SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Sunday, May 15, 2005

MakA BerAkhiRLaH EngLisH Premier LeAgue seaSoN 04/05


Assalamualaikum...Hellu n Ape kabo?..lama sudah tak berkata-kata diruangan ini..Malam ini akan berakhirlah Englis Premier League season 2004/2005 yang telahpun dijuarai oleh Chelsea buat pertama kalinya dalam tempoh 50 tahun. Setelah sekian lama di dominasi oleh Manchester United dan skit-skit oleh Arsenal... Chelsea muncul pasukan terhebat dan secara tidak langsung turut membuktikan 'wang dapat membeli kejuaraan'...

Chelsea muncul pasukan bintang setelah diambil alih oleh jutawan minyak Russia..Pasukan Chelsea yang telah berubah hampir sepenuhnya daripada skuad asal itu hanyalah 1/25 daripada harta Roman Abromovich..Bayangkanlah betapa kayanya beliau. Walaupun tewas Liga Juara-juara Eropah ia tidaklah memalukan kerana kalah diperingkat Separuh Akhir di tangan liverpool.. Barcelona dan Bayern Munich adalah mangsa mereka diperingkat awal. Juga turut memenangi Carling Cup season ni..satu piala yang tak beberapa dipandang sangat sebenarnya pada asalnya..tapi setelah menjejaki peringkat separuh akhir, piala yang biasanya dibarisi oleh hanya skuad simpanan pasukan berubah wajah apabila 1st eleven diturunkan. Chelsea menewaskan Liverpool 3-2 dalam pertarungan 'nasib dan syahdu' itu.

Piala FA pula menyaksikan Chelsea tumpas agak awal di tangan Newcastle United. Saksikan final antara dua gergasi England pada 21 Mei ini Arsenal(the Gunners) vS Manchester United(Red Devils). Persaingan tempat kedua juga pada mulanya nampak sengit antara Arsenal dan Man U. Tetapi tiba-tiba berubah apabila Arsenal tiba-tiba menjadi mantap seperti Arsenal yang lalu dan Man U tetiba serba tak menjadi. Pada perlawanan terbaru minggu lepas Man Utd kalah ditempat sendiri dengan Chelsea 3-1 sebaliknya perlawanan yang boleh dikatakan penentu tempat kedua itu dimenangi oleh Arsenal yang membelasah Everton pasukan tempat ke-4 dengan jumlah jaringan terbanyak season ini 7-0. Tonggak utama Thierry Henry telahpun pulih dan akan beraksi malam ini utk perlawanan terakhir menentang Birmingham dan final Piala FA nanti.

Liverpool bakal yang serba tak menjadi dalam Liga Domestik menunjukkan kemantapan dalam aksi Eropah dengan layak ke Final Liga Juara Eropah menentang AC Milan hujung Mei nanti di Istanbul Turkey. Siapa bakal menjulang Piala Kebanggaan kelab2 Eropah tersebut?..Tungguuu..Apapun season depan yang akan bermula sekitar Bulan 9 pastinya tidak sabar-sabar lagi untuk dinantikan. Apepun ini sajalah coretan untuk tajuk ini pada kali ini. Game yang akan berlansung serentak 10 game pukul 10 malam nanti tidak akan merubah nasib mana-mana pasukan atasan, tetapi bakal merubah nasib pasukan bawahan yang bakal tersingkir ke Divisyen bawahan.

Barcelona pulak telah kompem menjadi juara Liga Sepanyol setelah pencabarnya Real Madrid hanya seri 2-2 dengan Sevilla semalam. Barcelona pun seri jugak tapi apakan daya. Madrid yang longlai awal sampai tengah season nampak mantap jugak last2 ni. Katanya nak beli Ashley Cole defend Arsenal..Dapat ke?..hehe..Liga Italy belum ada juara mutlaknye lagi..tunggu ajela Game minggu ni..Liga Jerman milik Bayern Munich..

Itulah coretan serba skit malam ni. Tengah boring-boring..hehe. tunggu gak kot-kot ada live Selangor Vs MK Land kat Tv 1. Semalam tengok Perak Vs Pahang yang bertarung dalam 'sawah' akibat ujan lebat. Akhirnya dihentikan jugak pada minit 72. Apakah nasib Perak season ni?..tataula..bola oh bola.. Wallahu 'Alam

No comments: