SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Tuesday, February 11, 2014

Hukum baca kuat solat siang

Bismillahi Rahmani Rahim


Saya tercari cari jawapan tentang mengapa solat Magrib Isyak dan Subuh kita umat Islam yang menunaikan solat berjemaah imamnya akan menguatkan bacaan pada rakaat pertama dan kedua..sedangkan pada waktu Zohor dan Asar direndahkan pula suara. Akhirnya sayamendapat beberapa jawapan.


Pertama melalui soal jawab Ustaz Azhar Idrus beliau menerangkan bacaan sebegitu disebabkan hadis Nabi yang membawa maksud setelah ditafsir kita perlu mengikut apa yang Nabi buat.. Jadi Nabi Muhammad memang berbuat begitu semasa zaman Baginda, jadi tanpa ragu-ragu kita ikut sajalah tanpa banyak soal sebab tiru Nabi ialah mengamalkan Sunnah.



Melalui bacaan lain pula.. Allah telah berfirman dalam surah al-Isra' ayat 110 yang bermaksud " Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya."



Selepas turun ayat ini Rasulullah merendahkan suara pada waktu siang hari kerana khuatir menjadi ejekan dan cemuhan kaum musyrikin kerana pada waktu itu Islam masih di tahap awal. Dikuatkan dan dinyaringkan bacaan pada waktu malam dan Subuh kerana waktu itu kaum kafir sibuk makan, berseronok dan nyenyak tidur..


Solat Jumaat dan Solat Hari Raya juga waktu siang tetapi mengapa pula dibaca kuat? Hal ini disebabkan perkara itu disyariatkan di Madinah dimana Islam sudah berkembang dan kuat. Justeru setakat inilah pemahaman saya tentang perkara di atas.



Berkaitan hukum membaca kuat di siang hari pada masa kini saya pernah menyoal beberapa guru saya.. Hasil dari jawapan ialah "MAKRUH" Wallahu Alam.. mungkin sesiapa yang lebih arif boleh membetulkan jika saya masih ada silap pemahaman di sini.. Terima Kasih

No comments: