SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Friday, September 09, 2016

GRED 44

Alhamdulillah..

Setelah 8 tahun dalam perkhidmatan, pelbagai rintangan dihadapi.. Akhirnya setelah check web naik pangkat, saya telah lulus naik gred dari DG41 ke DG44 secara Time Based berasaskan kecemerlangan. Syukur. Berkuatkuasa 1 Ogos 2016. Tarikh boleh semak kat web 5 September 2016.. Saya check 6 September 2016 lepas balik jaga UPSR hari kedua.

Pertamanya sebab dapat bertahan selama 8 tahun. Pejam celik pejam celik..stress la apala..huuuiii.. Keduanya memang dugaan ekonomi yang agak besar. Walaupun tau perubahan gaji tu mesti akan ambik masa berbulan-bulan lagi macam orang nak bersalin pulak hehe..

Semua tau..sistem guru ni guna sistem 8863.. nak sampai ke gred 54. Semoga ada rezeki untuk terus naik gred dan dipanjangkan umur. Thank you semua yang berada disisi yang sentiasa menyokong. Nanti kita cerita hal lain pulak. Wassalam

No comments: