SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Wednesday, March 05, 2014

Oh Malaysiaku terkini

Semasa saya menulis entry kali ni keadaan di tempat saya agak berjerebu. Bau udara agak busuk.. bau asap gitu.. Agak kurang sesuai untuk aktiviti luar terutamanya anak-anak murid yang ada aktiviti petang-petang.


Fenomena luar biasa ini terjadi lepas tamatnya musim hujan tempoh hari. Panas berpanjangan.. Air empangan semakin surut sampaikan negeri Selangor terpaksa melaksanakan sistem catuan air di kawasan-kawasan tertentu. Mujur kawasan rumah saya tidak terlibat setakat ni. Walau camtu tetap standby air dalam bekas-bekas kosong yang ada. Sana sini dengar banyak usaha dilakukan antaranya solat Istisqa'.


Semoga umat Islam di muka bumi ini sentiasa berdoa dan terus berdoa supaya Allah memberi kemudahan kepada kita semua. 2 3 hari ni ada berlaku hujan lebat di beberapa tempat. Tapi kat area Dengkil dan Putrajaya hujan turun tak berapa nak lebat. Jerebu masih tebal. Dengan dapat berita terbakar sana sini 2 3 menjak ni.. Sungguh menyeramkan..hmm..


Semalam seluruh negara dikejutkan dengan peristiwa orang gila melakukan perbuatan khianat merosakkan masjid , menyelerakkan al-Quran ke lantai dan ke dalam tandas. Sungguh menyedihkan. Apakah gamaknya masalah orang itu? Belum reda kisah Perempuan Murtad jadi pula kes yang baru ni. Menghina Allah, Quran dan sebagainya tentang Islam adalah satu perkara yang sangat keji. Semoga Allah melindungi diri kita dan seluruh ahli keluarga kita supaya tak tergolong golongan ini.


Sedikit coretan sebelum solat Zohor berjemaah dengan budak :)..Jumpa lagi

No comments: