SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Tuesday, October 28, 2014

Ustad Uskut Corner 1

Mukadimah
Assalamualaikum WBT..

Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana.. pendidikan yang sederhana, Ustad Uskut muncul menjadi watak yang banyak kerenah dan masalah yang dijumpai dan dihadapinya. di shortform kan sebagai UU sahaja untuk memendekkan taipan...

Ke sana ke mari.. terjumpa macam-macam kerenah..macam-macam ragam manusia. Dikongsikan sebagai satu pengajaran buat tatapan..mengingatkan diri sendiri dan rakan taulan.. yang baik dijadikan tauladan, yang buruk ditinggalkan..

UU dan Nenek Uban (siri satu)

Sedang UU berehat merenung alam, tiba-tiba dapat satu panggilan daripada temannya yang berada di Kuala Lumpur. Di ajak berjumpa kerana ada hal penting katanya. Memang tengah bosan layankan sajalah memandangkan tiada aktiviti nak dibuat. Mereka berjumpa di sebuah Kafe. Sambil-sambil minum dan bertanya khabar sebab dah lama tak berjumpa, nampak resah muka sahabat UU.

Setelah ditanya barulah diceritakan. Rupanya pasal gangguan di rumah tunangnya. Sampai tunangnya tak boleh tidur lena malam-malam. Dengar bunyi macam-macam. Rambut panjang berselerak satu rumah. Kesian juga UU dengar cerita macam tu. Ada gangguan lah tu. Katanya lagi tunangnya tinggal berdua di sebuah rumah sewa.

UU agak buzy dua tiga menjak ni. Jadi janji bila ada masa terluang boleh lah pergi tengok apa-apa yang patut. Selepas minum-minum dan cerita-cerita pulanglah UU dan kawannya itu. Sepanjang dalam perjalanan pulang tu UU terbayangkan macam-macam pabila mengigatkan kembali cerita kawannya tersebut. Agak-agak UU pun kadang-kadang tak dapat tidur sebeb memikirkan masalah orang lain... bersambung


No comments: