SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Friday, August 04, 2006

Kenangan Beberapa hari ke Labuan dan Sabah

Bismillah Al- Rahman al- Rahim..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani..saje nak citer skit bila ada masa terluang ni pasal program jalan2 baru ni..hehe

Jumaat 28/07/06 flight kol 12.35 tengah hari bertolak ke Labuan ngan my mom..Dapat gak naik kapalterbang balik. Dulu last masa sekolah rendah gi Sabah gak. Lebih kurang 2 jam atas langit sampaila Labuan. Ayahku yang memang dah tunggu kat sana jemput kat Airport Labuan ngan Ustaz Suhaili selaku L.O.(pemandu pelancong atau pengiring ayah aku la).. Ke Hotel Mutiara tempat kami menginap. Tepi laut n sungguh cantik..Malam2 burung akan tidur kat pokok buluh depan bilik..beribu-ribu ekor..sangat comel.. Malam tu juga ada makan malam sempena Majlis Tilawah Quran Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia (MTQ) kat Plaza Kewangan Convention Hall.. Macam-macam persembahan menarik.. budak2 istimewa, budak2 Jqaf, nasyid..

29/07/06 penutup MTQ kat tempat sama macam semalam. Dato' Hishamuddin Tun Hussain Menteri Pelajaran rasmi diiringi SU sulit dia kot Ustaz Firdaus Ismail ex-Imam Besar Masjid Negara. Aku tak masuk pun penutup tu..Jalan-jalan kat Plaza tu..cuci mata..beli coklat lepak ngan Sabahan tu semua..abis je tu gi Shopping beli kain untuk wat seluar slack untuk konvo dan baju Melayu Raya..hehe ..matk ayah aku pun beli sakan.. bayar kad kredit kat The New Store tu RM800.. banyak gak ye..hehe. Malam aku makan malam ngan Pengarah2 kat JAPIM tu. Hj Dangiran (kepala bos), HJ Shuib (Pengarah Pengurusan), Dr. Nan (Pengarah Dakwah), Hj Mohd ( Pengarah Kurikulum. Ayah aku daa hehe)..makan ngan semua L.O dan pegawai dari Labuan tu..Makan mewah ikan besar2..kenangan-kenangan..

30/07/06 kol 10.30 pagi naik Feri ke Kota Kinabalu. 3 jam perjalanan. siap dia pasang 2 movie atas feri tu. Tidur kat Promenade Hotel. Petang jalan-jalan cari makan kat pasar KK tu. Makan ikan panggang. Gi Bazar Philipine beli skit cenderamata yang member pesan atau nak kasi kat orang. Tempat kat sini menarik gak..Pastu sebelum balik makan dulu kepak ayam ngan nasik goreng.. Comel adik yang jaga gerai tu..hehe..Letih jugak..rehat.

31/07/06 ke Tawau naik Air Asia. Flight kol 9 pagi. Sampai sana dah ada ustad tunggu. my perent naik ngan sorang ustad tu..aku naik ngan Ustad Mad Awang pengetua SMKA Tun Sakaran. Best lepak ngan ustad tu.. banyak info dia kasitau tanpa ditanya..dia ke Sabah thun 2003 dan sekarang dia xmau balik semenanjung dah walaupun ada offer ke SMAP Kajang dan Kementerian. Dari Tawau bertolak ke Semporna pejalanan sejam lebih. Gi makan-makan lepas Check in kat Hotel SeaFest. Sini lepak ada program untuk guru JQAF dan pasal Quran tu apentah..best jugak la. Melawat SMKA Tun Sakaran dan gi tengok tempat orang bela ikan. Petama kali tengok ikan Kerapu sebesar aku. Tupun penjaga tu cakp yang paling besar baruja mati..fuh..naik bulu roma tengok ikan tu.. banyak lagi la ikan cantik dalam tu..

1/08/06 Melawat SK Pulau Mabul. Naik bot laju dekat sejam jugak..terhempas-hempas melawan ombak..hehe..best jugak cabaran. sekolah yang menarik student ada 150 orang guru cuma 6 orang.Layanan pun baik kat sana tu. Air dan pemandangan lawa. Tempat pelancongan selepas Pulau Sipadan ditutup. Chalet2 pun lawa kat situ. Yang bestnya jauh kat lautan pun tetiba adagak line MAXIS aku satu bar..hehe. Pastu ustad2 dan ustazah yang join rombongan usik2 aku soh ngajar kat situ JQAF..hehe..lebih2 lagi Ustad Hasan..Best jugak..hehe. Lepas tu ke Pulau Sipadan tapi xleh turun bot sebab kena ada kebenaran polis dulu ..leh pusing ja. Memang cantik..amazing..MasyaAllah.. puasmati bila balik..walaupun letih gila..

Flight malam kol 9 malam ke KL. Ustad Mad Awang hantar kat Airport. Makan mlam dulu dalam perjalanan beliau belanja. Malangnya ada masalah kapalterbang. kol 12 baru leh gerak. Sampai ko, 3 pagi kat LCCT. Naik teksi kena rm77 nak balik Desa Saujana ni..hehe .Alhamdulillah selamat sampai dan banyak pengalaman indah dikumpul.. Marilah kita cuti-cuti Malaysia lagi nanti hehe.. Air Asia murah je macam tema dia 'Kini semua orang boleh terbang dengan Air Asia' Pramugari pun segak :p ok lah.. G semayang Jumaat la..

5 comments:

ila said...

sipadan leh pegi ke? mmg dengar macam lawa sangat

ainee said...

~~~

mntk2 laa kerajaan x antar sy to that kind of sekolah. fuh3.

Anonymous said...

Great work!
[url=http://yxauzeus.com/worf/kiuz.html]My homepage[/url] | [url=http://qiuyrhrt.com/zgtg/tntx.html]Cool site[/url]

Anonymous said...

Thank you!
My homepage | Please visit

Anonymous said...

Nice site!
http://yxauzeus.com/worf/kiuz.html | http://vkwqergm.com/deiy/gwko.html