SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Sunday, May 09, 2004


-Pasangan Bahagia-

Assalamualaikum dan Salam Highlanders…
Wah…ghindu giler kat blog..lame gile tak berpeluang nak menulih..asyik buzy dengan kerje-kerje amal jariah..hehe..

Baru pas balik dari Kamunting,tengok game Liverpool vs Birmingham yang menyaksikan Birmingham berjaya dibelasah oleh Liverpool 3-0..tahniah kepada penyokong Liverpool…Arini jugak aku berjumpa ngan member baik aku Azhar dari petang sampaila ke malam.Atok dia masuk Wad Taiping..operate..pastu ade masalah jantung plak..tepaksala ditahan kat wad..
doakan atoknye pulih cepat InsyaAllah....

Petang,aku ikut Azhar balik kampung dia sat kat Cheh,Kati,aku bawak la kereta dengan banggenye…setelah Ar ajak..hehe..1st time pegi kampung dia…mencabar gak sebelum sampai tu…setelah melepak-lepak..kami kembali ke Changkat Jering..Azhar parking motor kat umah aku..nak dijadikan cerita,arini pasar malam kat Changkat Jering..so kamipun stop la kejap memandangkan belum Maghrib lagi…makan kebab dan minum Milo Ais..jalan-jalan usha CD..Semua macam tak best ja…Aweq Pau ada plak..lama tak nampak beliau..minah tu sebaya adik aku..hikhik..

Pabila kembali ke kereta..ABT9944 dengan malangnya telah disaman oleh pihak berkuasa kerana memarking ditempat yang salah…oh Tuhan..mengapa ini terjadi..rupanya bukan aku sorang yang kene saman,sederet kereta yang parking kat tepi jalan telah disaman.Maka melayanglah duitku ini dan bertambah serabut la kepala otak…Dah 18 kali parking situ sebelum ni tarak papepun..arinije malang skit..dah nasib badan..kuikui..

Tutup kisah arini…ni nak citer skit pasal kisah yang pernah aku terdengar secara tak sengaja melalui penceramah bebas mengenai kuasa Allah yang maha esa…

Kisah berlaku terhadap seorang Rasul yang aku tak ingat la Nabi mana..Nabi Sulaiman kot…Pada suatu hari,Baginda ditakdirkan telah sakit gigi..Lama baginda menderita sakit gigi…Bagaimana sekiranya anda sakit gigi ;) ….Lalu Baginda berdoa kepada Allah supaya meredakan sakit gigi berkenaan..

Maka turunlah wahyu supaya Baginda memakan atau mengunyah sejenis daun..Baginda menurut arahan tersebut dan berdoa agar setelah memakan daun tersebut gigi akan pulih dengan segera dan dapatlah menjalani kehidupan yang sempurna.Alhamdulillah,dengan izin Allah,gigi Baginda pulih dan dapatlah Baginda menjalani kehidupan seperti sediakala dan menjalani ibadah kepada Allah dengan lebih Khusyuk…Habislah cerita..hikhik………

Opsss…belum la…mana abih lagi…maka timbul satu pengajaran tidak lama kemudian..Baginda kemudiannya tetiba kembali sakit gigi..maka tidak selesa lah kehidupan harian bila gigi meragam..lantas…baginda terus pergi mengambil daun yang baginda makan tempoh hari dan mengunyahnya…dengan harapan…gigi akan pulih..Dengan konfidennya Baginda berbuat demikian…

Alangkah terkejutnya apabila gigi Baginda tidak pulih seperti tempoh hari..sama la macam arini..bila sakit mesti orang cari panadol..kekadang tak payah pakai khidmat nasihat doctor pun.semua pandai ja cari panadol..bila makan panadol tak baik baru cari doctor…Baginda pun samalah..lantas terus merujuk kepada Allah SWT…mengapa gigi tidak baik selepas makan daun sedangkan aritu turun wahyu cakap bila sakit gigi kena makan daun tu….

Kemudian barulah turun wahyu memberi pengajaran…setelah sakit gigi kali pertama…merayu pada tuhan supaya memulihkan sakit,tapi bila sakit kali kedua..tidak lagi mengharap pada tuhan atau merayu…tetapi terus mencari ubat untuk mengubat penyakit…Jelas sekali pengajaran yang Allah tunjukkan kepada manusia…SEntiasalah memohon kepada Allah ketika ditimpa musibah…janganlah pula mudah percaya kepada sesuatu sekiranya formula telah berjaya ketika dilakukan pada kali pertama…

Kisah ini juga berjaya membuka minda aku yg tertutup bahawa kita kalau ditimpa sakit..perlulah makan ubat..namun sebelum makan ubat kita perlulah berdoa kepada Allah semoga menyembuhkan sakit kita..bukan seolah-olah ubat yang akan menyembuhkan kita..apa jua hal..Allah yang mencipta kita..orang yang tengah sihat wal afiat pun boleh mati mengejut..Allah Maha Kuasa kan?..tak gitu all my fren ;)..

Hmm..stop disini dulu..ada game bola kat channel 9 kol 3.30 pagi ni..sama ada Barcelona atau game Real Madrid…so nak online lelamapun tak leh hehe..Esok nak gi Ipoh…Isnin nak meeting ngan Pitt Shah…Khamis dah nak masuk Kem Tentera KIY..huhu…Wokeh..segala yang baik dan buruk adalah datang daripada kekuasaan Allah…Bermuhasabah le bila rase diri tu dah beso sangat..kepada kekawan Lelaki..marilah bersama beta melaksanakan mission imposibble pasni..dan kepada kekawan wanita…JADILAH AWEQ YANG BAIK..KIHKIH… ;p…wassalam

"...Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia mengeratkan
hubungan kekeluargaannya (silaturrahim)..."
-Maksud Hadis-

No comments: