SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Tuesday, November 09, 2004

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah di Lembah Uranah,Gunung Arafah

Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan,aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak terhadap isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah Allah,dirikanlah sembahyang lima kali sehari,berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya.itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.Saksikanlah Ya Allah,bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMu…….


yoS pulak nak cakap….

Hmm..jelaslah melalui khutbah terakhir Nabi kita jelas menerangkan segala-galanya..saye dah tulih ni nak kasi korang baca..haa..apelagi..copy paste le kat blog korang supaya member2 korangpun leh baca jugak khutbah terakhir tu…

Malam ni malam 26 Ramadhan..lagi 4 harija nak raya..kepada yang antar kad raya tq very good..tak banyak dapat kalini..setakat pagi tadi baru 10 ja..sape ek..nak ingat balik..hmm Ajar,Azhar,Nik,Fiza,Ina,Timah,Fikri,Jihah,Jehan ngan Zara..wah..nampak sangat terbukti perempuan lebih ramai dari laki kat Mesia ni :p (rasenya member laki aku lagi ramai dari pompuan haha)..mesti banyak lagi kad yang on d way tu..

Haa..aku memang banyak problem nak antar kad raye kat orang tahun ni..majalah An-Naqib aku hilang..majalah RESTU pun hilang..buku alamat member-member yang ditulis tangan pun tak dapat dikesan..MasyaAllah..(inilah bukti yang selama ni aku hanya bergelumang nagn buku2 ilmu) hehe…matilah nak sms sorang2 nak mintak alamat..so sape yang kasik alamat dapatla kad…

Kepada yang tak sempat dapat kad..sorrylah bebanyak..YoS sentiasa mengingati anda..maybe cuma anda yang ‘kurang mengingati YoS’… ok lah..blog saga ni dah kurang pengunjungnya sejak dekat 2 bulan aritu tak update2..sekarang bila dah update jadik camni pulak..hehe..semoga lepasni ramai2 la meriahkan blog ni dan membuat bising kat mana2 ruang yang ada untuk ‘membuat kecoh’… ;p

Lagi 2 3 hari aku nak buat blog khas untuk member2 yang amik PENGAJIAN ISLAM mana2 universiti kat dalam Malaysia ke kat luar Malaysia ka..sebab aritu aku telah bersembang ngan Ustat Mad Taib,seorang pegawai yang agak tinggi jawatannya kat Jabatan Pelajaran Perak yang mengukuhkan lagi apa yang telah dikatakan oleh bos bapak aku yang kebetulan aku jumpa masa pengebumian arwah Kak Norzi Ayu kat Klang tempoh hari…Ustaz Dangiran Mustapa,Pengarah JAPIM…

Hmm..oklah..masa mencemburui saya dan anda semua..Ramadhan tinggal beberapa hari saja lagi..so banyakkanlah amal ibadat..Ingatlah Khutbah Terakhir Nabi Muhammad…banyak manfaatnya..Wallahu ‘alam..Maas Salamah wa Ilal Liqo’..

No comments: