SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Wednesday, August 10, 2016

Raya 2016 part 1

Alhamdulillah..berakhir sudah Syawal 1437 Hijrah..maknanya dah tak beraya kat mana dah. So bolehla saya buat kesimpulan untuk Syawal kali ini.

Kebetulan Syawal kalini dapat cuti seminggu. Yang kurang bestnya cuma Raya jatuh pada hari Rabu..So cuti jadi terhad. So balik Bentong dan sempat berpuasa beberapa hari. Kebetulan Hafiz pun cuti awal juga.. meriah la jugak rumah abah Bentong. Sehari sebelum raya memang sibuk masak memasak rendang, kuah kacang. Tu gambar abang ipar tengah merendang ayam.

Malam raya dimeriahkan dengan ke masjid bertakbir raya, sebelumtu berbuka puasa beramai-ramai. Abang Ipar Kuantan pun balik. Malam main mercun sikit. 

Jadi pada satu Syawal pergi ke Masjid menunaikan solat Sunat AidilFitri, dengar khutbah. Naik satu kereta je dengan Abah, Hafiz dan isterinya.. My wife tak dapat pergi sebab hero belum bangun dan dalam masa sama tengokkan mak yang tak sihat tu.

Pas Balik solat raya baru kejutkan hero dan siapkan. baru nak bersarapan

Begambar dulu. 
Aiman bersarapan dengan atok


Selepas tu sesi bersalam-salaman. Gambar kat whatapp pulak. Belum transfer hehe. Raya di rumah saja. Tak pergi mana-mana pun. Malam buat sambutan Hari Jadi Aiman pulak.




Selepas tu main mercun anjuran Pak Cu Aiman. Begitulah kisah Raya pertama. Kemas -kemas untuk balik Perak pula esoknya. 

Perjalanan ke Perak pada Hari Raya kedua diganggu dengan jem jem yang dah boleh diagak. Sampai pun dah malam. Abang saya dan keluarganya dah sampai terlebih dahulu. 

Raya ketiga ada even besar kat Tapah. Berkongsi kereta dengan along. Ada sepupu pergi merisik.. Sedikit gambar sebagai penarik.





Pas balik singgah ke mapley Vanggey pulak. Tapi family saya dan abang je. Pak Sedare Terengganu dan anaknya tidur rumah. Jalan leh tahan jem.



Raya Keempat dah bertolak balik semula dan bermulalah semula kehidupan nak menghadapi Nazir SBT dan Baiah. Nanti kita sambung part 2 sebab banyak gambar lagi nak share. 

1 comment:

patheniapagination said...

titanium flash mica - Vitanium Arts
VIVALING: galaxy watch 3 titanium A glass-operated titanium gravel bike poker table set with the black titanium ring poker titanium apple watch band and casino chips. SALE! The machine features the best poker and titanium aura quartz casino chips,