SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Monday, November 04, 2013

2014 kenaikan gaji 2 kali lagi?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Semalam tengah jalan-jalan dengan anak isteri dapat satu mesej daripada whatsapp yang mengatakan kerajaan akan beri dua kenaikan lagi tahun hadapan sama macam tahun ni melibatkan 81 skim..termasuk guru.. hmm.. Alhamdulillah. Sumbernya daripada Bernama.. Harap betul lah.. maksudnya dalam 2 tahun dapat kenaikan 900 ringgit.. Syukur sangat sebab baru start potong rumah dan buat loan pulak nak renovate rumah.. memang terasa sangat la kekurangan gaji tu

Semoga berita ini sahih dan bersyukur juga dalam bajet umum bonus walaupun hanya setengah bulan gaji.. merasa la dalam 1500 camtu.. cuma dapat bulan satu yang ralat sikit.. kalau dapat bulan 12 alangkah bahagianya hehe..

So apa boleh buat untuk menambah pendapatan? Ada sapa2 nak bantu bagi pinjaman kepada saya free interest? heheh.. Hmm dalam pos ini juga nak cerita pasal mak ayah saya yang baru berpindah balik Kampung ayahku di Marang Terengganu. Abah cakap dah 42 tahun dia merantau. Tapi tinggal di Terengganu tu tak bermakna meninggalkan terus Perak. Musim Tengkujuh lepak Perak..Musim buah lepak Perak.. Musim sotong lepak Terengganu.. hehe.. Macam best pulak. Cuma kuharapkan kesihatan yang baik buat kedua ibu bapaku..

Sedih gak sebab sebelum ni dorang duduk Desa Pinggiran Putra.. Senang lagi la nak jumpa.. nak borak-borak.. sekarang dah jadi jauh la sangat.. Takat balik Tepeng baru 3 jam kalau tak jem.. Ni dah jadi 6 7 atau 8 jam nak balik Terengganu.. Mungkin bila LPT siap sepenuhnya dapat gak membantu mengurangkan jarak.. Tiada lagi balik kampung tanpa tol dan minyak setakat Presint 9 ke Desa Pinggiran tu berapa la sangat heheh.. Tahun lepas siap raya Haji kat DPP tu..

Okaylah. sekadar coretan..waktu free sebelum esok cuti Awal Muharram.. untuk Muharram kita wat entry lain lak.. peace.... Wassalam

No comments: