SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Monday, March 12, 2012

Coretan Kebesaran Allah

Assalamualaikum WBT...

Hmm..kalini nak menulis sikit tentang 'berita-berita terkini dan lama' hehe. Siang tadi sibuk pergi settlekan kerja yang lama tertangguh.. My wife servis tayar kereta. Memang duduk rumah apartment memberi kesan yang kurang elok buat kereta. Sampai bekarat bahagian dalam tayar..Jenuh tengok cina tu dok tendang tayar. Buat kat bengkel sekyen 7 Bangi.

Baru-baru ni broadband SKMM saya yang amat femes ni hilang.. Isnin lepas yang amat misteri.. Mungkin ramai yang tak tahu broadband SKMM saya ni amat menarik sekali. Dengan bayaran rm25 sebulan boleh pakai unlimited..fuh..lain sentiasa cantik.. Paling best pernah tengok streaming live game Arsenal..90 minit full.. adala sikit sangkut..tapi amat berpuas hati secara keseluruhannya. Ada member-member member-member pernah kutuk dulu kononnya pakai sebulan ja ok pastu kiok la.. Malangnya sekarang dah masuk 4 bulan pakai.. line canteeekkk.. hehe.. Sekali lagi ditunjukkan Allah kebesaranNya menyebabkan hati rasa takjub.. Broadband tu dijumpai di bawah seat kereta, disebalik botol air yang kebetulan tergolek agak dalam.. Nak dijadikan cerita balik rumah parent kat Desa Pinggiran Putra.. pagi tu saja nak alih kereta sebab blok pintu gate abah nak keluar. Cermin pulak berkabus. So nak cuah ngan air la.. cari ai2 mineral dalam kereta nampak 1 botol bawah seat. Dah tarik botol tu terus nampak broadband tu cantik ja tengah 'tidur' situ... Dengar cerita ni maybe memang macam biasa ja..tapi itulah kebesaran Allah nak tunjuk..Dia 'menunjukkan' jalan untuk bertemu kembali dengan broadband. Kalau tak terjadi peristiwa itu mungkin lagi 3 tahun kot baru jumpa dan menyesal hahaha..bayangkan hilang hari Isnin, Ahad baru jumpa.. dekat seminggu tu..fuh..Alhamdulillah..

Kemudian sekolahku digemparkan dengan penerimaan surat 'menerima New Deal' . Alhamdulillah.. maknanya setiap guru dan kakitangan sokongan akan menerima rm900, dua orang guru atau kakitangan sokongan yang cemerlang bagi pentadbir akan menerima rm1800
dan Guru Besar akan menerima rm7500.. Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat. Tahun lepas dicalonkan jugak tapi tak dapat bila keputusan diumumkan.

Dahla hari Khamis lepas Perdana Menteri kita umumkan SBPA dibatalkan dan Sistem Saraan Malaysia ditambah baikkan. Alhamdulillah diumumkan gaji basic semua yang bergred 1 hingga 54 akan dinaikkan 13%.. naik la 200 lebih gaji. Kenaikan tahunan juga akan berbeza berbanding takuk lama iaitu rm90 je setahun. Tak tahu la berapa..diumumkan rm80-rm320 .. harap-harap 200 lebih la. Apa saja yang diumumkan asalkan menaik memang bersyukur sangatla :)

Hmm..mungkin setakat ini dulu coretan..minggu ini minggu cuti seminggu.. dan minggu ini my adik ipar akan bernikah di Pontian.. Jumaat ni akan akad nikah. Dalam masa yang sama Guru Besar mengadakan kenduri perkahwinan anak beliau di dewan sekolah pada Sabtu depan.. Rasa terkilan juga la kerana tak dapat nak pergi majis bos sendiri huhu. Hmm.. setakat ini saja dulu..Banyak lagi kisah yang terpendam.. kini umur baby 5 bulan lebih dalam kandungan ;)

No comments: