SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Wednesday, June 21, 2006

Buah Tangan YoS

Assalamualaikum WBT..

Hmm.. Alhamdulillah minggu-minggu yang sukar dalam hidup ini telah berlalu..sekarang kesukaran terbaru ialah menjadi penganggur tak terhormat hehe.. Berjaya gak submit tesis Khamis lepas setelah berusaha dengan gigihnya. Yang kelakarnya hari serah tesis dah ada budak Master rujuk tesis aku sebab nak cari rujukan buku falsafah bahasa Arab. Rasa macam tak sia-sia buat penat-penat tu...Sekalung penghargaan buat rakan-rakan dan pihak-pihak terbabit yang begitu banyak membantu.

Hujung minggu ni nak balik Perak..Taiping kesayangan.. Last sekali balik cuti Mid Sem lepas.. Raya Haji pun tak balik.. walaupun rumah dah kosong dan takde TV tapi still leh layan world cup kat Mapley..hehe..hidup mapley!!Rindu kat kucing kesayangan Si Putih yang jaga rumah sejak dulu lagi..

Wokehla..sempena memanfaatkan masa lapang time pengangguran ni.. satu lagi blog telah dihasilkan dengan tujuan memberi peringatan.. Bila-bila free mashuklah sini ye.. www.ingatlah.blogspot.com . Akan sentiasa di update dan dalamnya takde langsung cerita pasal peribadi FirdausAshraf. Just pengumpulan nasihat-nasihat, kisah teladan dan peringatan. so dalam erti kata lain blog yang nipun akan tetap hidup sampai ia akan terus hidup :)

hmm..Game Portugal vs Mexico dah nak mula..terpaksalah diri ini mengundur diri dulu hehe..Jumpa lagi..bye bye... Wassalam.

3 comments:

ainee said...

dah x post kt sini lg ke? sunyi jer

ArieYoS said...

ada..biasala sibuk..hehe

ju_on said...

lama x tgk blog hang..