SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Wednesday, November 13, 2013

Rumah oh Rumah part 2

Alhamdulillah baru ni jumpa kontraktor baru lak untuk sambung kerja menyiapkan rumah. Bukan nak memburukkan kontraktor lama.. tapi Bila nak mengecat memang nampak sangat kualiti pembinaan yang agak ceroy..Sampai Kontraktor baru tak puas hati bila cat..dorang pulak yang ratakan balik dinding tu.. dua kali kerja.. Upah untuk semua kerja kontraktor ni ialah around 3000.00.. beli barang sendiri..

Upah untuk cat satu rumah ialah lebih kurang 1200.. Beli cat pun dah seribu lebih habis.. Tapi masih jauh lebih murah dari harga kontraktor lama. Sibuk juga ke Jalan Reko Kajang beli tiles. Tadi wife dah keluarkan 1300 untuk tiles sahaja. Nak tukar dan tinggikan bahagian ruang makan dan tukar tiles bilik bawah..Pasang tiles dinding dapur dan dinding kabinet.. Sakit pinggang mengangkat..

Kontraktor baru ni style part time ja.. Abang tu siap cakap duit untuk dia makan minum sampai pencen untuk sara keluarga dah ada. Ni just hobi dan nak bantu-bantu.. so far dia dah pasang tiles kat bahagian luar belakang rumah nampak memuaskan la. Hari bekerja dorang wat kerja malam. Hari minggu dari pagi sampai malam. Nampak macam ekspress gak buat kerja sebab dah ada orang tempah kat port lain pulak. Harap-harap kualiti cemerlang. Tengok bilik-bilik pun dah cat tadi. Puas hati la. PAstu mana-mana yang corrupt kat rumah tu dia kasitau dan tolong repair. Contohnya paip yang kontraktor lama buat leaking. Dinding terang-terangan basah. Geram gak. Dia cakap kena tebuk balik dinding dan repair sebab camne nak pasang tiles kalau ada leaking. Apapun bersyukur sebab detect problem tu sekarang. Kalau dah pasang tiles or dah duduk 2 3 tahun baru perasan..abis semua nak kena pecah balik.. Lagi teruk la kos.

Belanja terbaru ni : Upah 3000 .. tiles luar dekat rm200.. tiles dinding ruang makan 130 somthing (below 150) .. tadi beli tiles untuk kabinet (dinding antara table top dan kabinet atas) ..tiles dinding dalam kabinet.. tiles dinding sekeliling dapur dan tiles ruang makan campur bilik habis rm1301.70. Banyak tu.. Sampai tak muat kereta. Esok kena ambik lagi separuh. Cat pulak Sabtu aritu dah beli 14 tong dengan kos rm1200 somthing. Semalam tambah lagi 2 tong rm170 lebih. Simen, pasir dan lain2 mintak kontraktor belikan dah. rm248.00. (simen 10 kampit.. pasir 2 beg.. simen putih dll)

ok..begitulah sedikit coretan.. Harap-harap dapat pindah cepat. Cuti dah dekat. Jangan time cuti sekolah ni tak dapat kemas barang sudah. Rugi. Wassalam. sedikit gambar sebagai penutup.


Aiman dan tiles baru pasang di luar rumah


Dapur dah cat separuh.. yang tak cat tu untuk tiles


Sebahagian daripada cat yang beli kat kedai hardware Dengkil..sebelah kedai Pajak :p

No comments: