SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Monday, October 13, 2014

Menghadiri Taklimat dan Bengkel sistem e-pelaporan bersepadu jQAF versi KETIGA

Assalamualaikum WBT.. cerita sebelum raya Haji..baru nak pos hehe..

Pada tanggal 2 Oktober 2014, saya diarahkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Putrajaya untuk menghadiri Taklimat dan Bengkel sistem e-pelaporan bersepadu jQAF versi KETIGA bertempat di Bilik Mesyuarat Zakfaran, Bahagian Pendidikan Islam, Cyberjaya.

Sampai agak lewat sebab jauh kan.. Putrajaya ngan Cyberjaya heheh.. tebal gak muka.. pergi tumpang Ustaz Shahrudin Ismail.. Pegawai JQAF Jabatan..  JU Putrajaya yang otay bab System Ustaz Nasrom SKPP11(1) tak join pulak.. gementar la teman nak kena dengar betul-betul taklimat ni

Cuma dalam bengkel ini  nak ceritakan ada sedikit perubahan kepada system yang digunakan hantar bulan Jun lepas. Taklimat akan diadakan kepada penyelaras-penyelaras jqaf sekolah sekolah Putrajaya pulak selepas ni... serba sedikit gambar semasa Talimat dan mesyuarat tersebut.. wajah-wajah Otay jQAF yang menghasilkan sistem epelaporan ni.. Bukan senang..

                              surat
                                Ustaz Din
                             Wakil Setiap Negeri
 Ustaz Mohd Fadhil (penolong Pengarah jQAF di BPI)


Ustaz Hafizudin.. Otay besar


Hampir jam 5 petang majlis selesai...  Antara yang berubah dalam system baru ialah:
  •  kedudukan nak klik perkara nak diisi itu berubah..
  • setiap update akan keluar tarikh dan masa.. so sape leh isi 30 murid dalam 2 minit memang legend dan sapa nak ubah markah jun konon nak jaga prestasi juga akan dapat dikesan
  • Ada butang hapus data
  • Ada tawaran pilih bahasa untuk sekolah
  • bahagian tahiyat ada perubahan (pecah dua tahiyat sahaja dan selawat ibrahimiyyah)
  • dan tarikh penghantaran kebangsaan turut diberi..cuma xleh dedah kat sini..nak buat dimana pon rahsia..
Sekian.. 

No comments: