SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Monday, November 26, 2007

kat maktab

salam..

huhu lama x update.. sekarang kawe kat maktab.. ngaji beb..sebulan.. sini nak update citer semalam adalah hari bermakna gi kenduri kawen sahabat baikku azhar amari bersama isterinya Azilah..tapi berita buruk juga sbb tok azhar meniggal juga semalam.. sedekahkan al-Fatihah..

alkisah aku bertolak balik taiping bersama mohsin dan pakli apad.. kami berkumpul kat stesen putra damai...sampai tepeng lebih kurang kol 2 pagi.. dok umah ja.. malas nak nyusahkan orang sebab kat Taman menteri pun ade kenduri umah jiran umah cikgu Idrus..so layan ajela.. ada 3 ekor mayat tikus kat bilik belakang.. busuk gila.. sabtu petang baru aku kebumikan tikus2 tu.. hehe

Semalam ramai giler kumpul kat kati, kuale kangsar..semacam reunion.. best..ramai memebr dah x jumpa dpt tgk balik semacam ajis, cimai, naseh, epoy ham, borg, syazwan gulam, ayu, hajar n fiza, ima, husni, latip, anip, mohsin, mad shuhim, amir tobi, ijam, wardah, alaw, wahida, norun, kokna dan ramai lagilah.. soree x sebut semua..semalam aku gegas balik bersama mohsin, pakli apad n azimah naik Kelisa Mohsin.. cun la kelisa dia.. berjalan lancar.. sampai umah kol 9 lebih kol 11 gerak balik ke maktab... tamat kisah..

sabtu malam jalan kaki g pasar malam ct jering dari umah aku.. nak tgk kot2 ada kedai bukak bola leh gak tgk livepool main.. hampeh semua xdak nafsu bola.. kol 11 kuar ngn E yang kebetulan balik sama.. ada satu kedai bukak arsenal sebb yang lain semua bukak setan merah MU.. haha MU kalah.. Arsenal menang 2-0 ngan wigan.. aku tengok di restoran mamak dekat ngan koteow Doli.. hehe best best..ramai mat rempit penyokong arsenal dok kat kedai mamak tu.. cayalah.. Arsenal juara season ni.. hehe.. chow

Wednesday, July 25, 2007

boring-boring

Bismillah al-Rahman al-Rahim..

Hmm dah agak lama aku tak menulis untuk berceloteh... Sekarang aku berada kat kelah tahun 3 Alamanda.. tengah jaga exam.. bebudak ni tengah buat ujian Formatif ketiga dorang.. kelam kabut aku buat soklan untuk dajah 1 hehe...satu pagi je leh siap tu...pas ngamuk kat kelas ni soh diam akupun menulis menda alah ni heheh..bebudak xleh kasi muka sangat..

Minggu lepas seminggu aku x datang sekolah.. kena g Pusat Latihan BSN Bangi ada bolasepak MSSM anjuran 100plus untuk bawah 15tahun..Putrajaya jadi tuan umah..akupun terlibatla ngan Faizul..bukan MSSM betul tapi bawah 100plus..satu sekolah dari setiap negeri jadi wakil. Wakil Perak sekolah King Edward, Taiping.. bertambah jugakla kenalan aku.. cikgu2 muda yang ramai jadi urusetia..Time jadi AJK Statistik kejohanan ni banyak la peristiwa berlaku.. 100plus ntah berapa puluh tin aku bedal hehe..

21hb game tamat KL kalah ngan Selangor.. Perak no 4 kalah ngan Kedah dalam penentuan ke3 dan ke4. Dapatla t-Shirt kaler oren 1 dan t-shirt little atlet time antar barang jabatan. Pn Saadiah yang kasi sebab aku ngn Faizul x dapat baju 100plus.

Mak ayah aku baru balik dari Indon semalam.. 10 hari dorang pegi.. banyak barang kulit dorang beli.. dapatla aku wallet, talipinggang, kasut n baju baru heheh...letih oo semalam.. dari sekolah ada NAZIR datang pastu gi Bangi amik baju dobi.. amik parent kat KLIA plak dalam kol 5. Gi ofis ayah aku jap dia nak check surat n then ke Taman Warisan makan bihun sup.. syahdu gak rasanya... malam aku tertidur pas semayang Magrib...

muka-muka member2 kat sekolah nipun semua ceria2 belaka.. maklumla arini ari gaji untuk bulan ni malah seperti yang diumumkan PAKLAH.. bulan ni GAJI BARU la.. siap ada yang dah angkat kereta baru.. hmm akugak yang tak bergaji lagi..elaun je nak idup camne.. nak berbini apentah lagi..sebut pasal elaun x cukup baru ni kete proton aku rosak brek.. tahap pemanduan paling bahaya dalam dunia.. nak gi repair tu banyak keta aku nak langgar tapi mujur semua selamat.. abes 160 repair brek hub n brek pad.. tukar minyak enjin sekali abes la rm190.. fuh.. senafas je..

oklah banyak lagi nak citer tapi tengah jaga bebudak exam ni xdak idea sangat la.. nak g warta japgi MR Faizul yang baru dapat tunggakan nak beli henset baru..huh.. zaas...



Wednesday, July 11, 2007

Web Soal Jawab Agama

assalamualaikum wbt..

uish lama x update.. hmm ni ade sedikit info.. kalo nak tambah pengetahuan tentang ilmu keagamaan boleh rujuk http://www.zaharuddin.net ni link daripada web j-QAF tau.. so maybe diiktiraf oleh ulama'2 Islam masa kini.. ape yang teman baca pun memang menarik la segala ulasan dan jawapannye terhadap persoalan2 yang ditimbulkan.. Wokeh.. bye

Wednesday, May 23, 2007

Hukum Sentuh ibu/bapa mertua

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Sewaktu berborak-borak di kantin sekolah 2 hari lepas..wujudlah satu persoalan dikalangan cikgu2 tentang hukum sentuh mak atau bapa metua..malu jugak ustaz kalo bagi jawapan salah.. saya jawab nanti kena check balik ni..bagi fatwa salah teruk ni..Saya mengajukan persoalan ini di buletin frenster dan alhamdulillah ada banyak gak respon.. semua boleh nilai sendiri mana jawapan yang paling sesuai melalui pendapat2 di bawah ini....

1. salam mak mertua tak batal....sbb kite dah tak leh kawen ngan die...n dah jadi mahram....apepun rujuk gak la kat ostat mana2..sbb nie seingat aku yg abg aku(ostat) bitau... (mesej dari syukur md Noh spm 2000 smkasas)

2.waalaikumussalam wbt..

hukum sentuh mak mertua x batal air smyg..bleh rujuk firman di bwh:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya(hingga ke dada) dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (an-Nur : 31)

hukum sentuh bkn muhrim sama la dgn hukum menutup aurat terhadap bkn muhrim..sekiranya bole buka aurat,maka bole la juga sentuh.ayat di ats menujukkan bhw seorg perempuan hendaklah menutup aurat kecuali kpd muhrimya,termasuk bapa mertua.so bapa mertua adlh muhrim n same la jugak dgn mak mertua, x batal air smyg.. (mesej dari saudari farihah)

3.Tak batal..sama dengan isteri..
ibu mertua haram selamanya untuk dikahwini..hukum sama dengan ibu sendiri.
Tambahan sentuhan dengan perempuan ajnabi pun tak batal wudu..ini pendapat Jumhur ulama'(hanafi,hanbali,maliki) kecuali Syafie
(ini pendapat yang aku yakin)

Bagi mazhab yang menyatakan batal wudu sentuh isteri..maka batal juga sentuh mertua (pendapat mashur Mazhab Syafie)

Ada satu qaul dalam mazhab syafie..tak batal jika lelaki itu disentuh perempuan bukan dia yang menyentuh..

waallahualam (mesej dari saudara Mukhriz mat Rus kisas stpm 2002)

4. x batal
menantu dgn mentua muhrim kekal
klao dh divorced pun(mintak simpang)
still muhrim (mesej dari framstang)

5.Tak batal la Yos..sebabApabila kita menyetubuhi isteri, maka secara rasminya mak mertua haram dikahwini..
Hukum dia berlangsung sama seperti mak sendiri.. (mesej dari bro Husni kisas stpm 2001)


So dari pendapat2 ni semua bolehlah kita check balik kot2 ada yang tersilap pemahaman sebelum ni.. tapi sekiranya ada bantahan atau pendapat yang lebih bernas saya amat alu-alukan.. dalil2 yang dirujuk adalah amat di alu-alukan.. Wassalam.. TQ :)

Saturday, May 19, 2007

Selamat Hari Guru!!

Bismillah al-Rahman al-Rahim..
tanggal 16 Mei setiap tahun semua sekolah di Malaysia akan menyambut Hari Guru bagi meraikan guru-guru yang berpenat lelah mengajar..itulah specialnye guru.. hari Pekerja pun sambut hari Guru pun sambut..kerja lain mana ada sambutan khas hehe

Sambutan peringkat kebangsaan berlangsung di Johor Bahru pada malam 16 Mei manakala peringkat sekolah aku berlangsung semalam (Jumaat).. seperti biasalah.. Ustad akan berpakaian baju Melayu sepasang dan aku akan membaca doa pembuka majlis.. Doa adalah seperti yang terdapat dalam buku panduan doa Jabatan Pelajaran Selangor..fuh panjang giler siyot.. tapi xpela..namapun doa ;)

Tatkala aku melangkah masuk ke dewan terharu la jugak sebab ada bebudak mengerumuni aku nak salam dan memberi hadiah dan kad tanda terima kasih mengajar dan pernah mengacau mereka..hehe.. x semua aku ajar yang kasi kad dan ada yang aku x ajar kasi hadiah gak.. semangat terus pagi2 lagi.. Penuh tangan aku letak hadiah kat satu tempat.. Majlis bermula dengan bebudak tahun 6(Farwiza, Farhana&Farhan) jadi Pengerusi Majlis atas bantuan Cikgu Deepa.. Aku dijemput untuk membacakan doa..

Selesai doa, nyanyian lagu Negaraku dan Putrajaya dilakukan bersama-sama. Kemudian PK 1 Kak Zu (pn Zulkhaina) dijemput untuk membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Dato Ahamad bin Sifon.. Kemudian Guru Besar pula membaca perutusan Menteri Pelajaran.. Selesai bacaan perutusan persembahan darjah 1 bermula.. peragaan pakaian2 tradisional di Malaysia.. kemudian diikuti persembahan darjah 2 menyanyi 2 lagu.. Cabutan bertuah pertama oleh Puan Roshidah (PK Koko) untuk 8 guru. Sebelum rehat guru-guru menyanyikan lagi Kami Guru Malaysia bersama-sama..

Jamuan kat kantin fuh marvellous..Aku jadi jurufoto keje amik gambo ajela dulu sebelum makan.. seronok sambutan harini.. kemudia lepas rehat darjah 3 buat persembahan dikir Barat plak diikuti nyanyian Cikgu Azlan dan cikgu Azmi. Kemudian darjah 4 membuat persembahan nyanyi gimik aje..karaoke gitu.... menarik gak.. selepas abes pesembahan darjah 4 Puan Noorbiha(PK HEM) plak membuat cabutan hadiah untuk guru untuk 8 orang lagi. Aku orang yang pertama untuk cabutan kali ni..hehe..Yang buzy amik gambo sepanjang Majlis ni berjalan ialah aku dan Faizul..sampai 4 kamera kami pegang..

Selesai cabutan hadiah, darjah 5 membuat persembahan koir dengan baju macam pekerja hotel semua..siap ada mercun lagi bebudak ni.. Pastu Darjah 6 buat pentomin.. kelakar gak citer tajuk 'guruku ibuku' kemudian cabutan hadiah terakhir oleh puan Zukhaina (PK 1).. Selepas persembahan guru lagi..nyanyi lagu geylang sipaku geylang diikuti pantun sorang satu.. Aku ngan cikgu Khirru lari je hehe.. xde pantun..dok tepi2.. kemudian menari kebudayaan.. abes teruna aku kena menari atas pentas :p Kak Zainah tarik aku soh menari..lawak betoi.. Guru Besar pun menari.. abesla ustad pun menari apentah lagi orang lain..takpe bujang lagi :p

Kemudian penyampaian hadiah terakhir oleh Puan Karimah (Guru Besar). Anugerah-anugerah penting la orang kata.. Guru Paling garang dapat kat Cikgu Deepa, Cikgu sporting dapat kat Cikgu Azlina, cikgu glamer dapat kat Cikgu Azizah, dan cikgu paling menarik dapat kat Cikgu Zainah. Pakaian Terbaik pun dapat kat Kak Zainah.. hmm.. ape sajela.. tinggal satu hadiah je lagi kat atas meja tu.. hamper yang disponsor Koperasi Sekolah. Hamper adala rm 30 kot.. cabutan bertuah.. agak2 sapa dapat?..

Haha.. Guru Besar cabut dan umum.."pemenang cabutan bertuah ialah.. ustaz ahma.." time tu dewan begemuruh ..hehe..semua bebudak lari ke arah aku dan nak salam dan cium tangan.. semua pelik tengok.. sampai aku naik hairan..apesal la bebudak ni.... yela aku sorang je Ustaz.. dah GB umum pemenangnya ialah ustaz...belum sebut nama lagipun orang tau le aku..kihkih..
Seumur hidup x pernah menang cabutan bertuah.. ini kali pertama..maybe yang terakhir kot :p dahla hadiah cabutan tu satu je.. kalau 5 lain la jugak.... Majlis selesai dalam kol 11.40.. aku bukak hamper kat bilik Guru

Ini adalah Hari Guru pertamaku setelah jadi cikgu mula 29/01/2007... mungkin akan kukenang hingga akhir hayat..huhu..taun depan ade lagi la.. Sabtu depan Sambutan peringkat negeri plak.. aku, cikgu Rusly, Cikgu Khirru dan Cikgu Faizul kena handle powerpoint untuk tokoh Hari Guru.. Doakan segalanya lancar.. wokeh.. ada satu lagi cerita..len kalila aku cerita.. kisah ayahku.. hmm..wokeh..

Friday, May 11, 2007

Chelsea ke sekolah aku?

Bismillah al-Rahman al-Rahim..

Waah berita sensasi ni.. petang tadi sebelum balik sekolah ada meeting tentang sambutan Hari Guru.. Guru Besar cakap tentang Hari Guru Peringkat PutraJaya.. Aku, Cikgu Rusly dan Cikgu Khirru kena handle power point untuk majlis tu..

Pastu Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah pada 18 Mei macam biasala.. aku kena jadi pembaca doa sebab aku je ada tauliah tu ekeke.. kena jadi jurufoto lagi..ish ish.. banyak sanagt jadi jurufoto kang leh jadi SpiderMan plak.. kan Peter Parker keje jurufoto hehe.. pastu kena beli hadiah la apala..

Nak jadikan cerita.. sekolah aku ni adalah sekolah angkat encik Samsung.. kenal tak encik samsung? alaa yang ada kuarkan kamera, laptop, henfon dan sebagainya tu.. nak lebeh jelas lagi nama yang tertulis kat jersey Chelsea yang kaler biru tu... Guru Besar cakap dia ada meeting ngan pihak Samsung.. katanya bulan 7 ni dorang nak bawak Chelsea mai sekolah aku.. tergezut aku dan rakan-rakan.. bior betoi.. hehe.. dalam kepala aku dok bayang game bosan yang sering ditonjolkan mereka.. tapi star2 mereka best2 la jugak.. seperti Shevchenko, Lampard, Terry, Ballack, A dan J. Cole Peter cech dan lain-lain lagi.....

Takat nak salam ke nak mintak tandatangan tu boleh la.. takat nak jadi fan kena pikir dulu.. apepun Arsenal jugakla aku sokong..hehe.. tapi tataula plak otay2 besar ni ke yang datang atau sekadar bebudak yang x penah main 1st eleven yang datang.. tapi Samsung kan penaja Chelsea.. maybe Chelsea kena ikut gak cakap Samsung ni.. tunggu ajela bulan 7 ni..hehe

itu ajela pesanan dan coretan aku pada ari ni.. kepada Shikin.... selamat menonton Shaolin Soccer :p.. baibai.. wassalam..

Tuesday, May 08, 2007

kecewa sangat

Assalamualaikum wbt..

hmm arini rasa semacam skit.. semalam aku rasa terkedu bila aku nampak sorang budak tu kat kedai makan BBB kuar ngan 3 orang kawan.. kiranya 2 laki 2 perempuan.. macam2 boleh nak klasifikasikan tentang perhubungan mereka.. dah lama dia x mesej aku..ku mesejpun dia tak balas..aku ingatkan sibuk sangat.. rupanya adalah tu..

Semalam aku gi BBB ngan member2 aku.. Boby, Pitshah, Paklah, Amy, Meon dan sorang kawan depa ni semua dari Kedah gak..waa baru aku perasan aku sorangja org Perak kat meja tu hehe.. takpe.. dan si dia tupun orang Kedah gak sebenarnya.. aku memang tadak ape hubungan pun ngan diatu.. tapi napa aku jadi tak syok bila tengok dia kuar berempat macam tu? bukan nak kata jeles.. tapi semacam perasaan kecewa..Masa layan game Arsenal vs Chelsea pun aku tak dapat tumpu betoi2 tengok game tu.. Arsenal score 1-0 aku rasa happy skit.. Pastu aku rush balik sambung tengok 2nd half kat rumah Chelsea boh balik..game pelengkap jadual ja..

tapi yang masih ada kat kepala aku time tu dan sampai xleh tidur tetap pasal budak tu jugak..hampeh betoi.. Dahla atas meja aku dah besepah jemputan kawen kawan2.. Yang aku baru perasan ada kawan dari Negeri9.. hmm dulu dah kawan rapat gak..pastu ter lost kontek.. tapi aku salah sangka sebab dia masih simpan alamat aku dan send alamat umah dia..jemput gi kenduri kawen..hhuhu...Tahniah la..


Aku tak kesah kalau tanak ajdi kawan aku ke apa.. tapi kena sedar gak diri tu.. aku suka sangat cari kawan ramai.. kalau aku xleh mintak tolong dorang.. mungkin aku yang boley dorang suatu hari nanti..Aku ada plan nak tolong budak tu..tapi dah dia wat tak reti ja watpa aku nak kalot2 tolong..itu gila namanya.. sampai takat nak balas mesej balik cakap hai pun x mampu.. apetah lagi aku tergamak nak menolong untuk benda2 berkaitan masa depan yang semakin sukar sekarang ni.. nanti jadi macam muka tak malu plak.. offer pertolongan kat orang yang tak mintak...

Tahniah kepada 3 4 orang rakan aku yang berjaya bergelar guru GSTT baru2 ni.. antaranya Mad yang dulu manager mcD kat Sg. Besi.. dia ada datang belanja pesembor ngn ABC time cuti Wesak n Buruh aritu.. Dila pun sama yg berenti keje kat Mydin dan sorang lagi minah Johor yang baru putus cinta.. xpela ilang boyfren tapi dapat keje tetap.. baguihla kan :) Ada sorang lagi Ain..yang ni lagi dashat.. jadi cikgu MRSM kat Teghanu.. nak nikah plak tu 2 JUN ni.. wahh berbanyak-banyak tahniah.. ingat lagi dulu masing2 mengeluh payahnya idup.. tapi bila dah datang 1 rezeki..bertalu-talu mainye.. pasni rezeki dapat anak plak ye :)

Tadi aku dikunjungi sahabat baik aku sejak kat Bota lagi Azhar AMari.. kami gi makan sate kajang.. diapun bunyi2 dah ada berita gembira tu.. berita apetu.. dapat naik gaji? dapat bini? hehe..tapi nanti biarla dia wat announcement sendiri.. kang x gempak plak kan :) masing2 dah berjaya.. hari Sabtu aritu xde rezeki nak jumpa sorang lagi member kat Bota dulu.. Azhar Majid.. dia datang UKM amik PJJ Syariah.. ada rezeki nanti leh jumpa lagi..

sebenarnya aku nak luahkan kecewa tu je..aku pun sedar aku kecewa skitja tapi Tuhan balas banyak keceriaan.. malam ni aku suka sangat kawan2 baik aku dok mesej tanya kabar dan ada yang kasitau keadaan dia skrg walaupun tak tanya. (macam aweq plak hehe) Tuhan itu Maha Kuasa.. sapa nak jadi orang tersayang yang betoi2 kompem ni hehe..sempat lagi ni nak pilih2 sebelum aku akad nikah ntah bilapun tatau..

esok start periksa pertengahan tahun satu Putrajaya.. maka melepaklah seminggu dok tunggu bebudak abes jawab exam..hope student aku leh score la..bebudak dajah 1 n 2..tau nak main je.. esok nak pekse tadi leh lagi main nenek kebayan dalam kelas.. soh masuk marathon kat padang cakap lelah tapi dalam kelas dok maraton ja lupa plak dah lelah tu hehe.. sabar bebanyak je.. itu la latihan namanya.. untuk menjadi suami mithali ewah.. wokeh..kepada yang telah lama mendiamkan diri.. bunyi2 kanlah kembali diri anda.. kepada yang merasakan aku menyepikan diri terlalu lama.. aku mintak maaf bebanyak.. Kembali pada Allah.. Wasalam


Friday, May 04, 2007

blog dah siap!!

Assalamualaikum wbt..

Akhirnya berjaya jugak teman menyiapkan blog yang macam bangunan x siap ni...
pasni lehla update macam2 cerita.. hehe.. pasni semua bendapun teman nak cerita kat sini.. sure best!! Wassalam...

Thursday, April 19, 2007

Aruna Kirana

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Bosan tol malam ni..lama jugak x menaip..so taip la skit malam ni... Apa isu semasa ye..hmm kisah Yin lah..budak yang hilang dan menggemparkan Malaysia tu..Aku bukan heran sangat pasal budak hilang ni..memandangkan aku dah ada pengalaman ajar sekolah rendah..memang tak hairanla bebudak boleh hilang sekiranya mak ayah buat tatau dengan anak mereka..

Bagusla Tuhan selalu beri petunjuk bila dah lama tak terjadi sesuatu. Secara logiknya bila shopping kat Sogo yang terkenal dengan buat sale tu.. takkan dah rambang mata sampai lupa anak-anak bawak sekali..kalau rasa payah sangat tinggal je kat rumah..

Tengokla berapa nilai anak yang dah dapat balik tu..orang yang hantar pulak kena tuduh bukan-bukan..berapa sen sangat kalau nak bagi ganjaran nak banding kalau anak hang hilang terus buat selama-lamanya tu...Orang dah hantar tu cakapla terima kasih..kalau dijualnya ke, dibiarkan kena langgar lori time hang shopping ka..lain plak ceritanya.. ni siap jadi kes polis nak siasat-siasat la apala...setakat kulit mengelupas nak heboh biasala tu..reti plak caring kat anak..

Malas nak cakap banyak kat melayu mudah lupa ni.. Satu lagi kes haram2 yang baru ni... Alhamdulillah akhirnya orang reti menghormati Majlis Fatwa.. selalunya pandang sebelah mata dan kekadang menghinanya pula..tapi banyak lagi benda haram yang orang buat bodoh ja..bila nak cakap rokok haram cepat2 alih topik kat lain..benda yang simple tak pakai tudung tupun haram kasi orang nampak rambut hangpa.. apatah lagi makan harta orang.. melayu yang main sport toto pun ramai lagi.. semua sembang ja..takde kesan pun..bila cakap semua buat gaya expert, buat gaya tau.. tengok tadak perubahan pun..kalau insafpun sehari dua ja..soh boikot AF, KFC, MC D pun tak jadi-jadi lagi.. sebab kat Malaysia ni yang kompem tak haram air masak je kot.. Yang lain semua bendapun heboh cakap haram.. tapi haram tak laksanakan pun.. bosan..

Baik kita wat hal sendiri aja..ko dengan hal ko.. aku dengan hal aku.. terasa nak insaf gi masjid dan surau dengar kuliah agama.. beli kitab2..tak payah nak sumbang pendapat ntahapaapa buat orang sakit hati ja nak buat apa kalau orang yang cakap tu baru setahun jagung pastu tak amalkan pulak tu ajaran agama sepenuhnya..

Aku pun dah bosan nak menulis.. semoga semua sedar diri..

Monday, March 26, 2007

MaC DaShat DaLam HiDupku

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Dua bulan sudah aku menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(2) ini dan macam-macam pengalaman telah kulalui..namun masih terlalu singkat pengalaman yang miliki kini berbanding guru-guru yang jauh lebei senior..

Alhamdulillah aku diterima baik oleh guru-guru disekolah ini. Bulan Mac bolehla dianggap bulan dukacita sebenarnya terhadap aku..Tapi taklah dukacita sepenuhnya. Bermula dengan aku kemalangan yang dashat pada hari terakhir sebelum cuti seminggu bulan Mac. Tanggal 9 Mac aku dalam perjalanan pulang dari sekolah telah hilang kawalan ketika memandu dan terbabas di tepi Ladang Dragon PutraJaya.. Jalan menghala ke PICC.. Hancur remuk kereta kesayangan family aku.. cermin mataku pecah dan aku tersadai keseorangan di tepi jalan..blur..tak mampu nak berkata apa-apa..mula2 aku malas nak tulis cerita ni..tapi memandangkan ia boleh dijadikan kenangan pada masa akan datang..mungkin untuk bacaan anak cucu..apa salahnye..hehe..

Mujur ada cikgu Azlan yang kebetulan lalu di tempat kejadian dan membantu aku.. Masa eksiden aku sempat kontek PitShah je..member baikku.. family aku semua berada kat Perak sebab tok aku sakit dan abah aku ada mesyuarat kat Menteri dan Pengarah-pengarah kat Setiawan. Atas jasa baik Cikgu Azlan kereta aku ditarik oleh kenalannya dan sekuarang-kurangnya aku tak kena 'kapak' kat KL ni ..Dah siap repair rm1600 semuanya kata tokey bengkel..pinjam duit parent dulula bayar.. Abah ternyata risau takut aku terhantuk teruk time eksiden..yang jelas cuma ada sikit kecederaan lutut kiri..pen2 dalam poket bajuku bengkok..ternyata hentakan kuat diselamatkan pen2 tersebut..Aku harap xde kesan sampingan yang buruk pada masa akan datang..

Hari Selasa..aku bergerak ke Maktab seawal pagi dengan bantuan Hafiz Ishah.Program Bina Insan Guru kat Pulau Pangkor..yang kecohnya sebab kumpulan kami melawan semasa tarikh BIG kami diumumkan kat maktab aritu..sebab group lain semua kena time sekolah..kami kena time cuti sekolah..yang jadi bisingnya sebab ini sajalah vcuti sekolah yang tinggal dalam setahun setengah ini untuk guru-guru j-QAF bercuti..cuti2 lain semuanya kena masuk maktab..Tapi aku x kesahpun..kalo xde BIG pun mungkin aku tidurje kat rumah..

Tapi sepanjang BIG semuanya berjalan dengan lancar..Pada mulanya memang nama kami agak buruk..tapi semuanya berubah sebab kami terlalu cemerlang berbanding kumpulan-kumpulan sebelum ni.. bab imam, doa dan tazkirah semua yang terbaik..aktiviti kayak..aku menjadi mangsa utama laut apabila kayak aku terbalik 2 kali dan diterbalikkan sekali..terkapai-kapai tangah laut yang dalam tu..hanya Allah yang tahu perasaan aku..sekurangnya pasni kalo jatuh tengah laut dah tahu nak wat ape :)..

Esoknya aku demam panas dan sakit perut..merasa jugakla gi Hospital Pangkor.. tempat BIG kami kat Raudhah Kem..jauh gak ngan Jeti Pangkor..bising 15hb elaun dah masuk..RM3400..huhu..demam2 pun terus jadi baik cepat..seronok BIG sebab Pengarah ngan Timbalan Pengarah Maktab aku turun dan join sekali acara2 lasak..rasa semangat dan ceria ja..Malam kebudayaan Pengarah kami Tuan Haji Ismail bin Shaari turut membuat persembahan dan ia ternyata menghiburkan..best la.. :)Pensyarah2 dan jurulatih turut buat persembahan dan katanya time BIG kami je dorang dapat wat persembahan..hehe..

Jumaat 16hb..kemas2 Khemah dan jadual pulan ke rumah masing2..semasa kaki nak melangkah masuk feri..dapat panggilan dari mak aku..Nenek ku yang tersayang sudah pergi buat selama-selamanya setelah bertahun-tahun menderita sakit.. lebih kurang pukul 1.10 time tu..perjalanan menaiki feri aku rasakan sayu lebih2 lagi melihat deruan ombak yang dibelah feri yang aku naiki..airmata nak mengalir tapi masih dapat dikawal.. sampai Lumut terus naik bas Blue Omnibus ke Taiping.. sampai2 time ujan lebat.. adikku sampai amik aku kat Changkat Jering.. Melawat jenazah nenekku.. Terus kusedekahkan bacaan Yassin..

pukul 6.45 jenezah disembahyangkan kat masjid jelutong dan disemadikan terus di Tanah Perkuburan Islam disitu.. aku yang ternyata keletihan kerana program2 BIG dan masih demam membuat jasa terakhir dengan mengusung jenazah serta membantu mengebumikan jenazah.. Kesedihan Mac aku mungkin berakhir disitu sahaja..Tapi ia cukup untuk membuatkan bulan Mac 2007 akan kukenang sampai bila2..aku kehilangan orang tersayang..aku eksiden teruk buat pertama kalinya.. aku terkapai-kapai ditengah lautan dalam kat Pangkor dan aku mendapat gaji pertama dengan kerjayaku sebagai seorang guru... Aku belanja member2 baik makan Piza HUT kat Kajang..Yusry, Pitshah ngan BOb.. Pastu belanja member2 main bola pagi sarapan kat Pasar Bangi..

Hidup ini penuh berliku..tanpa liku hidup ini senang sangat.. hidup senang sangat boleh menyebabkan kita banyak lupa..dan satu dilema aku yang paling merunsingkan ialah tentang seorang gadis yang aku suka..aku x dapat nak berkata apa-apa..memang ini saja yang aku lemah sebab aku tersepit, terkepit dengan situasi..Semoga Tuhan dapat membantu aku dalam masalah ini..kalau bukan dia untuk aku tunjukkanlah jawapannya..kalau dia untuk aku selesaikanlah masalah ku ini.. Jumpa lagi..

Thursday, February 08, 2007

Hiburan untuk diri..untuk siapa lagi?

Bismillah al-Rahman al-Rahim ..

Basicly blog ni ditulis khas buat adikku Aini yang berada di Plymouth, UK..tapi orang lain leh aje nak tumpang lalu kalo ada pendapat anda..TQ very much untuk Aini yang kasi nasihat kat abang pasal Allah tanya kita nanti kat akhirat pasal apa usaha kita untuk menentang Israel yang jahat tu..point utamanya jangan sokong Arsenal ja..

Adoi..abang tau niat suci murni Aini tu..tapi i think i know what my desicion i did.. I know bila tgk live game MU kat tepi padang kuar iklan AIRASIA.com.. promote Malaysia.. but bila live kat Emirates Stadium iklan tepi padang tayang ithinkisrael.com... promote israel.. Bila tunjuk Liverpool kat baju plak terang2 Carlsberg..Chelsea ok la..

Untuk pengetahuan ataupun dah tau..Liga Perdana Inggeris ditaja oleh Syarikat Perjudian yang besar..Barclaycard tu ingat benda ape ke? Alang2 nak boikot..takyah tengok langsung la..takyah cakap team ni baik, team ni jahat..Man of The Match untuk setiap game dapat sebotol arak besar.. bukannya dapat kordial mangga ada lambang halal JAKIM..

Kan abang dah cakap aritu.. sokong demi bola aje..bukan menyumbangkan ape2 kat mereka..beli jersey siam aje..tupun dah nampak sebijik macam oriey.. Arsenal game cukup menghiburkan..itu sudah cukup untuk mengubat kedukaan melihat aksi Liga Malaysia .. boikot yang asas dulu.. Abang tau Aini kat luar negara..mungkin ada kemungkinan tinggi untuk gi Stadium ke apeke..Kami yang miskin kat Malaysia ni leh tengok tv ja..tupun kalo ada tayang.. Nak boikot Astro sebab bolapun xde gunanya.. sebab banyak lagi rancangan bercorak hiburan yang masih tak dapat nak dihapuskan..

So cara abang berhibur ialah menyaksikan perlawanan bolasepak..saksikanlah perlawanan bolasepak di televisyen demi tujuan hiburan anda dan janganla tinggalkan solat dan arahan2 Allah..itu lebih better dari menonton wayang bersama couple2 anda.. thats all my reason..all my jersey Arsenal adalah siam marii.. x malu pun nak ngaku..haha..

Blog ni baruja direpair..nampak macam rumah x siap..InsyaAllah i'll make it better :)