SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Monday, January 29, 2018

Ustaz Robert

AssalamulaikumWBT...

Alhamdulillah ada sedikit kesempatan untuk menulis petang ni sementara menunggu Majlis Permuafakatan bersama ibu bapa Tahun 6 2018 bermula.

Tahun ni dapat 'hadiah' dari sekolah. Bukan setakat jadi guru kelas..tapi jadi guru kelas tahun 6.. fuhh.. memang terbaik bila dapat tahu semasa meeting pengurusan. Murid 6 Azalea seramai 28 orang sahaja dan ramai lelaki berbanding perempuan. Alasannya GB nak seorang ustaz jadi guru kelas tahun 6 tahun ni.. ok lah tu..

Sudah setahun lebih di sekolah ini. Rakan-rakan menggelar saya Ustad Robert disekolah ini hasil gurauan di telegram tak rasmi sekolah.. Yang tak tahannya nama itu melekat sampai ke hari ini.. disingkatkan lagi jadi lebih manja dengan panggilan BERT... haha.. apa sajalah..

Tahun 2018 ni ada rezeki sikit Tuhan bagi. Isteri saya dah naik pangkat jadi PK KOKO di salah sebuah sekolah di Putrajaya. Bertahun tahun tengok memang tak menang tangan dia dengan kerja sebagai penyelaras tahun 6, sebagai SU Peperiksaan, Ada kala tengok sampai tak tidur malam settlekan kerja yang banyak tu. So bila bos sekolah dia offer isi borang PK, saya terus bagi galakan. Tak jadi PK pon memang sibuk, baik jadi PK hehe.. Alhadulillah memang dia layak sebab dari banyak2 yang pergi interview, dengarnya 2 orang yang dipanggil semula oleh Puan Pengarah untuk terima surat lantikan.. so tahniah my wife..

Sang anak pula sudah daftar semula Tadika Alif Ceria Presint 16F terpaksala tukar semula cawangan dekat dengan sekolah ibunya. Mujur lah tak ada masalah. Tahun ni bermula lah dugaan baru masing-masing.

Baiklah  Majlis dah nak bermula, bila free kita sambung semula menulis.. Banyak sangat nak kongsi, cuma masa agak terhad.. Salam..

No comments: