SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Friday, November 05, 2004

BoLA Duniaku

Assalamualaikum n salam sejahtera…wah..lama jugak tak tulih mengenai bolasepak ni..sempat tulih pasal Henry dan Zidane saja..hmm..arini nak citer pasal sape?Ok lah..kita amik yang muda pulak..muka jambu hehe..strker dah..pemain tengah pun dah..sekarang saya nak tulih pasal mamat yang berusia 21 tahun ni pulak..tengokla..kenal tak?hehe


Petr Cech

Ya..inilah dia antara wira-wira Republik Cech time UERO 2004 yang lalu kat PORTUGAL..Umpama memerintah dalam kawasan penalti dan menangkap bola dengan yakin,Petr Cech telah membuktikan dirinya sebagai bintang yang bakal menyerlah sebagai penjaga gol.

Antara sebab Chelsea bolos skit sangat season nipun sebab mamat ni jugaklah…dengan bayaran yuran perpindahan sebanyak 10.3 juta pound (fuh..mahal gila..mahal dari Michael Owen pindah Real Madrid)..Chelsea telah mendapatkan beliau daripada kelab lamanya Rennes iaitu sebuah kelab yang kurang terkenal kat Perancis…antara rahsianya berjaya menjadi penjaga gol yang mantap ialah mempunyai ketinggian setinggi 198cm dan seberat 87kg..berat lebih kurang saye..tapi tingginya mak datuk..hehe..ni kalo kawin ngan perempuan Malaysia payah ni kena dongak ja perempuan tu…

Apa yang pasti dia mula menjadi penjaga gol ketika berumur 17 tahun.Beliau juga amat terkenal kerana selalu bermain tanpa dibolosi..Hmm..kalo la Arsenal yang beli dia kan untung tu..tapi Arsenal tak sekaya Chelsea pada masa ini sebab kebanyakan duit adalah untuk membiayai Stadium EMIRATES..yakni stadium baru Arsenal yang kini dalam pembikinan.Selepas stadium siap..barulah Arsenal boley menjadi antara kelab yang terkaya didunia dan menyaingi Chelsea dan musuh ketat mereka SETAN MERAH..sapelagi Manchester United la..hehe..

Wokeh setakat ni dulu cerita tentang Petr Cech..nanti saya sambung dengan bintang-bintang lain pulak sekiranya ada kesempatan..Tengok lagi gambar beliau wokeh..Bye..


Aksi hebat Cech



No comments: