SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Tuesday, April 01, 2014

Berakhir Cuti Pertengahan Tahun 2014

Bismillah al Rahman al Rahim..

Hari ni 1 April 2014.. hari kedua persekolahan selepas cuti pertengahan tahun 2014. Alhamdulillah cuti dimafaatkan dengan aktiviti ringan sahaja. Sewaktu cuti masih lagi sibuk pasal MH370 yang masih  tak dapat dikesan. Kononnya radar nampak macam-macam tapi semuanya bukan MH370. Bayangkan hilang 8 Mac.. sekarang dah 1 April.. hampir sebulan dah.

Lebih kurang 2 minggu sebelum cuti lagi mak dan ayah mertua datang rumah. Datang saja-saja ja menziarah dan jaga Aiman. Sampaila Sabtu start cuti sekolah baru la diorang balik. Petang tu mama dan abah pulak sampai dari Terengganu. Sebab nak jumpa anak-anak dan meraikan birthday Faisal. Faisal sepatutnya 28 Mac tapi sebab dia nak ke Korea so pejumpaan diawalkan.

Hari Ahad family Along datang dan yang diraikan Faisal. Agak lama tak jumpa dia. Kitorang gi makan di Kabab Biryani Presint 15. Kebetulan lak mata Aiman bengkak sebelah.. lepastu pergi ke klinik. Tak sempat letak ubat pun mata dah surut dulu. Hampeh hehe.. melayang duit mama dia.
Hari Isnin abah pergi ambil ubat dengan mama. Petang kitorang gi KL area Chow Kit. Pastu merayau jalan Masjid India. Jakel.

Esoknya abah mama balik naik bas pagi. Rabu gi Shah Alam ja cari kain baju raya. Lenguh habis badan. Khamis balik Bentong. Tupun sampai 12 Malam. Takde aktiviti apa sangat. Cuma Sabtu gi kenduri kat Lebu ramai-ramai. Hafiz pun ada balik. Ngah balik Ahad. DAto Hamdan ke London hari Sabtu. Chan n family ke Gambang satu malam bercuti. Masing-masing meraikan result SPM anak-anak hehe. Tahniah buat 3 anak buah yang banyak A nye dalam result SPM. Ummi, NAim dan Ijat...

Hari Ahad petang dah balik ke Dengkil.. Singgah mapley presint 9 jap ngeteh. Semalam kerja masing-masing muka lesu je. hehe. Harini isteriku MC sebab tak sihat. Ok saja ja coretan ni.. sampai berjumpa lagi.

No comments: