SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Thursday, July 13, 2006

IsLam BuKan HaLangan

Franck Ribery bukan pemain Islam tunggal beraksi di Piala Dunia 2006 selain pemain Arab Saudi, Iran dan Tunisia. Rakan sepasukannya dalam skuad Perancis, Zinedine ‘Yazid’ Zidane juga beragama Islam. Dia yang berketurunan Algeria membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 dan Euro 2000. Kehebatan corak permainan Zidane diiktiraf menerusi pemilihannya sebagai Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali.

Sweden pula mempunyai dua pemain Muslim dalam pasukannya Zlatan Ibrahimovic dan Rami Shaaban. Zlatan lahir dalam keluarga imigran Bosnia-Herzegovina yang berpindak ke Malmo, Sweden, manakala Rami pula campuran keturunan Mesir dan etnik Finland.Belanda turut memiliki dua pemain beragama Islam, Robin van Persie (Arsenal) dan Khalid Boulahrouz. Persie, menjaring gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Ivory Coast, Jumaat lalu memeluk Islam selepas berkahwin dengan teman wanitanya yang berketurunan campuran Belanda-Maghribi, Bouchra.Khalid pula diturunkan sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan Belanda sebelum ini ketika menentang Serbia dan Montenegro serta Ivory Coast.
Pemain pertahan ini juga berketurunan Belanda-Maghribi.
Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting

Zidane dan Robin Van Persie dengan jersey baru Arsenal (Fly Emirates)

Ivory Coast pula menyenaraikan dua pemain adik beradik beragama Islam, Kolo Toure dan Yaya Toure. Kolo (Arsenal) bermain di posisi pertahanan manakala Yaya tengah. Yaya kini bermain untuk kelab Greece, Olympiakos dan prestasinya mencuri perhatian beberapa kelab gergasi termasuk Manchester United, Chelsea dan AC Milan. Namun dia tidak menerima semua tawaran itu kerana mempunyai impian bermain bersama abangnya, Kolo di Arsenal.

Photobucket - Video and Image Hosting

Kolo Toure

4 comments:

ainee said...

Sy masih mencari tapi tak ketemu jawapan. Adakah wife Zidane juga seorang islam? His wife is a Spanish kan? Veronique something nama dia. Abang tahu?

ainee said...

Lagi satu, sy temui di boycott israel punya wsite. benarkah arsenal dibiaya dan menyokong israel?

ArieYoS said...

ntah lah..xde plak player israel main kat arsenal.. kat west ham adela

ju_on said...

walaupun dorang Islam, tapi kita xtau camne cara Islam dorang..tengok gaya isteri dorang dalam paper nampak macam samaja ngan player agama lain punya bini