SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Tuesday, November 09, 2004

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah di Lembah Uranah,Gunung Arafah

Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan,aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak terhadap isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah Allah,dirikanlah sembahyang lima kali sehari,berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya.itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.Saksikanlah Ya Allah,bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMu…….


yoS pulak nak cakap….

Hmm..jelaslah melalui khutbah terakhir Nabi kita jelas menerangkan segala-galanya..saye dah tulih ni nak kasi korang baca..haa..apelagi..copy paste le kat blog korang supaya member2 korangpun leh baca jugak khutbah terakhir tu…

Malam ni malam 26 Ramadhan..lagi 4 harija nak raya..kepada yang antar kad raya tq very good..tak banyak dapat kalini..setakat pagi tadi baru 10 ja..sape ek..nak ingat balik..hmm Ajar,Azhar,Nik,Fiza,Ina,Timah,Fikri,Jihah,Jehan ngan Zara..wah..nampak sangat terbukti perempuan lebih ramai dari laki kat Mesia ni :p (rasenya member laki aku lagi ramai dari pompuan haha)..mesti banyak lagi kad yang on d way tu..

Haa..aku memang banyak problem nak antar kad raye kat orang tahun ni..majalah An-Naqib aku hilang..majalah RESTU pun hilang..buku alamat member-member yang ditulis tangan pun tak dapat dikesan..MasyaAllah..(inilah bukti yang selama ni aku hanya bergelumang nagn buku2 ilmu) hehe…matilah nak sms sorang2 nak mintak alamat..so sape yang kasik alamat dapatla kad…

Kepada yang tak sempat dapat kad..sorrylah bebanyak..YoS sentiasa mengingati anda..maybe cuma anda yang ‘kurang mengingati YoS’… ok lah..blog saga ni dah kurang pengunjungnya sejak dekat 2 bulan aritu tak update2..sekarang bila dah update jadik camni pulak..hehe..semoga lepasni ramai2 la meriahkan blog ni dan membuat bising kat mana2 ruang yang ada untuk ‘membuat kecoh’… ;p

Lagi 2 3 hari aku nak buat blog khas untuk member2 yang amik PENGAJIAN ISLAM mana2 universiti kat dalam Malaysia ke kat luar Malaysia ka..sebab aritu aku telah bersembang ngan Ustat Mad Taib,seorang pegawai yang agak tinggi jawatannya kat Jabatan Pelajaran Perak yang mengukuhkan lagi apa yang telah dikatakan oleh bos bapak aku yang kebetulan aku jumpa masa pengebumian arwah Kak Norzi Ayu kat Klang tempoh hari…Ustaz Dangiran Mustapa,Pengarah JAPIM…

Hmm..oklah..masa mencemburui saya dan anda semua..Ramadhan tinggal beberapa hari saja lagi..so banyakkanlah amal ibadat..Ingatlah Khutbah Terakhir Nabi Muhammad…banyak manfaatnya..Wallahu ‘alam..Maas Salamah wa Ilal Liqo’..

Friday, November 05, 2004

BoLA Duniaku

Assalamualaikum n salam sejahtera…wah..lama jugak tak tulih mengenai bolasepak ni..sempat tulih pasal Henry dan Zidane saja..hmm..arini nak citer pasal sape?Ok lah..kita amik yang muda pulak..muka jambu hehe..strker dah..pemain tengah pun dah..sekarang saya nak tulih pasal mamat yang berusia 21 tahun ni pulak..tengokla..kenal tak?hehe


Petr Cech

Ya..inilah dia antara wira-wira Republik Cech time UERO 2004 yang lalu kat PORTUGAL..Umpama memerintah dalam kawasan penalti dan menangkap bola dengan yakin,Petr Cech telah membuktikan dirinya sebagai bintang yang bakal menyerlah sebagai penjaga gol.

Antara sebab Chelsea bolos skit sangat season nipun sebab mamat ni jugaklah…dengan bayaran yuran perpindahan sebanyak 10.3 juta pound (fuh..mahal gila..mahal dari Michael Owen pindah Real Madrid)..Chelsea telah mendapatkan beliau daripada kelab lamanya Rennes iaitu sebuah kelab yang kurang terkenal kat Perancis…antara rahsianya berjaya menjadi penjaga gol yang mantap ialah mempunyai ketinggian setinggi 198cm dan seberat 87kg..berat lebih kurang saye..tapi tingginya mak datuk..hehe..ni kalo kawin ngan perempuan Malaysia payah ni kena dongak ja perempuan tu…

Apa yang pasti dia mula menjadi penjaga gol ketika berumur 17 tahun.Beliau juga amat terkenal kerana selalu bermain tanpa dibolosi..Hmm..kalo la Arsenal yang beli dia kan untung tu..tapi Arsenal tak sekaya Chelsea pada masa ini sebab kebanyakan duit adalah untuk membiayai Stadium EMIRATES..yakni stadium baru Arsenal yang kini dalam pembikinan.Selepas stadium siap..barulah Arsenal boley menjadi antara kelab yang terkaya didunia dan menyaingi Chelsea dan musuh ketat mereka SETAN MERAH..sapelagi Manchester United la..hehe..

Wokeh setakat ni dulu cerita tentang Petr Cech..nanti saya sambung dengan bintang-bintang lain pulak sekiranya ada kesempatan..Tengok lagi gambar beliau wokeh..Bye..


Aksi hebat Cech



Wednesday, November 03, 2004

YoS kembali Dengan Kekuatan!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Wahai rakan-rakan sekalian..hangpa dok buat apa tu?..haa..ni buah tangan pertama Yos setelah tamatnya semester satu 2004 yang agak mendukacitakan examnye hehe..ni nak dapat 3 pointer pun aku tak berapa konfiden..paper last rasenya kalo tak fail pun dapat d ato c-…nak repeat paper tupun memang rase meluat dah nak bukak buku tu..dahla tadak kena mengena ngan pengajian Islam…KP oh KP…


Dalam Ramadhan yang dah masuk malam Nuzul al-Quran nih…dah lama ghupenya puasa..tapi rase macam baru dua tiga hari..fuh..takla mencabar sangat Ramadhan kalini dengan amal ibadat..tapi mencabar keimanan dari pelbagai aspek..bila dah jadi malas kekadang puasa tak sampai 7 jam sehari..yela..pas Subuh tiduq sampai Zuhur..seghupe tak puasa la..kihkih..tinggal berapa jam je nak tahan lapaq..tupun dok umah asyik main Game FIFA nih…Wallahu alam :p ..

Dalam dua tiga menjak ini..aku terasa bersalah pulak bila mengabaikan kekawan yang dah kenal lama mahupun yang baru kenal mahupun yang kenal tapi tak pernah jumpa dan sebagainya…terasa masa berlalu dengan cepat dan perkara-perkara lepas yang aku buat mula aku teringat balik…member punya ramai..tapi aku seolah tak menghargai korang pulak..hmm..tapi akupun tak reti sangat nak membetulkan keadaan yang sedia ada nih..semoga ari raya ni dapat merapatkan balik silaturrahim yang semakin berenggangan dua tiga menjak ni.Nak kata sibuk tak sesibuk manapun..tapi tipula kalau kata tak sibuk..Cuma masa banyak dihabiskan dengan buang masa..hmm..kene ubah balik semester depan ni :)

Cuma skit kesedihan bila member aku sorang ni nak pegi dah Arab Saudi..Mamat ni dahla dok kat blok aku kat KIY,UKM…kat KISAS pun sama floor..bila dia pinjam kete kakak or abang dia aku jugakla yang ghajin menumpangnye..bejalan-jalan..sekarang dah nak pi Arab Saudi pulak..hmm..dia apply dari lepas SPM dulu tapi sekarang baru dapat..fuh lama tu..yela..nak dapat belajar kat Arab Saudi bukannye senang..Lainlah kalo Mesir atau Jordan yang memang rasenya mudah skitla..tapi Arab Saudi ni memang susah la nak dapat..kira bernasib baikla si Amirul Faiz atau Bob ni dapat tawaran ke sana..

Abis exam aritu aku,Yaman,Daniel dok temankan dia la pegi merata-rata tempat nak tolong settlekan hal pemergiannya..1st time masuk Royal Embassy of Saudi Arabia macam kelakar..Masuk wat gaya slamba masing2..relaxja..semua tetiba jadi kucing lapaq..kihkih..yang jaga kaunter pulak abang kepada Yassin-Mimpi Laila ..encik Zain..diala yang banyak kasi info tentang pembejalaran Bob kat Arab Saudi nun nanti..pastu cargas pegi Jabatan Pengajian Tinggi pulak..siap lepak kat Tempat Menteri lagi..baru tak sampai beberapa minit kat situ dah berjaya buat huru-hara dah..kihkih..Yamanla dok tempat kaunter pertanyaan relax ja..orang maghi tanya dia boleh slamber jawab bukan2..hampeh butui..

Kami pegi merayap-rayap kat Pudu pulak sebab Daniel nak beli tiket balik Kedah..manusia punya ramai..comel2 butul orang Melayu ni hehe..sampai kuku kucin habis keluaq semua..jejalan kat Petaling Street..Bob boleh wat tehegeh-hegeh pulak ngan bangla jual baju tu..dah takmau beli blah jala..tapi kalo bangla tu wat pape aku kasi side tambah front aje hehe…jersey letak harga rm40..bila takmau beli dah blah jauh baru tetiba dia jerit harga baru jadi rm20..Menyesal pulak tak beli..lawa oo jersi Arsenal baru yang biru tu..kat tempat lain rm25..takpela..dahla time tu tengah sengkek wa pokai..jem terus…

Pastu malam2 last dok lepak umah Pit Man beramai-ramai..best dok layan borak-borak,enjoy..pi maple ramai-ramai tengok bola pi sahur ramai2..bebuka ramai kat umah sewa tu..fuh meriah..yang kelakarnya leh layan citer SEE YOU DI IPT ramai2 pastu gelak ramai2..kahkahkah..teringat pulak zaman nakal kat sekolah bila tengok citer tu..apatah lagi tengok gelagat Bienda yang kerek semacam bila masuk sekolah baru..hehe..tapi citer tu memang lawakla..lebih2 lagi bila tengok ramai2 kat computer Nuat..Malam tu jugak la lepas sahur bebudak Kedah konvoi reramai 14 motor rasenya..abis klear rumah sewa tadak orang tapi kami still lepak situ sebab PitMan tatau nak balik bila lagi.Dia ngan Pit Shah nak konvoi dua orang naik moto.

Pastu kemeriahan terakhir ditutup dengan pi Putra Jaya lepak kat jambatan reramai..dua kereta..kereta Zaidi ngan kereta Yaman.Lepak2 sambil2 mana tau kot2 leh cegah maksiat haha J..siap amik gambaq lagi kat jambatan..malam tu jugak aku balik ngan abang aku yang betolak dari Johor kol 10..sebab sekarang musim ujan susah jugakla nak bergerak so aku amik keputusan tumpang abangla..banyak jugakla peristiwa semester satu yek..Yang penting ialah aku dah gadaikan Nokia Ngage aku kat Nas..Seb baikla dia memang minat n nak beli..dia baru bayaq separuh n separuh lagi bukak sem ni.Aku jual ngan syarat dia pinjamkan hset diasampai aku beli hset baru..hehe..tapi yang agak berat ialah kekalahan pertama Arsenal aritu..huh..

Menyingkap kekalahan team favourite aku Arsenal..takpela..Man utd main jahat malam tu.. Jose Reyes cakap dia tak pernah dijatuhkan sampai sebanyak tu dalam sejarah bermain bolasepak..pastu aku beli Metro tengok2 memang begaduh pun lepas abis game..Elex Fergusan kene baling Piza ngan pemain Arsenal..kahkah..Dari laporan cakap Ashley Cole yang baling tapi sebenarnya dia nak baling kat Nilsterooy tapi tekena orang tua tu plak..lawak gila..tapi kalah tetap kalah..

2-0 kalah ..rekod 49 game tanpa kalah lebur dan hanya Arsenal yang berupaya memecahkan rekodnya sendiri balik..yang uniknya Arsenal ni bila Robert Pires cakap pemain Arsenal boleh bermain dengan mata terpejam sebab semua dah serasi dan tahu kedudukan rakan sepasukan lain bila nak passing bola..tengok sendiripun tau kan…sebab tu bila tengok game Arsenal aku rase terhibur..biarla kalah ataupun seri.janji puas ati.Tengokla nanti pelrlawanan kat Highbury pulak..mampukah Man Utd membongkakkan diri lagi macam aritu..dahla baru2 ni Portsmouth boleh hantam Man Utd 2-0..macam tolong balas dendam untuk Arsenal pulak hehe..Arsenal plak gaya macam nak kalah tapi seri 2-2 bila Van Persie samakan kedudukan minit ke 90..fuh..lega..

Minggu ni Champion League..malam ni Arsenal lawan Panathinaikos lagi..aritu seri 2-2..Semoga dapat tebus kehampaan seri tersebut malam ni..jangan kalah dah..hehe..Hmm..pasni banyak yang aku boley tulis balik nampaknya..dok kat umahpun kekadang malas nak online..rase nak online sambungla wayar tepon..hmm..oklah..sesi ni tamat di sini..jumpa lagi bila nak jumpa..hehe..Wassalam :)