SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Monday, August 04, 2014

Selamat Hari Raya versi tahun 2014 Ku Terharu

Bismillahi Rahmani Rahim...

Alhamdulillah sudah masuk raya ke 8.. BAru berkesempatan nak buka blog.. Almaklumlah zaman android..smart phone ni.. memang whatapp dan fb sangat mudah..tapi nak update blog memang jenuh.. ak laptop jugek...

Dalam kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada melukakan hati sesiapa sepanjang penulisan saya dalam blog ini..dah lebih 10 tahun blog ini wujud..

Raya pertama tahun ni jatuh kepada giliran kampung isteri.. so raya di Bentong lah.. raya kedua balik Terengganu.. NAmun dalam penulisan saya kali ini bukanlah nak cerita pasal aktiviti raya saya dan keluarga sangat.. tapi rasa terharu dengan sikap dan sifat yang baik manusia-manusia yang dikenali mahupun tak dikenali..

Saya ada memohon bantuan ahli kumpulan "Kami Guru Malaysia" di facebook.. mendoakan kesihatan anak saya yang ditimpa sakit beberapa hari sebelum raya. Tak lalu makan.. bila makan terbatuk sikit terus muntah semula.. muka pucat.. kurang ceria dan juga tak boleh tidur.. kasihan..sungguh kasihan.. Hanya Allah yang tahu perasaan saya dan isteri ketika itu...setelah saya hantar status tersebut :-




Saya juga agak terkejut bila mendapat 737 likes dan 386 komen rasanya tak pernah lagi tercapai sebelum ini.. menandakan memang wujud perasaan simpati  walaupun terhadap orang yang tidak mereka kenali.. Syukur Ya Allah... kenapa saya berbuat demikian? sudah tentu sebab doa itu sangat penting dan meminta orang mengaminkan doa kita bukannya senang.. manalah tahu ditakdirkan Allah ada dikalangan yang mengaminkan adalah orang-orang dimakbulkan doanya.. sungguh beruntung kita yang lemah dan hina ini..

Amat bersyukur dan berterima kasih. Sudah tentu mereka semua adalah dari kalangan guru juga.. terharu amat terharu walaupun ini sekadar facebook!!.. Alhamdulillah pada hari Khamis..raya .keempat..anak kelihatan pulih sepenuhnya..sudah mahu bercakap banyak.. melompat dan jadi 'nakal kanak-kanaknya' semua.. Thank You Allah.. 

Semoga kesihatan anak saya dan ahli keluarga saya terus lebih  baik selepas ini. Mohon dijauhi anasir anasir kurang baik dan tidak tergolong golongan yang dimurkai Allah.. amin..