SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Thursday, February 08, 2007

Hiburan untuk diri..untuk siapa lagi?

Bismillah al-Rahman al-Rahim ..

Basicly blog ni ditulis khas buat adikku Aini yang berada di Plymouth, UK..tapi orang lain leh aje nak tumpang lalu kalo ada pendapat anda..TQ very much untuk Aini yang kasi nasihat kat abang pasal Allah tanya kita nanti kat akhirat pasal apa usaha kita untuk menentang Israel yang jahat tu..point utamanya jangan sokong Arsenal ja..

Adoi..abang tau niat suci murni Aini tu..tapi i think i know what my desicion i did.. I know bila tgk live game MU kat tepi padang kuar iklan AIRASIA.com.. promote Malaysia.. but bila live kat Emirates Stadium iklan tepi padang tayang ithinkisrael.com... promote israel.. Bila tunjuk Liverpool kat baju plak terang2 Carlsberg..Chelsea ok la..

Untuk pengetahuan ataupun dah tau..Liga Perdana Inggeris ditaja oleh Syarikat Perjudian yang besar..Barclaycard tu ingat benda ape ke? Alang2 nak boikot..takyah tengok langsung la..takyah cakap team ni baik, team ni jahat..Man of The Match untuk setiap game dapat sebotol arak besar.. bukannya dapat kordial mangga ada lambang halal JAKIM..

Kan abang dah cakap aritu.. sokong demi bola aje..bukan menyumbangkan ape2 kat mereka..beli jersey siam aje..tupun dah nampak sebijik macam oriey.. Arsenal game cukup menghiburkan..itu sudah cukup untuk mengubat kedukaan melihat aksi Liga Malaysia .. boikot yang asas dulu.. Abang tau Aini kat luar negara..mungkin ada kemungkinan tinggi untuk gi Stadium ke apeke..Kami yang miskin kat Malaysia ni leh tengok tv ja..tupun kalo ada tayang.. Nak boikot Astro sebab bolapun xde gunanya.. sebab banyak lagi rancangan bercorak hiburan yang masih tak dapat nak dihapuskan..

So cara abang berhibur ialah menyaksikan perlawanan bolasepak..saksikanlah perlawanan bolasepak di televisyen demi tujuan hiburan anda dan janganla tinggalkan solat dan arahan2 Allah..itu lebih better dari menonton wayang bersama couple2 anda.. thats all my reason..all my jersey Arsenal adalah siam marii.. x malu pun nak ngaku..haha..

Blog ni baruja direpair..nampak macam rumah x siap..InsyaAllah i'll make it better :)

5 comments:

ainee said...

jazakallah kerana sudi merakamkan nama saya di blog 'jalan bahagia' ini. teguran bukan bermakna saya ni bagus sangat. tapi tentang israel tu, ada seorang sahabat berkata kepada saya:

Allah melihat usaha dan tidak melihat hasilnya

Jadi, kita cube sedaya mampu. Tak semestinya kita perlu terikut dengan budaya hedonisme dan materialisme hanya kerana ingin mengejar apa yang orang lain mahu (teori social bandwagon).

Rasulullah sendiri bermula dengan payah. Start from scratch bak kata orang putih. Dan Rasulullah sendiri tak dapat melihat saat gemilang Tamadun Islam, tatkala Islam diterima 2/3(dua pertiga) dunia. Dan saya percaya, bangsa Israel adalah bangsa yang banyak kali disebut dalam Al-Quran kerana kebodohan dan kedegilan mereka. Ramai nabi dan rasul diutuskan kepada golongan ini namun mereka tetap ingkar sehinggalah mereka terhina di bumi Allah. Jadi, patutkah kita meneladani satu kaum yang sahihnya musuh islam? Mereka begitu benci dengan kita, bagaimana pula kita boleh menerima mereka?

Teringat saya ketika kaum ini mengadakan 'summer camp' di kolej saya, tak pernah melihat senyum dari bibir mereka. Kalau mereka nak mintak tolong, huh jgn hrp, ego mereka dan kebencian mereka terhadap orang islam, membuatkan mereka rela tak mintak tolong dengan kita.

Bukan saya tak kenal orang yahudi yang memeluk agama islam. Ada memang ada. malahan beliau lebih banyak ilmunya dari saya. Tapi golongan yang promosi thinkisrael itu mahu melebar luaskan sempadan negara haram israel bukan? Dan mereka membunuh orang kita bukan?

Jadi, oleh kerana saya telah menyampaikan, maka terlepas lah tanggungjawab saya sesudah saya post komen ini.

PS: Hayati surah al-asr.
PPS: Saya akan cuba takkan buat sokongan fizikal lagi kepada kelab kesayangan sy. kerana sy lebih sayangkn agama sy.

ArieYoS said...

ye..nasihat awak mmg sesuai untuk fan arsenal yg gi stadium..kita minat player n corak main aje.. satu lagi..pemilik MU ialah org Amerika..

Amerika yang serang afghanistan, Iraq dan menyekat ekonomi Islam serta banyak bantu Israel menjayakan kejayaan mereka setakat ini..

Tapi kita tak suka sebut pasal hal2 tu..sebab kita sokong team yang kita suka tengok aje..kita tengok bola..tengok bola kat TV..

Kami geng ustaz2 pun selalu bising2.. ada sokong Arsenal ada sokong MU.. sokong kat stadium? beli tiket? no..just sokong sebut di mulut..tgk kat TV..bila main teruk kutuk..bila main best puji..

Nak cerita panjang..tapi ustazah kena pikir panjang sebelum beri pendapat..Wallahualam

ainee said...

http://maryam1810.blogs.friendster.com/maryam/2007/02/kenyataan_hidup.html

rosziana said...

hahha..en.yoes...giler aaa..

anti yahudi said...

kalau xnak sapot israel.. jawabnya jangan tengok langsung epl.. klayan liga super je..

pasal mu = owner dia malcolm glazer (yahudi amerika)
liverpool = ada player yahudi nama yossi benayoun
chelsea = manager dia yahudi avram grant
arsenal = ada promote tourism yahudi..

senang cita usah tgk epl.. layan team pdrm fc udah..