Teacher Solihah, Cikgu Romlah, cikgu zafrullah yang banyak mendenda saya, ustad mus , dan ramai lagi lah... tak lupa juga guru-guru saya di Tingkatan 6 kat Kolej Islam Sultan Alam Shah zaman Ustaz Abdullah Hussin jadi pengetua.. zaman sir zamri, cikgu nani, cikgu sharipah, ustazah misyati, ustaz kamal mahdi, ustaz 2 2 3 orang yang anti form 6 hehehe.. ustaz moktar yang sporting gila.. ustazah nik mahizan dan ustad Lah, ustazah sumayyah dan suami.. dah lama tinggal zaman sekolah.. sorry cikgu2 semua..

Lecterer2 di UKM yang pernah ajar saya antaranya dato Yusuf husain, prof zakaria stapa, arwah prof Muda, us sunawari, ustaz mazlan, dan ramai lagi lah..

so dalam ruangan ni saya ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua yang diingati... semoga jasa kita membawa kejayaan kepada anak didik kita.. bukan balasan yang dipinta.. namun janganlah balasan yang buruk pula kita terima.. janganlah guru dipandang hina.. janganlah guru dijadi bahan persenda.. kerana guru amat mulia.. kerana guru seseorang manusia itu akan berjaya.. dan kerana seorang guru juga seseorang itu boleh rosak binasa... jadilah guru yang baik..

ini adalah sambutan Hari Guru kali kelima buat saya... tapi hati kalini rasa sayu sedikit entah kenapa... Semoga Allah permudahkan segala urusan hambaMU yang lemah dan hina ini.. Amin...

Thursday, May 05, 2011

Osama Laden dah mati

Benarkah Osama bin Laden dah meninggal dunia seperti yang Barrack Obama umumkan? Jika benar wajarkah jenazah beliau dikebumikan di laut.. Saya nak ketawa bila dengarkan orang mati nak tanam kat laut.. macam orang tak ada otak. Sebenarnya tindakan semacam ni yang buatkan kita ragu-ragu betulke tu Osama tu dah mati?...

Dunia ni banyak sangat pembohongan.. dalam bual bicara saya bersama rakan-rakan ada jugak yang mempersoalkan betul ke Osama tu wujud? sebab memang sejak tahun WTC kena serang tu namanya mula muncul dan memang pemegang watak misteri yang terbaik. Setakat keluar gambar dan video.. dengan teknologi yang canggih masa kini entah-entah Osama tupun jangan-jangan watak palsu aje untuk menutup kesalahan US yang rakus..



Inilah gambar-gambar kematian Osama yang sungguh mengelirukan..siap sengih nampak gigi..

Secara logiknya kalau kena tembak kat muka takkan la darah dan parut kat bahagian atas ja.. langsung xdak effect kat bahagian bawah.. kot yepun nak menipu tak payah la nak nak tipu orang cerdik pandai macam rakyat Malaysia..Berita Harian ngan surat khabar lain pun dengan bangganya letak gambar ni.. cerdik sangat..

Apapun yang saya perasan sejak kes Osama ni mati muka depan suratkhabar tu dah tak ada la cerita pasal Anwar Ibrahim buat video seks sangat... Saya tidak menyokong Anwar..tapi sebagai manusia saya rasa macam keterlaluan asyik cerita pasal tu saja suratkhabar yang orang beli untuk baca berita-berita yang lagi best.. Macam orang tua-tua tak bagi anak makan kepala ikan cakap nanti jadi pelupa..padahal dorang yang nak makan..sedap kepala ikan hehe... Bila cerita naik minyak jadi rm2.90 berita kecik ja supaya orang tak perasan. Kenapa itu tak diperjuangkan oleh suratkhabar-suratkhabar di Malaysia..barulah seronok rakyat-rakyat nak membeli.. siap sold out lagi saya rasa.. :) Wassalam

Tuesday, May 03, 2011

benarkah firasat kita?

Assalamualaikum wbt...
Ada masa sikit ni saya berkesempatan la nak menulis sikit tentang firasat.. apakah ilmu firasat? Adakah semua manusia mempuanyai ilmu firasat... Saya sendiri kurang arif tentang makna sebenar firasat.. tapi secara umumnya bila sebut firasat kita tahu ape bendanya ia tapi susah nak menjelaskan kepada orang...

Minggu lepas ada baca suratkhabar tentang kematian seorang guru di Bukit Larut Taiping.. sebelum kematian beliau.. beliau sempat menulis di facebook miliknya " firasat kurang baik..." lebih kurang begitulah gamaknya.. Kebetulan Allah ambil nyawa Allahyarham.. Allah Maha Besar..

Dalam hidup kita ni kita dianugerahkan pelbagai keistimewaan oleh Allah SWT.. Namun tak ramai yang bijak menggunakannya.. sebulan yang lalu saya mendapat firasat yang kurang elok.. sewaktu tu nak pergi makan malam..cadang nak makan dekat-dekat je.. malam itu jugaklah saya disaman dek polis dengan alasan langgar lampu merah di Presint 15, Putrajaya.. Padehal wujud satu suara hati supaya pergi Pasar Malam Bangi.. Kalau pergi Pasar Malam Bangi akan lalu ikut jalan lain..maybe terlepas lah dari perangkap polis tersebut.. perkara tersebut memberi banyak pengajaran kepada saya...

Begitulah juga dalam hal-hal yang berlaku dalam diri sebelum ini. Memang ada sebab dan punca mengapa sesuatu perkara itu terjadi. Semalam saya lepak di kedai Mamak Naz Maju Presint 9 dengan isteri, abang n kakak ipar.. Abang saya menceritakan satu perkara yang akhirnya buat saya tersenyum kerana memang saya telah meramalkan perkara tersebut. Saya memilih laluan B supaya sebab dan akibat yang saya dengar itu tidak menjadi lebih parah jika saya memilih laluan A. Tak suka la saya nak menceritakan perkara tersebut kerana itu adalah kisah keluarga yang sepatutnya menjadi rahsia sesama kami sahaja..

Apa yang saya ingin tegaskan memanglah kita akan diberi alamat atau petanda oleh Allah untuk sesuatu perkara. Cuma terpulang ekpada kekuatan diri kita untuk menerima atau menolak tanda-tanda tersebut. Kunci utama tetaplah dengan perlu kuat beribadah kepada Allah. Rajin menunaikan solat Sunat, rajin berpuasa dan apa yang pasti tidak meninggalkan perkara yang wajib.

Alang-alang dah cerita ni saya selitkan gambar sewaktu makan2 dengan family semalam adik saya belanja di MR Kabab n Biryani di presint 15 Putrajaya.. :)

Saya dan isteri

My parent


Adik saya.. beliau belanja makan malam ni hehe

Abang saya dan my kakak ipar...
Makan satu family...


Sekarang mudah nak makan makanan Arab.. kat Putrajaya pun ada dah 3 kedai.. dua kat Presint 15 satu dekat dalam Alamanda kat RASA..

Pagi ni abang saya n kakak ipar pergi ambil parent dorang kat KLIA balik dari menunaikan Umrah dan balik Palong.. esok kot dorang akan balik Kulim.. susah jugakla nak jumpa abang saya dan kakak ipar ni... Pada hari Jumaat lepas saya dan isteri balik ke Bentong.. kebetulan Mak tengah sakit dan tak berdaya.. Abang-abang ipar pun ada balik sama.. hari Ahad pagi saya sempat lagi ikut ayah mertua dan 2 abang ipar ke Kampung Lebu, Bentong sebab nak tengok tanah.. Kakak Ipar ketua kat Klinik Desa situ.. aman damai betul kampung tu.. bebas terus dari kesesakan dan asap-asap beracun hehe..

Ahad petang kitorang balik Putrajaya dan dinner kat rumah parent saya dengan semua yang ada... Semalam family datang bertandang ke rumah saya sebelum pergi ke Restoran Arab dalam gambar tu hehe... Banyak jugak cerita-cerita kurang enak yang didengar.. terutamanya salah seorang makcik saya di kampung kena gangguan sihir..semoga Tuhan membantu.. sedih jugakla dengar.. hmm.. Wallahualam ..







Selamat Hari Pekerja 2011

Selamat Hari Pekerja buat semua pembaca blog saya.. yang belum bekerja mesti nak sangat merasa jadi pekerja kan.. so tingkatkan azam dan naikkan semangat... Dengar cerita ada pengumuman naik gaji 10 Mei ni.. saya pun dengar2 aje ..tak tahu kesahihan dimana.. semoga ianya realiti dan bukan untuk kumpulan sokongan sajalah...

Balik kampung di Bentong baru ni jalan boleh tahan jem nya pergi dan balik.. tapi masih terkawal.. sungguh ramai yang menikmati Hari Pekerja ni.. Sampai ada juga yang masih bercuti pada hari ini (Selasa) hehe.. Di sekolah saya Sabtu ni ada sekolah ganti untuk Deepavali.. so still 5 hari bekerja jugaklah minggu ni.. betul2 kena kuatkan semangat.. tak tahulah kalau sekolah ganti hujung minggu ni kansel ke apeke... Apapun kerja kerana Allah Taala.. Wallahu Alam Bis Sawab

Sunday, May 01, 2011

Inilah Lagu yang mengilhamkan blog ini 7 tahun yang lalu :)




Saya adalah peminat kumpulan Hijjaz dalam banyak2 group nasyid kat Malaysia ni.. so masa zaman sekolah lagi dah layan sebab abang saya suka sangat kumpul album Nasyid.. masa di UKM saya buat or create blog saya ni dengan menggunakan nama 'Jalan Bahagia" sebab ingin berkongsi perkara-perkara yang baik kepada semua sahabat dan sesiapa yang terjumpa blog saya ini :).. inilah diri saya dan inilah pendirian saya 7 tahun yang lalu... hayatilah lirik lagu ini ye.. wassalam..