SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Tuesday, February 23, 2016

Parent sponsor PA System Surau

Alhamdulillah..setelah bertindak setelah lama hanya memikirkan.. akhirnya surau sekolahku mendapat sponsor PA system oleh parent bekas muridku. Yang buat jadi lagi terharu luahan hanya saya buat melalui facebook selepas bacaan Yassin tahun 6. Dalam masa 3 hari saya dihubungi Hamba Allah tersebut.

Katanya anak dia baca di facebook. Dia tak ada masalah pun nak sponsor. Katanya tak ada orang mintak macam mana nak bagi? Takpalah. Rezeki nak dapat.

Dan Jumaat lepas 19 Februari pemasangan pun dijalankan dengan jayanya. Lepas solat Jumaat abang yang pasang tu panggil ke surau. dah siap sepenuhnya dan test. Alhamdulillah cantik bunyinya.






Apapupun bersyukur kepada Allah. Sekarang pihak Panitia sedang berusaha dengan lebih gigih untuk memantapkan surau sekolah. Khabar-khabar angin bertiup kencang nak dapat banyak sponsor. semoga dipermudahkan oleh Allah. Itu sahaja coretan petang ini. Semoga Allah murahkan lagi rezeki pemberi sponsor dan keluarganya. Dengarnya mereka ada bisnes kedai makan di beberapa tempat. Semoga semuanya sukses dan diberkati Allah. Wassalam.

No comments: