SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Wednesday, June 24, 2015

Salam Ramadhan 2015

BismillahiRahmaniRahim

Saat ku membuat nukilan ini, hati agak tak keruan.. mana taknya.. bulan puasa.. dah jam 3.16 petang.. hidration betul kerja cikgu ni hehe..

Saya hanya ingin mengucapkan selamat berpuasa buat sesiapa yang membaca nukilan ini yang beragama Islam. Kebetulan bulan Ramadhan ni takla masa kosong sangat.. banyak jugak aktiviti. Antaranya Isnin lepas Taklimat Norma Baharu Guru Pendidikan Islan yang disampaikan Ketua Unit jQAF BPI, Ustaz Zamri bin Basir.

Banyak juga pembaharuan yang dibuat. Yang paling pening buat masa ni tarikh penghantaran epelaporan kebangsaan dah sangat dekat.. pening kepala bila baca komen2 kat group telegram JU2 setiap negeri bersama JU Kebangsaan.. masakla nak hantar 7-9 Julai nanti di De Palma Shah Alam.

Harap-harap 2015 ni banyak yang positif untuk diri dan keluarga.. banyak kepeningan yang dihadapi pada saat ini.. harap-harap dapat tukar tayar 744 dulu sebab dah botak licin.. dapat repair aircond 744 yang kena pulas sampai hujung kalau nak rasakan kesejukan.. kena repair mounting 744 yang dah senget.. semoga Allah permudahkan urusanku dan keluargaku.. sekian coretan sementara tunggu isteri habiskan latihan Bicara Irama yang yang bertanding Kebangsaan tak lama lagi..

Selamat Berpuasa, berbuka, bersahur, beribadat dan segalanya buat semua sahabatkuyang membaca di sini.. Wassalam..