SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Tuesday, May 04, 2004

Cam Kelakar(Lawak yg dijumpai di email)

Mak oo mak.., Man pelik la mak..”, jerit Man
memanggil-manggil ibunya. “Apa yang pelik sangat tu
Man oi”, sahut ibunya dari dapur. Man meluru ke dapur
bila terdengar suara ibunya . “ Mak.. tengoklah ni..”,
kata Man seraya menunjukkan kepingan surat panjang
yang berwarna putih kepada ibunya . “Wah banyak surat
ko dapat hari ni Man.. dari sape?”, tanya ibunya
kehairanan .

“Hari tu kan Man ada bagitau mak yang Man nak mohon
kerja ..” terang Man. “Hah , habis tu .. surat tu kata
apa ?”, tanya ibunya dengan wajah yang sedikit ceria .
“Ko dapat ke tawaran kerja tu ..Man?”, tanya ibunya
lagi . “Tak .. ni semua surat yang Man pos 3 bulan
lepas .. konon nak mohon kerja sebagai juru auditlah
tapi….”,kata-kata Man terhenti di situ. Ibunya
menggeleng tanda paham . “Ala.. belum ada rezeki la tu
Man oi.. janganlah ko risau .. rezeki ada di mana-mana
..yang penting usaha dan tawakal ..”. ibunya cuba
memujuk . Man termenung memandang ke lantai tanpa
sepatah kata . “Kalau susah sangat .. ko kerja jer kat
kilang sabun tu ..”, kata ibunya lagi . “Mak..Man
peliklah ..nape surat ni ada cop KICK ?” ,tanya Man
sambil menunjukkan cop yang tertera di luar sampul
surat . Ibunya kehairanan lalu bertanya , “Eh ..KICK
tu maknanya tendang kan Man?”. Man hanya mengangguk .
“Bak sini bagi mak baca surat kau tu..”, kata ibunya
lalu mengambil dan mengeluarkan surat tersebut dari
sampulnya . Surat tu bertaip dengan rapi sekali
seolah-olah tiada sebarang cela . Ibu Man membaca dari
perkara . PER: MEMOHON KERJA SEBAGAI JURU AUDIT. Suka
citanya saya seperti nama di atas ingin memohon kerja
sebagai juru audit di syarikat tuan seperti yang telah
diiklankan di surat khabar. ……………………………..
,……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………….. 2) Di sini saya
ingin bertanya serba sedikit soalan kepada tuan. a)
Kalau saya di terima berkerja , berapakah gaji yang
akan tuan bayar memandangkan saya berkelulusan
diploma? b) Adakah saya akan dipindahkan ke syarikat
lain memandangkan syarikat tuan banyak cawangan .
Kalau ya di manakah saya akan dipindahkan? c) Bila
tuan nak menemuduga saya ? Kalau boleh biarlah cepat
sikit …manalah tau ada syarikat lain yang akan panggil
saya dalam masa terdekat ni..melepas pulak tuan nanti
. d) Dekat syarikat tuan ada kemudahan seperti surau
tak? Senanglah bagi kami orang islam nak beribadah
nanti. e) Tempat juru audit tu tempat yang dikhaskan
ke atau terbuka bersama-sama stuff lain? Itulah serba
sedikit mengenai butir diri saya buat rujukan tuan.
Kerjasama dari pihak tuan amatlah di harapkan dan saya
hargai dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian .
P/s: Tuan nanti saya akan hadiri temuduga saya dengan
kemeja dot-dot hitam putih yang dipadankan dengan
seluar slack warna pink untuk memudahkan tuan
mengenali saya. Yang Benar, ____________ ( MAN BIN BAI
) Surat itu renyuk di genggaman ibunya. Man kehairanan
lalu bertanya, “Eh .. nape mak renyukkan surat tu?”.
Ibunya memandang Man dengan geram lalu berkata, “Ini
surat mohon kerja hotak ko.. ko ni terencat akal ke?
Aku yang tak habis sekolah ni pun tau macam mana nak
buat surat mohon kerja..”, marah ibunya . Sebelum
berlalu ibunya sempat membelasah dan menerajang Si Man
sambil berkata , “ Ha.. ni baru betul-betul kick..”.
TAMAT

No comments: