SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Thursday, March 13, 2014

Pray for MH370

Tatkala saya menulis kali ini..negara Malaysia baru sahaja dikejutkan dengan kejadian kehilangan pesawat MAS #MH370 pada hari Jumaat yang lalu (8 MAC 2014)  iaitu penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Beijing yang melibatkan lebih 2oo orang di atas pesawat dan dipandu oleh juruterbang yang sangat berpengalaman.


Marilah kita sama-sama mendoakan supaya pesawat tersebut dapat dijumpai semula samada para penumpangnya itu masih hidup mahupun telah meninggal dunia. Tidak semua manusia boleh menerima hakikat kehilangan ahli keluarga tanpa dapat melihat atau mengetahui situasi keadaan mangsa. Namun semua masih mengharapkan yang penumpang-penumpang pesawat tersebut masih hidup.


Terdapat pelbagai usaha yang kita dapat lihat dilakukan oleh kerajaan. Namun ada yang amat baik tapi ada yang diselitkan dengan unsur syirik. Perkara yang mendapat liputan dunia telah memaparkan sebuah negara Islam menggunakan khidmat bomoh Islam yang menggunakan teropong dan tikar terbang seperti cerita P Ramlee.. Agak melucukan. Tentu tidak menjadi kepelikan jika yang membuat tilikan itu bukan daripada kalangan Islam. Contohnya  Orang Asli ataupun kaum Agama lain. Tapi teserlah mereka mempamerkan seolah-olah itu yang Islam ajar. Dengan membaca ayat Quran secara merapu.. menyebut nama Allah seperti orang kena rasuk.. hmmm..Wallahu alam..


Terdapat pelbagai juga spekulasi daripada pihak tak bertanggungjawab yang menyebabkan masyarakat menjadi keliru. Ada yang kata terhempas.. Ada yang kata dirampas.. Ada yang kata masuk alam bunian.. Ada yang kata nak tutup kes Anwar Ibrahim yang didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan juga pada Jumaat tersebut dan dajtuhkan hukuman penjara 5 tahun. Hanya Allah sahaja yang tahu.. Begitu juga mereka-mereka yang terlibat.


Tugas kita ialah sama-sama mendoakan supaya mereka yang hilang ini dapat dijumpai semula dan merungkai segala misteri yang melanda. Esok (Jumaat) pihak sekolah saya akan mengadakan solat hajat khas untuk MH370. Kepada pihak yang asyik memandang negatif dengan setiap benda tu cukup-cukuplah.. Hari ini hari orang lain.. esok-esok kita belum tahun lagi. Jangan lancang sangat mulut mengata sana sini. Wallahualam


No comments: