SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Wednesday, April 14, 2004

Hati Batu

Seperti yang dimaklumi,dan kecoh di akhbar-akhbar tempatan…kes yang amat sukar dibendung angkara hasad dengki dan nafsu syaitan yang membara,ramailah pula yang hilang nyawa begitu sahaja.Kes ‘Pembunuhan Kejam” seperti berepisod di Malaysia..Belum settle satu,sorang dua lagi kena bunuh…

Why?Kenapa dibunuh?Hobi kah?Pembunuh yang sama?atau begitu ramai pembunuh di Malaysia ini?..Malaysia bolehlah diishtiharkan darurat sekiranya kejadian bunuh sudah tak dapat dibendung.Seperti seorang Allahyarham yang mati di Negeri Sembilan baru-baru ini,Allahyarham dipukul oleh rakan-rakan seasrama,yang senior-senior,tapi saya yakin,tiada seorangpun daripada ‘pembunuh’ kelahiran sekolah agama itu berniat demikian.Mungkin ingin memberi pengajaran tentang cara-cara hidup di asrama yang memerlukan toleransi dan muafakat,tetiba Allahyarham meninggal dunia dengan sia-sia..

Remaja,sekiranya diberi pistol atau pedang sorang satu,tengoklah apa yang akan jadi.Aku sendiri pernah tinggal diasrama.7 tahun.Ramai orang yang kena pukul semasa aku bersekolah,ada kerana mencuri,ada kerana hubungan sejenis,ada juga kerana perempuan (paling lucu),dan ada juga sebab si mangsa pukul adalah manusia ‘kerek’ atau bahasa kasarnya lebih sesuai tinggal di hutan,daripada orang sakit mata melihatnya berada ditempat itu.Sikit saja yang kena pukul,berapa ramai lagi yang masih selamat?

Teringat pula ketika di sekolah dulu sewaktu menjejaki Tingkatan Enam.Memang tak budget langsung aku akan masuk form 6.Sistem pertarbiahan sekolah itu amat menakjubkan..Apa yang lahir mula-mula dalam pemikiran aku,ia memang amazing.Sejahat-jahat atau senakal mana sekalipun student kat sekolah tu,rasenya ilmu agama mereka cukup untuk menjadi pemimpin kepada orang lain mahupun pemimpin kepada isterinya.Bab hafal menghafal usah dikata la,dalil nak keluar senang ja nak cegah kemungkaran..hikhik..sape yang memang jahat gila sebelum nak masuk sekolah tu mesti berapi punya sebelum akhirnya berubah menjadi baik ;p

Tapi lainla aku,sebab manusia tak semuanya sama,kekadang bila benda baik datang tapi ‘salah skit ja’ konsepnya,mulalah huru hara,kawan makan kawan,ish..masalah tu.Berbalik kepada kejadian bunuh,aku adala tengok cerita 999 kat TV3 ari Isnin malam,drebar teksi mati kene bunuh dengan kesan tikaman yang banyak,mayat kene seret (siap kesan darah lagi sepanjang jalan yang diseret tu) dan dicampak dalam longkang besar.Mayat dalam keadaan berdiri sebab bajunya tersangkut kat tepi longkang tu.Agak-agak kejam tak tu?Dahla terang-terangan bunuh.Nak samunpun memang kena buat macam tu ka?Ish ish.Macam mana la agak-agaknya rupa pembunuh tu..

Mende ni kita sekadar boleh pikir dan elak diri sendiri lakukannya ajala.nak cegah?Nak nasihat pembunuh?Bukannya diorang tak tahu membunuh tu hukumannya dibunuh balik.Undang-undang Malaysia mahupun undang-undang Islam,setiap yang membunuh pasti perlu dibunuh balik.Lahirnya ramai pembunuh baru mestilah disebabkan lambat sangat pembunuh itu dibunuh.Kekadang tu orang dah lupa dah dia bunuh orang,barulah kene hukum gantung. Namun apa yang lebih relevan hukuman Islam yang sebenarlah.Barulah orang akan merasa TAKUT dan GENTAR untuk membunuh.bayangkan hanya menyebabkan seseorang cacat sudah kena bayar diyat 100 ekor unta?Sapa yang nak cari masalah lagi bila tahu hukumannya camtu.Nak beli ayam sekor pun jenuh,100 unta?

Hukum mencuri lebih ¼ dinar hukumnya potong tangan,ada lagi yang mahu merompak bila tau hukuman camtu?Kedai2 emas akan dirompak pada siang hari lagi?Rompakan siang hari satu lagi penghinaan terhadap system pertahanan negara,mahupun pemerintahan negara.Bodoh sangat ke perompak merompak disiang hari?Malaysia oh Malaysia,ramai sangat pakar yang dilahirkan… hmmm..itu semua kerana HATI BATU ..ramai sangat yang hati batu..Lupa pada tuhan..Allah yang Maha Kuasa.Jangan-jangan tidak percaya wujudnya tuhan..mereka juga ‘terlupa’ ada hari pembalasan kelak..

Petikan dalam kitab Minhajul Abidin ‘Wasiat Imam Ghazali’ m/s 252,Imam Fudhail berkata, “Barangsiapa tidak membulatkan tekad untuk menempuh jalan menuju akhirat,maka ia akan menghadapi empat macam kematian:
a. Mengalami mati putih,yakni kelaparan.
b. Menghadapi mati merah,iaitu melawan Syaitan
c. Mengalami mati hitam,yakni dicela,diejek dan dihina
d. Menghadapi mati hijau,iaitu terkena musibah secara beruntun


Firman Allah didalam surah Al-Thalaq :2-3 maksudnya:

…barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar; dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya…..

Maka dengan ini,kembalilah ke jalan Allah bila sudah terpesong.Jauhilah angkara yang hanya membawa padah kepada kita….padah yang jika tidak diterima di dunia akan diterima di akhirat kelak..sungguh malang rasenya tak dapat masuk syurga…ish ish ish…Pilihlah JALAN BAHAGIA….Wallahu ‘alam…


No comments: